in , ,

Peraduan Menang Tiket ke Malam Gala Filem BY MY SIDE

Anda nak menghadir Tayangan Malam Gala Filem BY MY SIDE bersama pelakon dan selebriti terkenal yang dijemput khas? Kalau anda boleh hadir, inilah satu-satunya peluang anda untuk menjadi antara penonton pertama menyaksikan filem buatan Malaysia ini.

Terlebih dahulu pertama sekali Budiey nak ucapkan tahniah buat saluran Tonton yang telah mengorak selangkah lagi dalam bidang penerbitan apabila bakal muncul dengan filem pertama terbitan mereka, By MY Side pada September ini. Wow! Thats great!

Filem BY MY SIDE

Untuk info anda semua, filem terbitan bersama Jinnyboy TV ini mendapat sentuhan pengarah Reuben Kang dan menampilkan Jin Lim selaku penerbit eksekutif. By MY Side mengisahkan percintaan pasangan remaja lakonan Marriane Tan (Faye) dan Brandon Ho (Ben) yang melalui kehidupan penuh onak duri, sedih dan gembira.

Bagaimanapun, Ben mula berubah ketika melanjutkan pelajaran di luar negara. Faye yang berada di Malaysia tetap setia menanti kekasih hatinya itu. Selain Marriane dan Brandon, pelakon lain yang terbabit antaranya Josephine Yap, Arwind Kumar, Nadia Nash, Adam Shamil dan Maggy Wang.

Filem ini juga ada penampilan khas dari Youtuber terkenal seperti Jared Lim, Ernest Ng, Dennis Yin, Shawn Lee, Joseph Germani, Jenn Chia, Luqman Podolski, Mark O’dea dan Duta Tonton Chinese iaitu ThomasJack.

Filem yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai perantara ini bertemakan cinta remaja sehingga alam dewasa.

BY MY SIDE bakal menawan pawagam seluruh pawagam mulai 16 September 2017 ini. Budiey juga sangat teruja untuk sama-sama menonton filem ini.

Jom tonton dulu trailer filem ini:

Sebanyak 10 tempat duduk sahaja disediakan untuk anda semua. Mesti meriahkan menonton filem aksi ni ramai-ramai, kan? Haa, barulah happening.

Filem BY MY SIDE

Peraduan Malam Gala Filem BY MY SIDE

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 10 pass tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

15 September 2017 (Hari Jumaat)

Masa Pendaftaran:

7.30 malam

Tayangan Filem:

9.00 malam

Tempat:

TGV One Utama

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Malam Gala Filem BY MY SIDE di TGV One Utama. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #ByMySideTheMovie

Apa yang korang perlu buat ialah:

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan seorang pelakon utama dalam filem BY MY SIDE

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere BY MY SIDE– Sensasi Selebriti kerana… (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menang Tiket ke Malam Gala Filem BY MY SIDE

Tarikh tutup peraduan:

14 September 2017

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Tonton dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem yang menarik ini mulai 16 September 2017.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Filem BY MY SIDE

Filem BY MY SIDE

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Engku Emran Selamat Nikah dengan Pelakon Indonesia Terkenal Laudya Cynthia Bella

Tak Sangka Salah Seorang Skuad Bola Jaring Malaysia Rupanya Pandai Menyanyi