in , ,

MYSC AWARDS REUNEON Iktiraf Bakat dari Aplikasi SMULE

Buat julung-julung kalinya, Malaysian Smule Community (MySC) telah menganjurkan MYSC AWARDS REUNEON untuk mengiktiraf bakat-bakat yang lahir dari aplikasi SMULE. Jom baca selanjutnya happening dan meriahnya acara MYSC AWARDS REUNEON.

SING! KARAOKE. Sebelum ini, MySC pernah menganjurkan MYSC CHOICE AWARDS pada tahun 2016 bersempena dengan SMULE Global Meet Up dalam skala kecil bagi meraikan ahli-ahli yang bergiat aktif.

Setelah 4 tahun ditubuhkan, pihak pengurusan MySC berpendapat inilah masa yang tepat untuk cuba menganjurkan acara anugerah dalam skala yang lebih besar dengan penglibatan mentor dari kalangan industri hiburan tanahair dan selibriti-selibriti Malaysia.

MYSC AWARDS REUNEON Iktiraf Bakat dari Aplikasi SMULE

Tambahan pula, telah ramai ahli-ahli yang mewakili Malaysia untuk bertanding dalam pertandingan nyanyian di peringkat antarabangsa melalui aplikasi ini.

Pencalonan awal telah diwar-warkan pada bulan Ogos 2018 dan mengambil masa dalam 3 bulan untuk melakukan penjurian awal dan penjurian akhir.

MYSC AWARDS REUNEON Iktiraf Bakat dari Aplikasi SMULE

Juri-juri MYSC AWARDS REUNEON adalah terdiri daripada kalangan personaliti yang aktif melibatkan diri dalam komuniti sebagai guru vokal, guru persembahan, wakil Malaysia ke pertandingan nyanyian Smule peringkat antarabangsa dan MySC juga menjemput juri-juri profesional di dalam industri hiburan dari Malaysia dan Singapura.

Lebih 500 pencalonan awal telah diterima daripada lebih 50 kumpulan dan komuniti Smule. 16 kategori dipertandingkan termasuk Best Solo Male/Female Rock, Pop, Ballad, Urban, Ethnic Creative, Best Duo/Duet, Best International Song, Best Vocal Group, Best Mash Up, Best Creative Video Performance in Smule dan Best Drama Babak in Smule.

MYSC AWARDS REUNEON Iktiraf Bakat dari Aplikasi SMULE

MySC juga menyediakan 4 kategori khas untuk mengiktiraf personaliti yang banyak menyumbang dalam komuniti Smule 4 negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei.

KEPUTUSAN PENUH MYSC AWARDS REUNEON

BEST MALE SOLO (ROCK) 

PX_Fendi_WARs | ProjectX

BEST FEMALE SOLO (ROCK) 

_FeezaAnarchy_ | Anarchy

BEST MALE SOLO (POP) 

_AJieMCanorouS_ | DForte

BEST FEMALE SOLO (POP) 

_IntanAnarchy_ | Anarchy

BEST MALE SOLO (ETHNIC CREATIVE) 

V5_NazmiYunos | Valianto Exclusive

BEST FEMALE SOLO (ETHNIC CREATIVE) _SerySapphire_ | Gems

BEST MALE SOLO (BALLAD) 

_AjibAnarchy_ | Anarchy

BEST FEMALE SOLO (BALLAD) 

_NurrCanorous_ | DForte

BEST MALE SOLO (URBAN) 

24KSunnySilantra | Smulerganza

BEST FEMALE SOLO (URBAN) 

BeastShammy | Smulerganza

BEST DUO/DUET 

24K_IschaaKayRa & _AmirJeffrey_ | Gems

BEST INTERNATIONAL SONG 

24K_Eda_ | Smulerganza

BEST MASH-UP 

V5_NazmiYunos | Valianto Exclusive

BEST GROUP COLLABORATION 

The 24K Magic

BEST CREATIVE PERFORMANCE 

24K_IschaaKayRa | Gems

MYSC ACHIEVEMENT AWARDS : ARDI GUNSUH

MYSC BREAKTRHOUGH AWARDS (MALE) : KHAI BAHAR

MYSC BREAKTRHOUGH AWARDS (FEMALE) : WANY HASRITA

BEST UPRISING SMULE GROUP/COMMUNITY : SMULERGANZA

Best Achievement Awards telah dianugerahkan kepada Ardi Gunsuh, seorang personaliti yang banyak mencetus idea dan projek Smule bagi menambahbaik kualiti bakat-bakat yang ada dalam aplikasi ini.

Antara projek beliau yang mendapat sambutan hangat dikalangan komunti Smule 4 negara termasuklah Ardi Gunsuh 3 Layers Project, Ardi Gunsuh Campaign of The Day dan Vendetta Idol. Beliau juga acapkali dijemput sebagai juri pertandingan Smule dalam dan luar negeri.

