in , ,

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem EXTREME JOB

Budiey ada 60 pass untuk korang menonton filem EXTREME JOB bersama selebriti di TGV Cinemas 1 Utama pada 25 Mac 2019 (Hari Isnin). Jadi, kepada anda yang mahu tiket, boleh sertai peraduan ini sekarang!

Hai semua pembaca setia…. buat korang semua kaki wayang sekalian, Budiey.com dengan kerjasama TGV Pictures akan menganjurkan sebuah tayangan Premiere With Budiey mengajak anda untuk menonton sebuah filem Korea yang penuh dengan aksi penyiasatan berjudul EXTREME JOB.

Filem EXTREME JOB

Sinopsis Filem EXTREME JOB

Filem EXTREME JOB diarahkan oleh Lee Byeong-hun dan dibintangi oleh Ryoo Seung-Ryong sebagai Squad Chief Go, Jin Seon-Kyu sebagai Detektif Ma, Lee Honey sebagai detektif Jang, Lee Dong-hwi sebagai detektif Young-ho, Gong Myung sebagai Detektif Jae-hoon.

Filem ini mengisahkan tentang lima orang penyiasat yang begitu komited untuk menyelesaikan kes pengedaran dadah. Untuk itu, mereka telah menyamar dengan bekerja di sebuah restoran. Dengan cara ini, mereka dapat mengesan siapakah dalang di sebalik jenayah pengedaran dadah tersebut.

Akan tetapi, beberapa insiden tak terduga telah terjadi di mana restoran yang menjadi lokasi mereka mengintip penjenayah itu telah mendapat perhatian ramai. Apakah kesudahannya, korang kena tonton di pawagam ya.

Kelima detektif polis tersebut adalah ketua pasukan Go (Ryoo Seung-Ryong), Detektif Jang (Lee Ha Nee/Lee Honey), Detektif Ma (Jin Seon Kyu), Detektif Young Ho (Lee Dong Hwi) dan Detektif Jae Hoon (Gong Myung).

Dikatakan, filem yang telah ditayangkan di Korea Selatan pada 23 Januari 2019 ini, telah berjaya meraih 10 juta penonton dalam masa 15 hari. Jumlah kutipan tinggi ini sekaligus dapat pecah rekod mengatasi kutipan yang diraih oleh filem TRAIN TO BUSAN. Ini membuktikan filem ini ada daya tarikan tersendiri sehingga menggamit ramai penonton.

Filem ini akan berada di pawagam seluruh Malaysia mulai 28 Mac 2019.

Filem EXTREME JOB

Ayuh! Tonton Trailer Dulu Sebelum Menonton di Pawagam

Budiey ada 60 pass untuk korang menonton filem yang padat dengan babak manis dan memilukan hati ini di TGV Cinemas 1 Utama pada 25 Mac 2019 (Hari Isnin).

Apa tunggu lagi, usah tunggu-tunggu lama lagi ya untuk mendapatkan tiket bagi menonton filem ini nanti.

Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer EXTREME JOB yang telah ditayangkan di Youtube.

Apa pendapat anda dengan trailer ni? Menarik tak?

Untuk kalian yang menyukai filem ini, tunggu apa lagi… sertai peraduan ini dan dapatkan tiket anda!

Filem EXTREME JOB

Peraduan Premiere With Budiey Menonton EXTREME JOB

Sensasi Selebriti dengan kerjasama TGV Pictures ingin menghadiahkan 60 tiket untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com menonton dan boleh menghadirkan diri di tayangan yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:
25 Mac 2019 (Hari Isnin)

Masa Pendaftaran:
8.00 malam

Tayangan Filem:
9.15 malam

Tempat:
TGV Cinemas 1 Utama

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere EXTREME JOB – Budiey.com. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Sila gunakan hashtag ini: #PremiereWithBudiey #ExtremeJobMY

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini dan kongsikan di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/TGVPictures & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #ExtremeJobMY kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan dua pelakon utama filem EXTREME JOB

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan EXTREME JOB – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Filem EXTREME JOB

Tarikh tutup peraduan:

23 Mac 2019

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada TGV Pictures dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 28 Mac 2019 di pawagam berdekatan anda.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/TGVPictures dan jangan lupa langgan atau subscribe Youtube Channel TGV Pictures: www.youtube.com/TGVCinemas

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Filem EXTREME JOB
Filem EXTREME JOB
Filem EXTREME JOB
Filem EXTREME JOB

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Laksamana Metal 2019 Dua Generasi Wings X Bunkface

Lagu DIAM SAJA Tiada Kena Mengena Dengan Perbalahan Forteen & Izzue Islam