in

Pemuda Albino Azfar Hentam Pembuli Sendiri dalam Malaysia Hari Ini TV3

Buli siber seperti bodyshaming sering berlaku dalam masyarakat kita, dimana kekurangan mahupun kelebihan fizikal seseorang dijadikan bahan ejekan dan hinaan di media sosial.

Baru-baru ini, rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) yang bersiaran di TV3 telah mengupas isu bodyshaming dan menjemput model Albino Azfar Firdaus, jejaka sado Shazwan Zafran dan pelakon Zulin Aziz.

Kecoh di media sosial apabila Azfar Firdaus dengan tenang berdepan dengan pembulinya dahulu secara ‘live’ di televisyen. Perkara ini telah berjaya mendapat perhatian netizen.

Ketiga-tiga tetamu tersebut pernah menjadi mangsa buli siber disebabkan oleh fizikal mereka, namun kejutan tidak diduga berlaku apabila Azfar Firdaus membuat pendedahan bahawa pembulinya juga berada di dalam satu set yang sama.

Azfar, 25, dilahirkan sebagai Albino, dirinya mula dikenali selepas wajahnya sering kali menjadi model majalah dan di pentas peragaan disebabkan keunikan yang ada pada dirinya.

Menurut Azfar, dia sememangnya sering menjadi mangsa body shaming dan dalam temubual bersama MHI hari ini, pemuda 25 tahun telah berhadapan sendiri dengan pembulinya secara live di kaca TV.

Azfar Firdaus

Rata-rata netizen memuji Azfar kerana keberanian beliau berhadapan secara tenang dengan pembulinya satu ketika dahulu. Malah, ada yang mengatakan tindakan Azfar tidaklah melampau dan tindakan beliau hanyalah sebagai satu medium untuk pertahankan diri.

Body shaming ni benda yang orang tak sedar, jari itu dia rasa macam invisible tapi kadang-kadang tak tahu yang kita akan berhadapan dengan orang kita buli ini, in real life. Macam ini lah,”

– Azfar
Azfar Firdaus

Azfarism@Azfarovski · Oct 28, 2019

Lord knows the things I wanted to say that’s left unsaid.

But regardless, I wasn’t trying to shame him. I just wanna give a message to cyberbullies out there,

Talk shit get hit.

Azfar Firdaus

fynazfynaz@fynazfynaz

I watched the live interview. @Azfarovski was defending himself. Although the truth is bitter to swallow. He must said it to defend other albinos that exists. The guy still cyberbullying him even after the live program. Just see what he tweeted after the interview. unbelievable.

Anim Ezati Rizki@AnimRizki

Personally, i suka cara you @Azfarovski . Kalau nak ikut sakit hati, maybe lagi teruk masa life tadi kan you bagi. But you chill, bila dia tak bg respond sgt, you continue with your words and message. Thanks for being our guest in MHI.

Azfarism@Azfarovski · 23h

Yes I may have slipped in the past and said pretty insensitive things as well and I would like to publicly apologize for that. I’m sorry for not knowing better.

But I’ve learned why they’re wrong and I’m learning how to repent for them. One way is through advocacy against it.

nalisa alia amin@nalisaaa

❤️

I’ve seen your growth and I’m proud of you, superstar. Everybody made mistakes in the past cus we didn’t know better, myself included. We’re all humans, prone to faults & it takes great strength for people to learn from it. You deserve all the love & support.

Bagi anda yang tidak tahu, dalam satu temu bicara Malaysia Hari Ini yang membincangkan topik body shaming  ketemukan Azfar dengan Shazwan yang pernah berkata kurang enak kepadanya sebelumnya ini.

Rata-rata netizen terkejut apabila mengetahui akan hal tersebut dan berlaku sedikit perbalahan antara netizen kerana ada yang mengatakan Azfar tidak patut berbuat demikian secara ‘live’ dan juga sebaliknya.

jamalul.@ShadiqJamaludin

Imagine, getting invited to talk and share about your experience being body shamed by others then Suddenly! you get called out for body shaming other people too. On. Live. Television.

