in ,

Hilang Motosikal Kesayangan & Dihambat Kontroversi, Kamal Adli Bersyukur Menang Juara SSS2017

Tahniah buat Kamal Adli yang telah diumumkan sebagai juara Super Spontan Superstar 2017 (SSS2017). Budiey sebenarnya tak sangka Kamal Adli dapat menang kerana beliau bukannya di kalangan pelawak. Ini menjadikan Kamal Adli antara pelakon pertama yang dijulang sebagai juara. Bukan sesuatu yang biasa-biasa kerana saingan dari Fad dan Achey merapati jurang peratusan undian.

Menurut Kamal, mungkin ini adalah rezeki beliau yang baru sahaja kehilangan motosikal kesayangannya sehari sebelum final dan juga dihambat oleh kontroversi kisah percintaannya dengan Emma Maembong dan Zahirah Mc Wilson. Kamal akui beliau sangat tertekan dengan apa yang melanda dirinya sepanjang minggu ini.

Kamal yang merupakan anggota kumpulan King Musang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 100,000 dan trofi. Manakala gelaran naib johan menjadi milik Fad Bocey sekaligus memenangi wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi. Sementara itu, Achey Bocey menduduki tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai RM25,000 beserta trofi.

Ozlynn, Shuk SYJ, Mamak Puteh, Shahrol Shiro dan Sharif Zero terpaksa berpuas hati berada di tempat keempat, kelima, keenam, ketujuh dan kelapan serta membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 setiap seorang.

Berbeza dengan pentas mingguan yang menyaksikan pertarungan antara kumpulan King Musang dan Tenggiling Taiko, pentas akhir SSS2017 menyaksikan semua peserta bersaing secara individu untuk meraih gelaran juara.

SSS2017 dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Amir Raja Lawak pula bertindak sebagai ‘pengacau’ atau ‘batu api’.

Minggu akhir SSS2017 menampilkan Datuk Chef Wan sebagai komentator jemputan bersama komentator tetap, Datuk Afdlin Shauki.

Pentas akhir SSS2017 turut gamat dengan kemunculan istimewa Jozan sebagai pemain jemputan.

SSS2017 turut dimeriahkan dengan persembahan oleh kumpulan Floor 88.

Pentas akhir SSS2017 bersiaran secara langsung dari Dewan Percubaan Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pada Jumaat bermula jam 10 malam dan ditayangkan serentak menerusi Astro Warna (saluran 132) dan Mustika HD (saluran 134).

Program ini juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan ‘on demand’.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zoey Rahman Belajar Rukun Kahwin dalam Drama MAT RUKUN

Maher Zain Akui Suka Makan Ubi Manis Jawa