in

Dato’ Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Filem Perempuan Berkalong Sorban

Suara emas milik Penyanyi No. 1 Malaysia terus menambat hati penerbit filem luar untuk menggunakan suaranya dalam filem. Tahniah buat Dato’ Siti Nurhaliza kerana diberi kepercayaan untuk menyanyikan 2 buah lagu untuk filem Perempuan Berkalong Sorban. Mesti gempak ni sebab filem ni satu acuan dengan filem Ayat-Ayat Cinta.

Perkembangan terbaru pula, Siti amat bersyukur kerana syarikat filem dari Indonesia iaitu Starvision (yang sebelum ini menerbitkan filem Ayat-Ayat Cinta), telah memilih Siti menyanyikan dua buah lagu tema untuk filem terbaru mereka iaitu Perempuan Berkalong Sorban. Siti telah siap merakamkan lagu Ketika Cinta (ciptaan Opick) dan Batasku Asaku (ciptaan Siti sendiri) dan video klip lagu Ketika Cinta juga sudahpun siap penggambarannya. Filem ini akan mula ditayangkan di Indonesia akhir bulan Disember atau awal Januari nanti. Bagi Siti ini satu penghormatan buat Siti dan hendaknya berita ini turut memberi kegembiraan buat peminat Siti di Indonesia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lirik Lagu Tema Pertunangan Budiey – Melly Goeslow ft. Andhika Pratama Butterfly

Gambar Ziana Zain Hamil Anak Pertama Tular