in , ,

Minggu Pertama HANTU KAK LIMAH Raih Kutipan RM13.6 juta!

Filem terbitan Astro Shaw dan Infinitus Gold memecah rekod kutipan tayangan minggu pertama apabila memungut RM13.6 juta. Ini sekali gus menjadikan filem arahan Mamat Khalid muncul sebagai filem box office nombor 1 dengan kutipan tertinggi bagi filem tempatan untuk tahun 2018 setakat ini.

Kutipan 1 minggu

Filem ini masih ditayangkan di 146 pawagam seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura. Penerbit Eksekutif, Dato’ Khairul Anwar Salleh, Gayatri Su-lin dan TP Lim dengan rasa syukur mengucapkan terima kasih kepada penonton, rakan media dan pihak pawagam di atas sokongan padu yang diberikan kepada filem genre komedi seram ini. Diharap sokongan ini berterusan agar filem HKL bertahan untuk minggu yang akan datang.

Hantu Kak Limah membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Dato’ Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz serta penampilan istimewa Erra Fazira dan Dato’ Seri Vida.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kad Hadiah Netflix Kini Ada di Malaysia

Konsert iKON & WINNER di Malaysia