in , ,

Aplikasi Baharu CelcomDigi Tingkatkan Hubungan Digital Rakyat Malaysia

Aplikasi Baharu CelcomDigi Satukan Dua Dunia Dalam Satu Platform Pintar Untuk Pengalaman Digital Lebih Selamat, Mudah Dan Peribadi

Dalam dunia yang semakin pantas berubah dan penuh dengan teknologi baharu, CelcomDigi Berhad (CelcomDigi)tampil dengan langkah strategik — memperkenalkan aplikasi mudah alih baharu CelcomDigi, hasil penyatuan dua aplikasi yang sudah lama menemani pengguna Malaysia, Celcom Life dan MyDigi. Peluncuran ini bukan sekadar menaik taraf antara muka (interface), tetapi simbol kepada penyepaduan besar-besaran jenama CelcomDigi selepas penggabungan dua gergasi telekomunikasi ini.

Dibina sepenuhnya oleh pasukan dalaman yang berpengalaman, aplikasi ini dirangka untuk memberikan pengalaman digital paling menyeluruh, memperkukuh keselamatan pengguna dan menyesuaikan diri dengan gaya hidup rakyat Malaysia hari ini — yang mahukan segala urusan di hujung jari, pantas, selamat, dan mudah.

Menurut Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi, Albern Murty, “Peluncuran ini merupakan komitmen kami yang berpaksikan pelanggan sepenuhnya. Aplikasi baru ini menggabungkan ciri-ciri terbaik kedua-dua aplikasi sedia ada, dengan ciri perkhidmatan terbaru dilapisi teknologi Kecerdasan Buatan (AI) bagi sokongan dan keselamatan. Ia membekalkan pengalaman yang membawa segalanya ke tapak tangan anda, serta memberi anda kawalan sepenuhnya terhadap perkhidmatan dan kesalinghubungan digital.”

Katanya lagi, “Inilah cara kami mengubah pendekatan dalam berhubung dengan pelanggan — menjadikan mereka pusat segala interaksi dan transaksi — sekaligus memacu pertumbuhan serta nilai baharu untuk perniagaan kami.”

Aplikasi Baharu CelcomDigi Tingkatkan Hubungan Digital Rakyat Malaysia

Aplikasi Yang Dicipta Berdasarkan Maklum Balas 10 Juta Pengguna

Bukan calang-calang strategi. CelcomDigi membangunkan aplikasi ini berasaskan pandangan daripada lebih 10 juta pelanggan, selain menerima input terus daripada lebih 100,000 penguji beta. Hasilnya, lahirlah sebuah aplikasi yang dirangka mengikut tiga konsep utama: Keselesaan HarianGaya Hidup Digital Disiap Bina, dan Mencipta Detik-Detik Gembira.

Keselesaan Harian

Untuk mereka yang sibuk dan sentiasa bergerak, aplikasi ini memberi kemudahan menguruskan pelbagai talian dan akaun dengan satu sentuhan. Fungsi seperti ‘Everything in One’ membolehkan pengguna menyemak dan mengawal semua pelan mereka dalam satu skrin — tanpa perlu log keluar atau bertukar akaun.

Fungsi ‘Auto-Reload Magic’ pula menjadi penyelamat untuk pelanggan prabayar. Tiada lagi momen panik bila kredit habis di saat genting. Dengan ciri ini, talian akan terus aktif secara automatik tanpa gangguan.

Gaya Hidup Digital Disiap Bina

CelcomDigi tidak sekadar mahu menjadi penyedia rangkaian, tapi juga rakan gaya hidup digital anda. Melalui aplikasi baharu ini, pengguna boleh mengakses pelbagai perkhidmatan tambah nilai secara langsung — dari penstriman hiburan seperti Disney+ dan Viu, sehinggalah ke ciri pelancongan pintar seperti ‘Roaming Pre-Booking’ yang boleh diaktifkan sebaik anda tiba di luar negara.

Bagi mereka yang mementingkan keselamatan, aplikasi ini memperkenalkan sistem Sekuriti (Security) yang mantap, lengkap dengan log masuk biometrikperlindungan peranti tunggal, serta eKYC (electronic Know Your Customer)untuk memastikan akaun anda benar-benar selamat daripada capaian tidak sah.

