in ,

Betul Ke BTS Bakal Muncul Dengan Kolaborasi Baru Bersama Gwen Stefani?

Baru sahaja mengumumkan kolaborasi antara RM BTS dan Honne, BTS sekali lagi membuat kejutan apabila dikatakan bakal muncul dengan kolaborasi bersama penyanyi Hollywood otai, Gwen Stefani! what?!

Menurut Koreaboo, kelab peminat BTS yang dikenali sebagai Army menyedari perkara ini apabila kumpulan BTS dan Gwen Stefani mula mengikuti satu sama lain di laman Twitter. 

Walaupun masih belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada kedua-dua belah pihak tetapi ternyata ARMY sangat teruja dengan kemungkinan kolaborasi ini.

bts gwen stefani

Khabar angin ini semakin kuat bertiup apabila BTS juga pernah berkolaborasi bersama artis Amerika terkenal seperti Steve Aoki, The Chainsmokers and Fall Out Boy.

Malah, Army turut meramalkan kemungkinan  BTS akan membuat persembahan secara langsung di siri televisyen realiti Amerika terkenal iaitu The Voice bersama Gwen Stefani berikutan Gwen menjadi juri utama rancangan realiti itu.

Walaubagaimanapun, kolaborasi antara RM BTS dan Honne menerusi lagu Crying Over You telah mencapai sebanyak 10 juta streaming di Spotify dan kini berada di kedudukan ketiga trending di laman Twitter.

Crying Over You, kolaborasi terbaru antara RM dan Honne dikeluarkan semalam dan turut menampilkan penyanyi baru dari UK, Bekka. 

Sumber: www.xtra.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Hati-Hati Bila Buat Bisnes,” – Awal Ashaari

TRAVEL

Gwendoline Christie as Brienne of Tarth – HBO’s GAME OF THRONES Season 8