in

Keputusan Pemenang Kategori Malam Perasmian Festival Filem Malaysia Ke 28

Filem Ola Bola merangkul tiga trofi pada malam perasmian Festival Filem Malaysia Ke-28 (FFM28) yang berlangsung di Studio Sound Stage Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini, Khamis.

Ola Bola yang diarahkan oleh Chiu Keng Guan itu merangkul anugerah menerusi kategori Pereka Kostum/Busana Terbaik (Elaine Ng dan Weng Sham) dan Skor Muzik Asal Terbaik (Onn San dan Alex San).

Manakala filem tersebut turut merangkul trofi dalam kategori Lagu Tema Asal Terbaik (Zee Avi dan Rendra Zawawi) menerusi lagu Arena Cahaya.

Untuk rekod, Ola Bola menerima 14 pencalonan secara keseluruhan pada FFM28 tahun ini.

[pullquote align=”right”]Malam kemuncak FFM28 bakal berlangsung di Planery Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 3 September ini.[/pullquote]

Sementara itu, FFM28 turut menyampaikan Anugerah Penggiat Belakang Tabir kepada Mohd Noor Tagaya, 76, atas sumbangannya kepada industri perfileman.

Trofi disampaikan oleh Pengerusi Finas, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib.

Anugerah Penggiat Belakang Tabir diterima oleh Mohd Noor Tagaya di atas sumbangannya kepada industri perfileman.
Dalam pada itu, Filem Dokumentari Terbaik dimenangi oleh Boat People yang diterbitkan oleh Dos Fellas Sdn. Bhd.

Ia mengangkat laporan mengenai isu pemerdagangan manusia.

Filem Pendek Terbaik pula milik RM10 terbitan Entrophy Studios Sdn Bhd manakala Filem Animasi Terbaik dimenangi oleh Ejen Ali (Wan Animation).

Filem Munafik yang tercalon dalam sembilan kategori pada FFM28 turut membawa pulang trofi Penataan Bunyi Terbaik (Imaginex Studios Sdn. Bhd) dan Cicakman 3 membawa pulang trofi Kesan Visual Khas Terbaik (Yusry Abdul Halim).




Kategori Penataan Seni Terbaik pula dimenangi filem Huat The Fish (Wong Jee Meng dan Nick Wong).

Terdahulu, malam pembukaan FFM28 dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad.

Ia turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiusaha (Dasar) kementerian itu, Datuk Mohid Mohamed dan Ketua Pengarah Finas, Datuk Kamil Othman.

Antara penyampai anugerah yang turut memeriahkan Malam Perasmian adalah Micheal Ang, Nizam Razak, Sanjay Kumar, Nasha Aziz, Emma Maembong, Sabrina Ali, Rizal Haleem dan Adeline Tsen.

Ia dihoskan oleh Sharifah Shahora dan Wan Syarul manakala Datuk Hattan, Adira, Elyana, Hazama dan Kumpulan Votez tampil membuat persembahan.

Keputusan Pemenang Kategori Malam Perasmian Festival Filem Malaysia Ke 28 (FFM28)

1. Pereka Kostum / Busana Terbaik : Elaine Ng & Weng Shum – Filem Ola Bola

2. Penataan Seni Terbaik : Wong Jee Meng & Nick Wong – Filem Huat The Fish

3. Kesan Visual Khas Terbaik : Yusry Abdul Halim – Filem Cicakman 3

4. Penataan Bunyi Terbaik : Imaginex Studios Sdn Bhd – Filem Munafik

5. Skor Muzik Asal Terbaik : Onn San & Alex San – Ola Bola

6. Lagu Tema Asal Terbaik : Zee Avi & Rendra Zawawi – Arena Cahaya (Zee Avi) – Filem Ola Bola

7. Filem Animasi Pendek Terbaik : Wau Animation – Ejen Ali

8. Filem Pendek Terbaik : Entropy Studios Sdn Bhd – Rm 10

9. Fiilem Dokumentari Terbaik : Dosfellas Sdn Bhd – Boat People

10. Anugerah Penggiat Belakang Tabir : En Mohd Noor Tagaya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kenny Thing Named General Manager of U for Life

Loque & Aisyah Aziz Lagu Uda dan Dara Dalam Filem PEKAK