in

Zara Zya, Izzue Islam Bakal Berlawak dalam Super Spontan Xtravaganza

Super Spontan, program realiti lawak spontan, yang ditunggu-tunggu oleh peminat komedi tanah air bakal kembali menggeletek hati penonton secara langsung bermula pada 20 Julai 2018, jam 10.00 malam.

Bagi siaran tahun ke-7 ini, Astro Warna membawakan edisi khas “Super Spontan Xtravaganza” yang tampil Xtra dengan menyuntik pembaharuan dalam format program dan juga Xtra barisan pemain yang pastinya akan memberi Xtra hiburan buat penonton.

Izzue Islam 3

Untuk itu, beberapa orang pelakon, penyanyi serta social media influencer dihimpunkan bersama-sama barisan pelawak favourite tanah air untuk membawakan Xtra gelak tawa kepada penonton pada malam hujung minggu dengan bermain secara spontan pelbagai jenis permainan yang melucukan.

Antara mereka yang terlibat adalah dua pelakon wanita yang kian mendapat tempat di hati peminat pada masa kini, Zara Zya & Siti Elizad dan dua pelakon serta penyanyi lelaki serba boleh, Izzue Islam & Tomok. Mereka akan turut disertai oleh dua social media influencer yang mewarnai laman media sosial dengan video-video lucu mereka, Jaa Suzuran & Modee.

Satu sidang media bersama barisan pemain, hos dan pengulas Super Spontan Xtravaganza akan diadakan tak lama lagi berserta dengan Rumah Terbuka Raya Astro Warna. Budiey pun tak sabar nak jumpa mereka dan kalau berpeluang bolehlah menemubual mereka. Mana tahu mereka ada sesuatu nak umumkan buat peminat program ini, kan?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Haqiem Rusli Tak Jadi Berhenti Nyanyi, Kini Bangkit Kembali

OPPO is bringing Find X to Malaysia