in

Sinopsis Filem ABANG LONG FADIL 2

Filem ABANG LONG FADIL 2 mengisahkan tentang perjalanan hidup Fadil, yang terjerumus ke dalam dunia mafia, didalangi oleh Taji Samprit dan anaknya Wak Doyok. Fadil terpaksa menjalani kehidupan sebagai seorang pembunuh upahan walaupun dia bukanlah seorang pembunuh. Sasaran pertama Fadil ialah King Kong, seorang yang gila kuasa dan musuh kepada Taji Samprit. Berjayakah Fadil menempuh dugaan yang berlaku pada dirinya?

SINOPSIS PANJANG

Abang Long Fadil 2 mengisahkan tentang perjalanan hidup Fadil, yang terjerumus ke dalam dunia mafia, didalangi oleh Taji Samprit dan anaknya Wak Doyok. Berlaku satu insiden yang menyebabkan Fadil disalah anggap oleh Insp. Wahab dan Insp. Shuib sebagai pembunuh upahan yang dikenali sebagai Tiger. Dalam masa yang sama, Yana, seorang wartawan TVKL yang sering membuat liputan kes-kes pembunuhan yang dilakukan Tiger juga terjebak dalam kekalutan masalah yang dialami Fadil. Fadil terpaksa menjalani kehidupan sebagai seorang pembunuh upahan walaupun dia bukanlah seorang pembunuh. Sasaran pertama Fadil ialah King Kong, seorang yang gila kuasa dan musuh kepada Taji Samprit.

Pelbagai aksi dan situasi komedi berlaku dalam perjalanan hidup Fadil sebagai seorang pembunuh upahan. Hanya satu cara untuk membersihkan nama Fadil, iaitu mencari identiti sebenar Tiger bagi membetulkan keadaan dan membuktikan Fadil tidak bersalah.

Berjayakah Fadil menempuh dugaan yang berlaku pada dirinya? Siapakah Tiger yang sebenar dan apakah misteri yang tersembunyi selama ini?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Telekom Malaysia Penaja Platinum Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017

Tahniah! Jihan Bakal Timang Anak. Baby ‘made in France’ Katanya