in

Waktu PERDANA ntv7 Padat Dengan Aksi

Waktu PERDANA ntv7 Padat Dengan Aksi

Februari ini, ntv7 membawakan kepada penonton, drama bersiri dan realiti terbaik dari Barat yang membuatkan anda melekat di kaca televisyen dengan slot waktu perdananya pada jam 8.30 malam. Awal minggu anda akan dimulakan dengan drama bersiri adiwira berjudul The Cape yang bersiaran setiap hari Selasa. Manakala rancangan berbentuk pertandingan yang bakal menghiburkan anda seisi keluarga – Minute to Win It akan memulakan slotnya pada hari Jumaat pada 24 Februari nanti. Slot hujung minggu pula menyajikan rancangan realiti, Top Chef: Just Desserts yang merupakan satu lagi sisi baru siri terkenal Top Chef pada setiap hari Sabtu. Pada hari Ahad pula, siri yang bakal memberikan anda lebih pengetahuan ke alam makhluk haiwan pra-sejarah, Jurassic Fight Club akan menemui anda di waktu perdana Saluran Ceria Anda.

Berikut adalah serba sedikit mengenai rancangan-rancangan yang disiarkan di waktu perdana ntv7:

THE CAPE
Setiap Selasa, jam 8.30 malam
Drama bersiri mengenai seorang lagi adiwira ini bermula apabila seorang detektif jujur bernama Vince Faraday (lakonan David Lyons) meninggalkan jabatan polis setelah menyaksikan ketua polis baru dibunuh oleh individu misteri yang dikenali dengan nama “Chess” di sebuah bandar rekaan yang dinamakan Palm City, California. Faraday kemudiannya mendapat tawaran kerja untuk menyertai sebuah firma keselamatan swasta, ARK yang dimiliki dan diuruskan seorang usahawan kaya raya, Peter Fleming (lakonan James Frain). ARK mengemukakan petisyen di bandar itu untuk menswastakan jabatan polis dan sebarang operasi keselamatan awam.
Kehadiran sebuah emel dari seorang blogger penyiasat yang hanya dikenali sebagai “Orwell” membawa Faraday dan rakannya, Marty Voyt (lakonan Dorian Missick) ke sebuah kargo kereta api yang dimiliki firma Fleming. Mereka mendapati bahawa kargo itu menyeludup bahan letupan menggunakan alat permainan. Malangnya, Voyt mengkhianati Faraday dan telah membawanya kepada Chess, iaitu Ketua Eksekutif Operasi ARK. Fleming kemudiannya menganiaya Faraday di atas kematian seorang ketua polis dan menghantar pasukan keselamatannya untuk menangkap Faraday yang dapat dilihat melalui saluran berita yang berakhir dengan sebuah letupan tangki.
Bandar itu menganggap Faraday merupakan Chess yang musnah di dalam letupan itu. Begitu juga dengan keluarganya sendiri. Faraday sebenarnya diseksa namun kemudiannya diterima masuk oleh sebuah “Karnival Jenayah”, iaitu sebuah sarkas yang mengembara untuk merompak bank. Ketua gelanggang mereka, Max Malini (lakonan Keith David), melatih Faraday menggunakan mantel pelindung untuk menentang musuh-musuhnya. Max meyakinkan Faraday untuk tidak mendedahkan identitinya kerana ia bakal membahayakan isteri dan anaknya. Dia kemudiannya nekad untuk melawan segala individu korup dalam membersihkan semula nama baiknya dengan menggunakan identity adiwira komik kesukaan anak lelakinya, The Cape. Saksikan siri menarik dalam mencari keadilan ini di ntv7, setiap Selasa jam 8.30 malam.

NTV7

MINUTE TO WIN IT
Setiap Jumaat, 8.30 malam
Hanya 60 saat di tangan anda dengan taruhan satu juta. Dapatkah anda lakukannya? Ya, anda hanya seminit untuk memenanginya!
Rancangan ini memaparkan rakyat Amerika yang akan bersaing dalam cabaran selama 60 saat menggunakan objek seisi rumah untuk hadiah lumayan bernilai satu juta. Peserta akan diperlihatkan cetakan biru buat pusingan pertama dan harus melengkapkan permainan itu dalam masa 60 saat untuk memenangi $ 1,000 untuk meneruskan ke peringkat permainan yang seterusnya. Setelah selesai menamatkan permainan itu, peserta boleh pulang dengan membawa hadiah itu sebelum diperlihatkan sekali lagi cetakan biru untuk permainan yang seterusnya.
Tahap permainan akan semakin mencabar sedikit demi sedikit sepanjang episod rancangan itu. Jika masa tamat atau syarat permainan itu tidak dapat dipenuhi, peserta akan hilang “nyawa”. Jika peserta hilang ketiga-tiga nyawa mereka maka berakhirlah permainan itu dan nilai kemenangan mereka akan jatuh kepada nilai akhir yang mereka perolehi.
Adakah anda rasa anda mampu melakukannya lebih baik daripada peserta-peserta ini nanti? Jangann lupa untuk menonton rancangan Minute To Win It setiap hari Jumaat, jam 8.30 malam hanya di ntv7. Rancangan ini dihoskan oleh seorang cef dan personaliti TV, Guy Fieri.

