in

Jom Layari Laman Web TV IdeaBuzz Sekarang

IdeaBuzz : TV Web bertemakan komputer dan IT pertama di Malaysia

Tengah asyik surfing internet semalam, Budiey ada terjumpa dengan sebuah website IdeaBuzz. Sekali masuk, ingat ke website ***** tapi… ternyata website ni memberi banyak informasi berguna untuk Budiey. Dan Budiey percaya korang pun kena masuk jugak laman web IdeaBuzz ni.

IdeaBuzz ialah TV web bertemakan komputer dan IT pertama di Malaysia. Setiap episod baru akan diterbitkan setiap minggu dengan tema yang menarik dan berilmu. Video-video pula adalah dalam bahasa Malaysia, singkat dan mudah difahami.

Budiey rasa, laman sesawang IdeaBuzz ni elok untuk korang yang buta IT dan yang tengah berjinak-jinak dengan dunia komputer terutama untuk korang yang nak buka blog. Budiey juga tonton tips-tips baru untuk kasi blog jadi lebih menarik.

Sila lawati http://ideabuzz.net untuk maklumat lanjut.

Hello, my name if Idea Buzz. Will you be my friend? from Syed Syahrul Zarizi on Vimeo.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ida Nerina Telah Bercerai

Great Savings The Cheapest Domain Name