Platform penstriman Durioo+ sekali lagi membuktikan komitmennya dalam menyediakan hiburan selamat, mendidik dan menyeronokkan untuk keluarga Muslim apabila mereka melancarkan filem animasi antarabangsa Goldbeak The Movie, yang akan mula ditayangkan secara eksklusif bermula 20 Oktober 2025.
Filem ini sebelum ini telah menempa nama di pelbagai festival antarabangsa, namun versi yang hadir di Durioo+ tampil dengan olah semula khas dalam bahasa Melayu yang diselitkan nilai Islamik dan mesej positif. Ia sekaligus menandakan satu langkah besar dalam membawa kandungan global yang diadaptasi menjadi lebih dekat dengan budaya dan nilai keluarga tempatan.
Filem Dengan Jiwa Islamik Dan Nilai Kemanusiaan
Dalam sesi Tayangan Eksklusif Goldbeak The Movie yang diadakan di Durioo Studioo, Cyberjaya baru-baru ini, para tetamu termasuk pempengaruh dan wakil media nyata teruja dengan kualiti adaptasi ini. Ramai antara mereka kagum dengan usaha Durioo+ yang bukan sahaja menterjemah bahasa, tetapi juga mengislamisasikan mesej dan kandunganagar sesuai untuk tontonan kanak-kanak.
Seorang penonton yang hadir berkongsi,
“Suka bila tengok anak-anak dapat tonton filem macam ini. Selain dapat pengajaran, anak-anak pun boleh belajar nilai Islamik secara tak langsung, contohnya babak sebut Alhamdulillah, Allahuakbar. Jarang kita nak jumpa filem luar negara ada nilai Islamik sebegini. Bila tengok pula perbandingan babak asal dengan babak yang dialih suara oleh Durioo+, rasa kagum dengan usaha gigih mereka untuk jadikan konten dari luar mesra anak-anak. Dengan promosi langganan RM10 sebulan, saya ajak mak ayah di luar sana cuba langgan sebab sangat berbaloi. Ini sebenarnya pelaburan untuk anak-anak.”
Kejayaan ini menandakan filem antarabangsa keenam yang dialih suara ke bahasa Melayu oleh Durioo+. Sebelum ini, platform tersebut berjaya menayangkan Bilal: Lahirnya Wira Baru dan Cats The Movie, dua filem yang mendapat sambutan hangat di kalangan keluarga Malaysia.
Dari Hollywood Ke Dunia Islamik: Siapa Di Sebalik Goldbeak?
Goldbeak The Movie diarahkan oleh Nigel W. Tierney, seorang pengarah animasi dari Ireland yang pernah terlibat dalam projek besar seperti Kung Fu Panda 3, How to Train Your Dragon 2, The Croods dan Shrek Forever After. Menariknya, filem ini juga diarahkan bersama Dong Long dari Liangzi Film, China, menampilkan pelakon suara terkenal antarabangsa seperti David Henrie (Wizards of Waverly Place, How I Met Your Mother) dan Rachell Hofstetter (Valkyrae) sebagai Ratchet, adik kepada Goldbeak.
Filem ini mengisahkan Goldbeak, seekor helang yang dibesarkan oleh keluarga ayam sejak kecil. Didorong oleh keinginan untuk mencari identiti sebenar dan rasa tidak diterima oleh komuniti ayam, Goldbeak memulakan pengembaraan untuk mencari asal usulnya di dunia helang. Namun dalam perjalanan itu, dia dan kakaknya tanpa sengaja membongkar rahsia hitam yang boleh mengancam kampung asal mereka.
Selain jalan cerita yang menyentuh hati, filem ini turut menerima pencalonan di Anugerah Filem Golden Rooster China ke-35 dan mendapat pengiktirafan sebagai Excellent Chinese Film Project oleh State Film Administration of China — bukti kualitinya di peringkat antarabangsa.
Langganan Murah, Kandungan Premium: Durioo+ Movie Pack
Berita baik buat ibu bapa — sempena tayangan Goldbeak, Durioo+ turut memperkenalkan Durioo+ Movie Pack. Dengan hanya RM30 untuk tiga bulan pertama (bersamaan RM10 sebulan), pengguna boleh menikmati 20,000 kandungan bebas iklan, termasuk 15 filem antarabangsa dan tempatan, serta akses serentak di empat peranti.
Paling menarik, harga langganan ini lebih rendah daripada tiket pawagam, tetapi memberi nilai hiburan dan pembelajaran yang jauh lebih besar untuk seisi keluarga.
Nuown Zainal, pengasas bersama Durioo+, berkata:
“Goldbeak ialah filem menarik untuk tontonan keluarga, tambah pula telah diolah dengan rapi supaya selamat dan sesuai untuk anak-anak kita. Dengan langganan bernilai RM10 sebulan, waktu skrin bersama boleh dijadikan aktiviti keluarga yang sihat — macam tengok wayang, tapi dari rumah melalui platform selamat Durioo+.”
Inisiatif ini jelas membuktikan misi besar Durioo+ bukan sekadar hiburan semata-mata, tetapi juga mendidik generasi ummah yang beriman, berakhlak dan berilmu.
Durioo+: Dari Hiburan Ke Pendidikan Digital Untuk Ummah
Dilancarkan pada Februari 2022, Durioo+ kini menjadi aplikasi penstriman nombor satu dunia untuk kanak-kanak Muslim, disokong oleh Y Combinator dari Silicon Valley. Dengan lebih 20,000 video yang merangkumi animasi, dokumentari, lagu dan siri Islamik, platform ini telah menarik lebih sejuta muat turun di App Store dan Play Storeserta pelanggan aktif dari lebih 80 negara.
Antara kandungan popular termasuk Baby Shark, Daniel Tiger, Bing dan Numberblocks — semuanya ditapis oleh ibu bapa Muslim bagi memastikan setiap tontonan bersifat mendidik, mesra nilai dan selamat.
Kini, Durioo+ bukan sekadar aplikasi menonton video. Ia berkembang menjadi ekosistem digital lengkap untuk pembelajaran dan hiburan anak-anak, termasuk:
- DuDeen – platform interaktif untuk belajar surah dan doa harian.
- DuReels – video pendek ala YouTube Shorts yang bebas unsur ketagihan.
- Durioo Games – permainan pendidikan yang menyeronokkan dan bebas kandungan negatif.
Dengan antaramuka moden dan mesra pengguna, Durioo+ kini boleh diakses melalui TV, tablet dan telefon pintar, serta digunakan pada empat peranti serentak.
Apa Kata Budiey?
Budiey rasa inilah contoh bagaimana teknologi boleh bersatu dengan nilai murni untuk menghasilkan hiburan yang bukan sahaja menyeronokkan, tapi juga membina akhlak dan pengetahuan anak-anak. Dalam dunia yang penuh dengan kandungan tidak terkawal, Durioo+ tampil sebagai benteng digital keluarga Muslim moden.
Langganan RM10 sebulan ini bukan sekadar hiburan — ia adalah pelaburan masa depan dalam membentuk generasi muda yang celik agama dan berfikir secara kritikal. Budiey sarankan mak ayah di luar sana berikan peluang kepada Durioo+ untuk menjadi sebahagian daripada rutin keluarga. Menonton bersama anak bukan lagi sekadar aktiviti santai, tapi satu bentuk pendidikan hati dan jiwa yang jarang kita temui hari ini.
Untuk maklumat lanjut, layari www.duriooplus.com atau ikuti @duriooplusmalaysia di media sosial.