Best Uprising Smule Group/Community telah dimenangi oleh Smulerganza. Ahli-Ahli Smulerganza adalah di kalangan personaliti yang banyak mewakili Malaysia untuk pertandingan nyanyian peringkat antarabangsa termasuk Sing Olympic, Smule World Championship dan World Series of Smule. Pada tahun 2018, Smulerganza Vivace dan Smulerganza Allegro telah mengungguli pertandingan nyanyian peringkat negara iaitu AGV League dengan memenangi tempat pertama dan kedua.

Di peringkat antarabangsa pula, Smulerganza di kedudukan yang ke-16 dalam acara Smule World Championship 2018, diterajui oleh Rahra Anarchy, Vell Lyn, Ischaa dan Maman Rahman yang berjaya mendapat markah penuh. Dalam acara Smule Olympic pula 2 ahli Smulerganza telah dianugerahkan Pingat Gangsa untuk kategori Misteri dan Penulisan Lagu.

Pihak pengurusan Malaysian Smule Community sebulat suara menganugerahkan MYSC BREAKTRHOUGH AWARDS kepada Khai Bahar dan Wany Hasrita kerana kejayaan mereka yang bermula dari platfom aplikasi SMULE seterusnya berjaya menembusi lapangan mainstream. Awal tahun 2016 merupakan tahun keramat bagi kedua-duanya.

Khai Bahar mula tular di media sosial dengan beberapa klip video persembahan beliau dalam aplikasi Smule yang mendapat lebih 200 juta penonton di youtube.

“Khaimania” bermula bukan sahaja di Malaysia malah menjangkau sekitar negara asia termasuk Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand, Hong Kong & Taiwan.

Tidak hairanlah apabila peminat-peminat beliau memberi gelaran Raja Smule Malaysia (King of Smule Malaysia) pada awal kemunculan beliau di lapangan mainstream.

MYSC AWARDS REUNEON Iktiraf Bakat dari Aplikasi SMULE

Wany Hasrita pula mula tular apabila video kolaborasi beliau bersama penyanyi yang popular sekitar tahun 90an, Fairus Selamat menjadi perbualan hangat dikalangan netizan.

Video persembahan duet antara Khai Bahar dan Wany Hasrita mendendangkan lagu Ku Tak Akan Bersuara telah mendapat lebih 5 juta penonton di youtube pada tahun yang sama.

“Kami berharap agar penganjuran anugerah MySC ini dapat menjadi sumber inspirasi kepada para Smulean untuk terus berkarya dan meneruskan minat mereka dalam bidang nyanyian.”

Antara selibriti Malaysia yang hadir untuk memeriahkan acara ini termasuklah Fazli Zainal, Adilla Idris, Rozita Rohaizad, Rina Eva, Uchop Ahmad, Irwan dan Wany Hasrita.

MYSC AWARDS REUNEON Iktiraf Bakat dari Aplikasi SMULE

PENGENALAN

Malaysian Smule Community (MySC) diasaskan oleh Mohd Zulhelmy atau lebih dikenali dengan nama Amy bersama Siti Noraishah (Ecah) daripada Kumpulan Smule, Sing Out Loud (SOL) pada tahun 2015. Pada ketika itu, Amy menyedari bahawa komuniti Smule Malaysia mempunyai potensi yang besar untuk bergerak secara aktif dan berkembang seperti komuniti negara sahabat, Smulenesian dan SmuleSG. MySC menjadi komunti pertama yang berazam untuk mewakili Malaysia dalam membentuk Komuniti Smule yang lebih pro-aktif dan berilmu seterusnya dikenali ramai.

MYSC AWARDS REUNEON Iktiraf Bakat dari Aplikasi SMULE

PENCAPAIAN

Mendapat pengiktirafan SMULE INC untuk menjalankan aktiviti-aktiviti berkenaan Smule SING! Karaoke dibawah naungan mereka.

Membantu SMULE HQ untuk memeriksa kerja-kerja penterjemahan website dan aplikasi ke Bahasa Melayu.

Membantu SMULE HQ dalam memperkasakan lagi aplikasi yang dibina oleh mereka dengan menjadi antara kumpulan sasar pertama untuk mencuba, memberi idea, pandangan dan maklum balas.

Dijemput untuk sesi suaikenal dan diskusi bersama Mr Matt, Director of Product Development, Smule Inc sewaktu rangka lawatan beliau ke Asia pada 30hb September 2017 yang lalu.

MySC telah mendapat perhatian pihak SMULE INC dan beberapa kali muncul di ruangan Community Guest Post di dalam SMULE BLOG. Di antaranya;

MySC 2nd Anniversary (Malaysia)

Smule Mega Collaborations (SMC)

SINGING AND BEYOND with Malaysian Smule Community (MySC)

#ArdiGunsuh3LayersProject

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ben Affleck, Charlie Hunnam, Garrett Hedlund & Chuck Roven Promosi Netflix’s TRIPLE FRONTIER di Singapura

Netflix Grows Anime Programming Through Partnerships