The man, the myth, the legend. THE ABSOLUTE MAD LAD
@Azfarovski .

Sakinah Al-Habshee@serenitysakinah

Actually kan when he called out that guy on national tv, he opens doors for people to cyber bully that guy (which u can clearly see now ramai yg attack the other guy)

So macam…. hmmmmm you are not the better person here. And also you didn’t put an end to anything pun…

Jaja Shah-Mohen @jajashahmohen

Sebab tu aku percaya ramai yang suka carut/ugut orang kat socmed memang 99% tak akan berani cakap depan-depan.@Azfarovski is not cancelling the guy.

He maturedly handled the topic with an example to drive the point home.

It’s a lesson for all jaguh kampung.

Khidir Ruslin @khidirruslin 

Betol ke @Azfarovski yg keluar tv pasal he against cyber bully tadi pernah cyberbully Arlina Banana sampai Arlina nak suicidal?

Arlina@arlinabanana

I think I need to clear the air. He did tweet something hurtful in the past but he apologized already.

Most importantly, he didnt make me suicidal. It was other factors.

Lets move on.

Bercakap kepada mStar, Azfar menegaskan dia hanya mengetahui senarai nama tetamu jemputan bagi segmen berkenaan pada malam sebelum menghadiri program MHI, pagi Isnin.

Model sambilan berusia 25 tahun itu bagaimanapun dikejutkan apabila carian di Internet menunjukkan salah seorang tetamu iaitu Shazwan pernah mengeluarkan kenyataan di Twitter berbentuk ancaman terhadapnya.

“Pada mulanya memang saya tak tahu. Tapi selepas membuat semakan tentang latar belakang tetamu yang dijemput dalam program dan segmen yang sama, saya rasa marah.

“Ada yang menasihatkan saya untuk menarik diri daripada menjadi panel jemputan kerana apa yang dia buat adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan.

“Namun, sebagai mangsa body shaming, adalah lebih baik untuk saya tampil memberikan pandangan kepada umum tentang betapa seriusnya hal ini kerana kesannya menyebabkan seseorang itu depresi sehingga boleh bertindak untuk membunuh diri,” 

Malah, ada juga yang mengatakan bahawa Azfar pernah juga ‘body shaming’ orang lain tetapi tidak pula diperkatakan. Akan tetapi, mangsa body shaming Azfar ada tampil mengatakan bahawa Azfar pernah meminta maaf kepadanya.

Azfar yang berasal dari Johor turut menjelaskan bahawa dia tidak berniat jahat untuk memalukan Shazwan semasa kedua-dua mereka bersama seorang lagi tetamu jemputan iaitu pelakon, Zulin Aziz memberikan pandangan dan pendapat tentang body shaming.

“Masa tu saya tidak minta orang untuk membenci dia dan saya juga tidak minta dia supaya mohon maaf. Saya hanya menegur tentang apa yang pernah dia lakukan itu adalah salah.

Apa yang saya katakan ketika itu bukan untuk saya semata-mata, tetapi mewakili semua orang yang pernah menjadi mangsa buli siber kerana body shaming

“Bila saya berada dalam satu bilik dengan seseorang yang begitu ekstrem dan soalan yang ditanya oleh pengacara pula secara kebetulan berkaitan, maka saya menggunakan platform yang ada (program TV) untuk bersuara tentang buli siber. Bagi saya ia adalah cara terbaik yang saya ada ketika itu… in the right place, at the right place,”

Apa-apa pun, diharap kedua-dua pihak ini dapat berbaik dan menyelesaikan permasalahan mereka. Kita haruslah menjadikan kisah mereka sebagai satu pengajaran dan tidak menyalahgunakan media sosial.

Sumber: mStar

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aishah Azman Elak Berlakon Dengan Syafie Naswip, Bekas Tunang

Pengikut Sham Visa Marah Mesej Tak Dibalas?