NTV7

TOP CHEF: JUST DESSERTS
Every Saturday at 8.30 p.m.
Penuh dengan resepi dan kisah menarik, rancangan realiti sepanjang 10 episod ini memerlukan 14 orang pesertanya melalui dua buah cabaran iaitu ujian ‘Quickfire’ dan pusingan penyingkiran Dalam ujian yang diberikan, para peserta bakal diuji dalam asas masakan dan kemudiannya kreativiti dan hasil manisan mereka bakal menjadi penentu dalam pusingan penyingkiran. Apa yang menariknya ialah mereka juga terpaksa menggunakan ramuan pelik, eksotik dan adakalanya terpaksa bekerja sebagai penyedia makanan dalam sebuah acara sebenar.

Top Chef Just Desserts akan dihoskan si jelita Gail Simmons yang juga pakar kulinari dan seorang penulis berkaitan makanan yang turut dibantu oleh oleh barisan juri pakar. Dalam mencari juara chef dalam cabaran realiti ini, Johnny luzzini, seorang ketua chef pastri di restoran terkemuka Jean-Georges, Hubert Keller yang merupakan pemilik restoran dan finalis bagi Top Chef Masters dan Dannielle Kyrillos, editor di DailyCandy bakal mengadili segala usaha peserta sama ada layak atau tidak. Berlatarbelakangkan bidang masakan dan kepakaran merasa, ternyata para jurinya tidak akan memberi laluan mudah buat mereka.

Dalam setiap episod, para pesertanya akan berhadapan dengan pelbagai cabaran yang diberikan antaranya menghasilkan pencuci mulut untuk mendapatkan dana buat kelab ‘glee’, menghasilkan ciptaan fesyen yang boleh dimakan untuk minggu fesyen di Los Angeles, serta perlu menghasilkan hidangan mengikut tema yang telah ditetapkan juri.

Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai ‘top chef’? Tonton Top Chef: Just Desserts yang bersiaran sejak awal Februari ini setiap hari Sabtu jam 8.30 malam hanya di Saluran Ceria Anda, ntv7. Nantikan resepi-resepi hidangan pencuci mulut yang pastinya membuka selera, memberi inspirasi dan penuh dengan aksi drama.

NTV7

JURASSIC FIGHT CLUB
Setiap Sabtu, 8.30 malam
Penuh dengan penemuan saintifik dan hasil tinggalan pra sejarah hebat, siri Jurassic Fight Club membawa anda ke dalam dunia sejarah menarik hasil penyelidikan bertahun-tahun lamanya. Lihat sendiri makhluk gergasi setinggi bangunan tujuh tingkat namun tetap cilik dalam menangkap mangsanya. Penonton akan teruja dengan medan pertarungan makhluk gergasi ini yang pernah mendiami bumi ini lapan juta tahun dahulu.
Faktor suhu, bentuk muka bumi, dan naluri terhadap kekuatan dan kelemahan lawan makluk iniamat memainkan peranan dalam bagaimana mereka bertindak dan memburu mangsa. Dewasa ni, pakar penyelidik akan mendedahkan apakah sebenarnya yang berlaku pada zaman terdahulu mengenai cara hidup haiwan gergasi unik ini. Setiap episod bakal mendedahkan pelbagai sisi makhluk ini dan ternyata pelbagai perkara kompleks akan dikongsi bersama.
Selangkah ke alam penuh tanda tanya setiap hari Ahad, jam 8.30 malam hanya di ntv7. Saksikan sendiri mereka menunjukkan belang mereka sebagai pemangsa.
Untuk maklumat lanjut mengebnai rancangan menarik ntv7, layari www.ntv7.com.my dan www.tonton.com.my. Atau ikuti perkembangan terbaru kami di Facebook dan Twitter ntv7.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Big Global Loyalty Programme Launched In Thailand

Najwa Latif & Syamkamarul di Pekan Frinjan