in

Afiq Muiz Dakwa Beliau Dihalau Oleh Ibunya

Semalam, Budiey ada menyiarkan tentang pendedahan ibu kandung Afiq Muiz yang meluahkan rasa kecewa dan kesal terhadap perubahan pelakon Afiq Muiz. Pelakon ini didakwa berubah sikap selepas berkawan rapat dan menjalinkan hubungan istimewa dengan pelakon baru Eina Azman.

Afiq MuizAfiq Muiz

[pullquote align=”right”]Menurut Afiq Muiz, beliau mendakwa dihalau oleh ibunya sejak awal tahun lalu. Afiq sangat kecewa dipanggil anak derhaka.[/pullquote]

Tak sanpai beberapa jam berita ini tersebar, Afiq Muiz tampil untuk memberikan kenyataan balas berkenaan dengan dakwaan ibu kandungnya Hasliza Mohd, 48, yang mengatakan dirinya mula berubah sikap dan lupa diri selepas bergelar pelakon. Semalam, Afiq Muiz dan Eina Azman telah mengadakan sidang media untuk membersihkan segala kekeliruan dan menjernihkan namanya yang dituduh sebagai anak derhaka. Afiq ternyata sangat sedih dengan tuduhan itu sehingga menangis menitiskan air mata di depan media.

Afiq atau nama sebenarnya Muhammad Afiq Muiz Azman Shah, 21, telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan ibunya itu dan turut menafikan keluar dari rumah dan membuang keluarga serta adik beradiknya.

“Saya tidak keluar rumah dan tidak pernah buang keluarga tetapi Umi yang halau saya keluar dari rumah itu. Saya juga tidak tahu apa motif Umi cakap saya anak derhaka, apa salah saya?, Umi sudah tidak sayangkan saya lagi.”

Pelakon drama Mimpi Cinderella itu menjelaskan sebelum ini terdapat salah faham dan masalah dalaman keluarga antara dia dan ibunya sehingga berlaku perkara yang menimbulkan rasa tidak puas hati antara mereka.

“Saya sayang ibu dan adik-adik saya, selama ini saya bekerja memang untuk menanggung keluarga tapi mereka tidak faham keadaan sayaSetiap hari kalau saya balik rumah, dia sentiasa marah-marah saya dan kata macam-macam tapi saya tetap balik rumah hingga dia betul-betul halau dan saya nekad untuk keluar rumah.”

Beliau menyatakan rasa kecewa apabila segala pengorbanannya seperti tidak dihargai keluarga, malah ahli keluarganya tidak pernah bertanya tentang keadaan kesihatannya.

“Saya keluar rumah kerana mahu buktikan pada Umi bahawa saya boleh berjaya, tapi dia pula menganggap saya anak derhaka dan mendoakan keburukkan kepada saya,”

Afiq Muiz mengakui keadaan kesihatannya yang semakin terjejas serta mengalami muntah berdarah baru-baru ini.

Sementara itu, Afiq turut menafikan teman rapatnya, pelakon Eina Azman menjadi punca hubungan kekeluargaan antara dia dan keluarganya semakin bertambah buruk.

“Saya marah ibu dan adik-adik saya kerana menuduh Eina berkawan dengan saya sebab mahu kikis duit saya, padahal secara jujurnya tiada apa pun yang saya ada. Saya tiada duit atau harta yang nak diberikan kepada dia, dia sendiri mampu kerana dari keluarga yang berada. Saya minta adik-adik saya berhenti dari mengutuk Eina di laman sosial kerana akan menjejaskan nama baik dia. Tapi emak dan adik-adik tidak faham dan tetap mengutuk Eina, saya sendiri malu dengan keluarga dia.”

afiq muiz

Afiq mengakui agak rapat dengan keluarga wanita itu.

Ditanya tentang duit bernilai RM30,000, Afiq berkata ia adalah duit kontrak daripada sebuah syarikat penerbitan dan telah dibelanjakan untuk urusan penyewaan rumah barunya.

“Saya guna duit itu untuk urusan rumah baru dan barang-barang kelengkapan rumah saya serta diri sendiri dan ada selebihnya untuk simpanan. Saya tidak beri duit itu pada Eina seperti mana Umi dan adik-adik saya sangkakan.”

Tambah Afiq, dia meminta agar ibunya berhenti memburukkan namanya dan menyelesaikan perkara tersebut dengan cara baik.

“Saya seboleh-bolehnya memang tidak mahu orang luar tahu perkara ini kerana ia memalukan keluarga sendiri. Saya mahu ia diselesaikan cara baik dan berharap agar ibu berhenti berperasangka buruk terhadap dirinya dan keluarga Eina.”

Rasanya, isu ini takkan selesai jika kedua-dua pihak beralah dan saling bermaaf-maafan. Nampaknya kedua-dua pihak, samada Afiq Muiz atau ibunya ada kenyataan yang bercanggah. Sorang cakap macam tu, sorang lagi cakap macam ni. Mana satu kita nak percaya kan? Apa-apa pun, kita harapkan hubungan kedua anak beranak ini kembali jernih.

afiq muiz

Afiq Muiz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Eina Azman Sentap Ibu Afiq Muiz Tuduh Dirinya Seorang Pengikis

Rakaman Program Dentum Raya RTM Tahun Ini Meriah