Mencipta Detik-Detik Gembira

CelcomDigi faham bahawa hubungan pengguna dengan jenama bukan sekadar soal perkhidmatan, tetapi juga pengalaman dan keterlibatan (engagement). Oleh itu, aplikasi ini hadir dengan AI-RA, sistem sokongan pelanggan pintar yang sentiasa bersedia 24 jam.

Selain itu, pengguna boleh menikmati aktiviti interaktif seperti ‘Daily Streak’, cabaran selama tujuh hari untuk kumpul ganjaran, dan ‘3-2-1 Surprise’ setiap hari Rabu dengan hadiah misteri yang pasti menceriakan minggu anda.

Tak cukup dengan itu, ada juga fungsi ‘For You’, yang menggunakan data pintar untuk memahami corak penggunaan dan minat pelanggan, lalu memberikan cadangan tawaran dan ganjaran peribadi — seolah-olah aplikasi ini dibina khusus hanya untuk anda.

Aplikasi Baharu CelcomDigi Tingkatkan Hubungan Digital Rakyat Malaysia

Perlindungan Digital Yang Menyeluruh

Dalam dunia digital hari ini, isu penipuan dalam talian (online scam) semakin meruncing. Menyedari cabaran ini, CelcomDigi memperkenalkan laman Keselamatan (Safety Page) dalam aplikasi — satu pusat sumber untuk pengguna mendapatkan alat, panduan dan info penting tentang keselamatan digital.

Pengguna juga boleh melaporkan insiden scam secara terus melalui aplikasi tanpa perlu menghubungi pusat khidmat pelanggan. Malah, dengan langganan serendah RM4 sebulan, pengguna boleh melindungi diri dengan MobileSHIELD, pelindung digital yang membantu menangkis aplikasi hasad, ancaman privasi dan cubaan penipuan dalam talian.

Langganan ini turut disokong oleh beberapa produk keselamatan lain seperti WebSHIELD, e-Sim dan Private Sim, semuanya dirangka untuk memberikan lapisan keselamatan tambahan bagi pengguna Malaysia yang semakin aktif secara digital.

Tawaran Peluncuran Eksklusif Untuk Pengguna Awal

Sebagai tanda penghargaan kepada pengguna awal, CelcomDigi menawarkan promosi pelancaran eksklusif yang sukar dilepaskan:

  • 100GB data berkelajuan tinggi hanya RM1 — terhad kepada 1 juta pas pertama.
  • Kadar istimewa langganan hiburan: Disney+ (Basic) RM12.90/bulan, Disney+ (Premium) RM27.90/bulan, dan Viu RM3.90/bulan.
  • Panggilan IDD dan perkhidmatan roaming percuma selama 12 bulan untuk pelanggan pascabayar.

Pelanggan sedia ada aplikasi Celcom Life dan MyDigi digalakkan berpindah ke aplikasi baharu CelcomDigi dengan segera, kerana kedua-duanya akan ditamatkan perkhidmatan sepenuhnya pada 31 Disember 2025. Aplikasi ini kini boleh dimuat turun di Apple App Store dan Google Play Store bermula hari ini.

Apa Kata Budiey?

Dalam dunia yang semakin bergantung pada telefon pintar, CelcomDigi nampaknya mengambil langkah yang sangat berani dan berpandangan jauh. Penyatuan dua aplikasi besar menjadi satu platform pintar ini adalah langkah strategik yang menunjukkan keazaman syarikat untuk memudahkan hidup pelanggan.

Apa yang Budiey suka ialah pendekatan mereka yang benar-benar berpusat pada pengguna. Setiap ciri nampak direka bukan sekadar untuk kelihatan canggih, tapi untuk menyelesaikan masalah sebenar rakyat Malaysia — daripada top-up automatik hingga ciri keselamatan dalam talian.

Tapi lebih daripada itu, aplikasi ini memberi mesej yang jelas: masa depan telekomunikasi bukan sekadar tentang sambungan, tapi tentang pengalaman hidup digital yang selamat, peribadi, dan menyeronokkan. Dan kalau CelcomDigi terus mengekalkan momentum inovasi ini, tak mustahil mereka akan menjadi jenama telekomunikasi paling dipercayai di Malaysia dalam era digital baharu ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Finalis Raise The Star Malaysia Bergabung Dalam Album EP Istimewa