in

Rozita Che Wan, Kamal Adli dalam Drama Madu Sorok

TV3: TELEMOVIE RAYA

Madu Sorok – Menjelang Raya: September 9, 9.00malam

Drama ini mengisahkan tentang Arun yang mempunyai dua orang isteri iaitu Aida dan Maisara. Hasil perkahwinan dengan mereka, dia memperolehi sepasang cahaya mata dari kedua-dua isterinya yang kini sudahpun menginjak remaja.

rozita che wan

Aida selaku isteri yang tua tidak mengetahui bahawa dia dimadukan. Manakala Maisara tahu statusnya sebagai isteri kedua namun tidak pernah mengetahui siapakah madunya. Arun menyimpan rahsia ini selama 18 tahun dan bijak membahagikan masa antara Aida dan Maisara. Siang selepas waktu pejabat dia pergi ke rumah Maisara dan malam barulah dia pulang ke rumah Aida.

Namun pada suatu hari, anak sulung Arun, Johan ternampak bapanya bersama Maisara di klinik. Setelah mengekori mereka, barulah Johan mengetahui bahawa bapanya telah berkahwin dua. Johan memberitahu Aida dan setelah bersemuka dengan Maisara barulah Aida menyedari hakikat sebenar malah amat terkejut apabila mendapati anak-anak Maisara sudahpun besar remaja.

Aida merasa tertipu dan kecewa dengan kenyataan tersebut. Setelah meminta penjelasan dari suaminya, Arun mengaku bahawa dia memang mempunyai keluarga yang lain. Maisara dan Aida tidak mahu bertegur sapa begitu juga dengan anak-anak mereka.

Suatu hari di penghujung Ramadan, Arun diserang sesak nafas dan dimasukkan ke dalam hospital. Maisara dan Aida tidak tahu bahawa suami mereka dimasukkan ke hospital. Walaupun hairan kerana Arun tidak pulang ke rumah, kedua-dua mereka ego dan tidak mahu mencari kerana menyangkakan suaminya berada di rumah isteri yang lain. Arun mula merasa sedih apabila tidak diendahkan oleh isteri-isteri dan anak-anaknya.

Malah apabila Arun memberitahu mereka bahawa dia sakit dan dimasukkan ke hospital, Aida dan Maisara tidak mahu mempercayainya malah mula menyangka bahawa kemungkinan Arun pergi ke rumah isteri ketiga. Apakah yang akan berlaku seterusnya?

Pelakon : Jalil Hamid, Aida Khaleda, Rozita Che Wan, Kamal Adli, Raja Farah, Intan Ladyana

Pengarah: Rashid Sibir

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

BEST OF DRAMEDY TV3

10 FILEM HEBAT TAYANGAN TV2 SEMPENA AIDILFITRI