in

Fakta Yang Korang Patut Tahu Tentang GEGAR LAWAK

14 kumpulan peserta yang terdiri daripada peserta solo, duo dan trio bakal berentap secara langsung di pentas “Gegar Lawak”, sebuah program realiti pertandingan pencarian bakat lawak terbaharu, mulai 19 Januari 2018 (Jumaat) di Astro Warna (saluran 123) dan Warna HD (saluran 134). Sebagai pilihan alternatif, ia juga boleh didapati di platform digital, Astro GO dan ‘on demand’.

DSC_5933

Program “Gegar Lawak” merupakan sebuah platform baru untuk melahirkan barisan pelapis pelawak solo, duo dan trio dari negara Nusantara (Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura) dengan mencungkil, mengasah dan mengetengahkan bakat-bakat lawak ke dalam industri hiburan.

• Sebanyak 14 kumpulan peserta telah terpilih untuk menyertai “Gegar Lawak” musim pertama yang mana mereka ini merupakan peserta dari Malaysia dan Indonesia. Mereka terdiri daripada lapan peserta solo, empat peserta duo dan dua peserta trio.

• Kesemua peserta dipilih menerusi sesi uji bakat terbuka dan sesi uji bakat secara atas talian yang telah diadakan dari 19 hingga 26 November 2017, yang mana telah menyaksikan penyertaan lebih dari 700 peserta.

• Bakal bersiaran secara langsung selama sembilan minggu, program ini akan menggandingkan pelakon popular tanah air, Kamal Adli dan pelawak hebat, Fad Bocey sebagai Pengacara program. Ini merupakan gabungan sulung Kamal dan Fad selepas masing-masing merangkul gelaran Juara dan Naib Juara untuk program Super Spontan Superstar 2017 baru-baru ini.

• Dalam pada itu, empat orang pelawak terkemuka, Tauke, Nizam Jentik Jentik, Ali Puteh dan Dzawin akan menyarung jersi ‘Rakan Komedi’, dan tugas utama mereka adalah sebagai penasihat lawak yang akan membimbing & membantu peserta selain bertujuan untuk berkongsi idea, buah fikiran dan pendapat akan “Gegar Lawak”, Medan Kelahiran Pelapis Pelawak di Malaysia 14 kumpulan pelawak beraksi, wang tunai RM 50,000.00 jadi taruhan persembahan para peserta ketika sesi latihan. Dari situ, peserta boleh memperketatkan lagi corak persembahan masing-masing serta memantapkan persembahan lawak untuk dipersembahkan di pentas utama kelak.

Raqim Ahmad, Ketua Saluran Melayu Astro “Beberapa program lawak yang diterbitkan oleh saluran Astro Warna sepanjang lebih satu dekad ini telah berjaya mencapai matlamat utama penerbitannya iaitu melahirkan pelawak yang berkaliber dan serba boleh. Kini, kami ingin meneruskan inisiatif yang telah diambil demi memastikan kelangsungan kehadiran bakat-bakat lawak untuk terus mewarnai industri hiburan tanah air menerusi program terbaharu, “Gegar Lawak”.

Program “Gegar Lawak” ini menjanjikan idea-idea lawak yang segar daripada muka-muka baru dari Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura. Saya percaya menerusi program ini, kita akan terus dapat meneruskan kesinambungan untuk mencungkil lebih banyak lagi bakat-bakat terpendam dalam diri setiap peserta seperti mengacara dan berlakon, bukan sekadar membuat lawak semata-mata.

Mereka inilah yang akan menjadi antara anak seni yang disegani dan memiliki nilai komersial yang tinggi pada suatu hari nanti, sama seperti apa yang telah dilalui oleh barisan pelawak kelahiran Astro Warna sebelum ini seperti Johan, Nabil Ahmad, Zizan Razak, Jihan Muse, kumpulan Bocey, Fikry, Sepahtu dan ramai lagi.”

• Para peserta dikehendaki membuat persembahan sketsa lawak berdasarkan tema mingguan yang ditetapkan.

• Setiap minggu, para peserta akan diadili oleh dua orang juri tetap dan seorang juri jemputan. Juri jemputan yang diundang merupakan mereka yang berpengalaman luas dan disegani dalam industri hiburan di Malaysia dan Nusantara (Indonesia, Singapura).

• Pemberian markah daripada barisan juri merangkumi 70% daripada jumlah markah keseluruhan, manakala 30% adalah melalui undian sistem pesanan ringkas (SMS) daripada penonton.

• Peserta dengan purata markah terendah pada setiap penghujung persembahan mingguan akan disingkirkan. HADIAH KEMENANGAN

• Juara – RM 50,000.00 dan sebuah trofi

• Naib Juara – RM 25,000.00 dan sebuah trofi

• Tempat Ketiga – RM 15,000.00 dan sebuah trofi

• Tempat Keempat – RM 10,000.00 dan sebuah trofi

• Tempat kelima – RM 5,000.00 dan sebuah trofi

MEDIA RASMI DAN RAKAN PENAJA ‘GEGAR LAWAK’

• Radio ERA hadir sebagai ‘Rakan Lawak’

• KFC Malaysia merupakan ‘Penaja Gegar Lawak’ bagi program ini

BUTIRAN SIARAN

“Gegar Lawak” akan mula dipancarkan secara langsung pada setiap hari Jumaat mulai 19 Januari 2018 jam 10.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan siaran serentak di Warna HD (saluran 134).

Program ini turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan ‘on demand’.

#GegarLawak #GLWarna @zonlawak www.gegarlawak.com.my PortalZonLawak www.gempak.com/gegarlawak @zonlawak

PROGRAM SISIPAN GEGAR LAWAK • Tirai Gegar Lawak (Episod pengenalan peserta) Jumaat, 19 Januari 2018, jam 10.00 – 11.00 malam Siapakah peserta “Gegar Lawak”? Kenali dengan lebih dekat lagi kesemua peserta “Gegar Lawak” dalam Tirai Gegar Lawak. Mereka akan membawa penonton menelusuri kisah hidup dan latar belakang kehidupan mereka. • Gegar Lawak (Persembahan mingguan) Setiap Jumaat mulai 26 Januari 2018, jam 10.00 – 11.30 malam Saksikan persembahan yang dipersembahkan oleh 14 kumpulan pelawak di pentas Gegar Lawak serta komen-komen yang diberikan oleh barisan juri mengenai persembahan mereka. Peserta yang mengumpul purata markah terendah akan disingkirkan pada penghujung persembahan mingguan. • Kapsul Gegar Lawak (Ringkasan aktiviti harian peserta) Setiap Rabu hingga Jumaat mulai 24 Januari 2018, jam 9.55 malam Ikuti laporan ringkas aktiviti harian para peserta Gegar Lawak serta klip-klip menarik dalam persiapan mereka menjelang persembahan mingguan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Telemovie LUYAK Kisah Anak Autisme Lakonan Zarina Zainuddin

Ini Rupa Flagship Store Terbaharu OPPO di Shanghai