in , ,

Samsung Perkenal Ciri Sleep Apnea di Malaysia Melalui Galaxy Watch

Samsung Terus Perkukuh Inovasi Kesihatan Dengan Ciri Pemantauan Tidur Yang Kini Diluluskan Di Malaysia

Samsung kini melangkah setapak ke hadapan dalam teknologi kesihatan dengan memperkenalkan ciri Sleep Apnea pada Galaxy Watch Series di Malaysia — satu fungsi pintar yang membolehkan pengguna mengesan tanda-tanda gangguan tidur secara awal melalui aplikasi Samsung Health Monitor. Langkah ini bukan sekadar kemas kini biasa, tetapi simbol kepada bagaimana jam tangan pintar kini semakin dekat menjadi alat penjagaan kesihatan peribadi sebenar.

Ciri baharu ini secara rasmi boleh digunakan di Malaysia selepas menerima Sijil Pendaftaran Peranti Perubatan daripada Medical Device Authority (MDA). Pengiktirafan ini membuktikan bahawa Samsung menepati standard keselamatan, kesihatan dan perlindungan alam sekitar yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Ia juga memperkukuh kedudukan Samsung sebagai peneraju global dalam teknologi pemantauan tidur yang kini semakin menjadi perhatian dunia kesihatan moden.

Selain di Malaysia, ciri Sleep Apnea turut mendapat kelulusan daripada Australia’s Therapeutic Goods Administration (TGA) dan Singapore’s Health Sciences Authority (HSA) — membuktikan kredibiliti global fungsi ini dalam membantu pengguna mengesan gangguan tidur yang sering tidak disedari.

Diiktiraf FDA Sebagai Peranti Boleh Pakai Pertama Yang Boleh Mengesan Sleep Apnea

Menariknya, ciri Sleep Apnea pada Galaxy Watch bukan sekadar ‘gimmick’ pemasaran. Ia merupakan hasil pengiktirafan De Novo daripada U.S. Food and Drug Administration (FDA) — menjadikannya peranti boleh pakai pertama di dunia yang dibenarkan untuk mengesan tanda-tanda obstructive sleep apnea (OSA) sederhana hingga teruk.

Selain Amerika Syarikat, ciri ini turut diluluskan oleh Kementerian Makanan dan Keselamatan Ubat Koreaagensi kesihatan Brazil (ANVISA), dan Health Canada, menjadikannya fungsi pemantauan tidur yang diiktiraf di pelbagai benua.

Samsung Announces Availability of Sleep Apnea Feature in Malaysia on Galaxy Watch Series

Tidur Berkualiti, Hidup Lebih Sihat: Misi Samsung Untuk Pengguna Global

Samsung tidak hanya mahu menjadi pengeluar gajet, tetapi penjaga kesihatan digital bagi setiap pengguna. Melalui ciri Sleep Apnea ini, Samsung memberi peluang kepada lebih ramai pengguna untuk mengesan gejala lebih awal dan mencegah masalah kesihatan jangka panjang yang sering berpunca daripada gangguan tidur.

Menurut Samsung, “Tidur adalah komponen asas kepada kesihatan menyeluruh. Kami mahu membantu pengguna memahami corak tidur mereka, menawarkan coaching peribadi, dan mengoptimumkan persekitaran tidur mereka.”

Fungsi Sleep Apnea ini juga sejajar dengan misi Samsung untuk memberi insight bermakna kepada pengguna, supaya mereka dapat mengambil langkah proaktif dalam menjaga kesihatan tidur. Dengan peluasan akses ciri ini ke peringkat global, Samsung sekali lagi membuktikan komitmennya dalam menggabungkan teknologi dan penjagaan kesihatan sebenar — bukan sekadar gaya hidup digital.

Rebat Hebat Untuk Galaxy Watch Sehingga 31 Oktober

Bersempena pelancaran ciri Sleep Apnea ini, Samsung turut menawarkan promosi istimewa sehingga 31 Oktober untuk pembelian Galaxy Watch Series baharu, sebagai usaha menggalakkan pengguna memperluas ekosistem Galaxy mereka.

Antara model yang ditawarkan termasuk:

  • Galaxy Watch8 (44mm) – harga bermula RM1,399 (Bluetooth), RM1,699 (Bluetooth + LTE)
    • Rebat: 30% diskaun untuk tali jam tambahantrade-in hingga RM250
  • Galaxy Watch8 (40mm) – harga dari RM1,299 (Bluetooth), RM1,599 (Bluetooth + LTE)
  • Galaxy Watch8 Classic (46mm) – harga RM1,799 (Bluetooth), RM2,099 (Bluetooth + LTE)
  • Galaxy Watch Ultra (2025) – RM3,399 (Bluetooth + LTE, Titanium Blue)
    • Hadiah percuma bernilai lebih RM350 termasuk:
      • Galaxy SmartTag2 (RM149)
      • Power Adapter 15W (RM59)
      • Battery Pack 10,000mAh (RM159)
      • 30% diskaun tali jam tambahan
      • Trade-in hingga RM250

Untuk membeli peranti ini, pengguna boleh layari:

Apa Kata Budiey?

Jujur cakap, Samsung kini berada di tahap lain dalam dunia wearable tech. Kalau dulu jam tangan pintar sekadar alat notifikasi atau tracker senaman, kini ia sudah berubah jadi alat penjagaan kesihatan sebenar. Dengan ciri Sleep Apnea ini, Samsung bukan sahaja mendahului pesaingnya — malah menunjukkan bagaimana teknologi boleh menyelamatkan nyawa tanpa kita sedar.

Bagi Budiey, ini langkah bijak yang membina kepercayaan jangka panjang antara pengguna dan jenama. Bila sebuah peranti bukan sekadar memantau tetapi juga membantu mencegah penyakit, ia bukan lagi sekadar jam — ia rakan tidur yang memahami tubuh badan kita.

Dan kalau nak beli, masa inilah sebab promosi hingga 31 Oktober tu memang berbaloi. Bayangkan, bukan saja dapat jam canggih, tapi siap dengan hadiah percuma dan rebat lumayan. Jadi, kalau korang serius nak jaga tidur dan kesihatan, inilah masa terbaik untuk naik taraf ke Galaxy Watch baharu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Elvina Tampil Perjelas Adegan Atas Katil Dalam Drama Safira Disalah Faham