Xiaomi baru sahaja melancarkan REDMI Pad 2 Pro Series yang menampilkan dua model iaitu REDMI Pad 2 Prodan REDMI Pad 2 Pro 5G. Tablet ini direka khas untuk mereka yang mahukan pengalaman hiburan berskala besar – sama ada menonton filem, bermain game atau melakukan kerja harian.
Apa yang membuatkan siri ini menonjol adalah skrin 12.1 inci ultra-besar dengan resolusi 2.5K yang menjadikan setiap adegan terasa lebih nyata. Dengan sokongan Dolby Vision®, warna paparan nampak lebih tepat, manakala kadar segar semula sehingga 120Hz memastikan pergerakan lancar ketika streaming atau multitasking.
Bagi mereka yang risau tentang keselesaan mata, skrin tablet ini sudah menerima tiga pensijilan TÜV Rheinland – termasuk Low Blue Light, Flicker-Free, dan Circadian Friendly. Ini bermakna mata lebih selesa walaupun anda menonton dalam tempoh lama. Tambahan pula, sistem bunyi quad-speaker dengan Dolby Atmos® dan Hi-Res Audio memberikan pengalaman audio yang imersif. Malah, ada fungsi manual boost sehingga 300%, jadi bunyi masih jelas walaupun dalam suasana bising.
Bateri Raksasa, Prestasi Padu Dengan Cip Snapdragon
Kekuatan utama REDMI Pad 2 Pro Series bukan sekadar pada paparan, tetapi juga pada kuasa baterinya. Tablet ini dilengkapi dengan bateri 12,000mAh, antara yang terbesar dalam pasaran global Xiaomi. Untuk pengecasan pantas, ia menyokong 33W fast charging, dan uniknya ada juga fungsi 27W wired reverse charging yang membolehkan tablet ini digunakan sebagai power bank untuk mengecas peranti lain.
Dari segi prestasi, tablet ini dikuasakan oleh Snapdragon® 7s Gen 4 Mobile Platform yang dibina menggunakan proses 4nm. Cip ini bukan sahaja cekap tenaga, tetapi juga cukup berkuasa untuk mengendalikan aplikasi berat dan pengalaman hiburan berskrin besar dengan lancar.
Ekosistem Xiaomi HyperOS Dan Fungsi Pintar
Apa yang menarik, REDMI Pad 2 Pro Series hadir dengan Xiaomi HyperOS yang membolehkan interkonektiviti lancar bersama peranti Xiaomi lain. Fungsi seperti Call Sync, Shared Clipboard, Network Sync, dan Home Screen+membolehkan pengguna mengakses fail serta aplikasi telefon secara terus melalui tablet. Malah, kamera silang peranti (cross-device cameras) membolehkan pengguna menggunakan kamera dari peranti lain untuk panggilan video atau live streaming multi-angle.
Selain itu, tablet ini turut dilengkapi dengan Google Gemini dan Circle to Search with Google untuk bantuan pintar. Ruang storan juga sangat luas kerana ia menyokong kad tambahan sehingga 2TB, sesuai untuk mereka yang banyak menyimpan fail video, projek kreatif, dan dokumen.
Aksesori Lengkap Untuk Kerja Dan Hiburan
Xiaomi turut memperkenalkan aksesori rasmi bagi melengkapkan pengalaman pengguna. Antaranya ialah REDMI Smart Pen dengan tahap tekanan sehingga 4096 levels serta ultra-low latency untuk pengalaman menulis dan melakar yang semula jadi. Bagi yang mahukan pengalaman seperti laptop, REDMI Pad 2 Pro Keyboard disediakan dengan papan kekunci bersaiz penuh, key travel 1.3mm dan key pitch 19mm untuk keselesaan menaip. Tidak ketinggalan, REDMI Pad 2 Pro Cover yang berfungsi sebagai pelindung dan stand, lengkap dengan ruang penyimpan pen.
Redmi Pad 2 Play Bundle: Hiburan Mesra Keluarga
Selain Pro Series, Xiaomi juga memperkenalkan REDMI Pad 2 Play Bundle – pakej tablet mesra keluarga yang lebih sesuai untuk kanak-kanak, remaja, atau mereka yang ingin tablet dengan fungsi santai. Ia hadir dengan rekaan unibody metal dan skrin 11 inci 2.5K crystal-clear matte glass dengan kadar segar semula 90Hz. Permukaan paparan ini memberikan pengalaman seperti kertas, sesuai untuk membaca dan melukis, tetapi tetap cemerlang untuk menonton animasi, video, atau bermain game.
Untuk keselesaan mata, ia juga menerima triple TÜV Rheinland certification dan DC dimming. Tablet ini dikuasakan dengan bateri 9,000mAh dan 18W fast charging, serta dilengkapi dengan sistem bunyi quad-speaker Dolby Atmos®. Prestasinya digerakkan oleh MediaTek Helio G100-Ultra bersama Xiaomi HyperOS, menjadikannya padat dengan fungsi mesra keluarga dalam satu pakej lengkap.
Harga Dan Ketersediaan
Untuk pasaran Malaysia, harga yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- REDMI Pad 2 Pro (6GB+128GB): RM999 (Shopee, 25 Sep – 2 Okt), selepas itu RM1,099 di semua platform.
- REDMI Pad 2 Pro (8GB+256GB): RM1,399 (termasuk hadiah percuma REDMI Pad 2 Pro Keyboard + REDMI Smart Pen).
- REDMI Pad 2 Pro 5G (8GB+256GB): RM1,799 (mula dijual 15 Oktober, termasuk hadiah percuma REDMI Keyboard + Smart Pen).
- REDMI Pad 2 Play Bundle (4GB+128GB): RM799 (mula dijual 10 Oktober).
Semua model boleh didapati di mi.com, Shopee, Lazada, dan TikTok Shop.
Apa Kata Budiey?
Kalau diperhatikan, Xiaomi semakin agresif membawa tablet ke pasaran dengan pilihan yang lebih besar dan spesifik untuk setiap segmen pengguna. REDMI Pad 2 Pro Series jelas menyasarkan mereka yang mahukan hiburan bertaraf premium – dengan skrin besar, bateri gergasi, dan integrasi HyperOS yang canggih. Sementara itu, REDMI Pad 2 Play Bundle pula lebih kepada keluarga atau pengguna muda yang perlukan tablet ringkas, versatile, dan mampu milik.
Bagi Budiey, ini langkah bijak kerana pasaran tablet kini semakin berkembang – bukan sekadar untuk kerja atau belajar, tetapi juga sebagai “hub hiburan” yang lengkap. Dengan harga yang ditawarkan, REDMI Pad 2 Pro Series nampak sangat kompetitif, terutama bila dibandingkan dengan tablet jenama lain yang jauh lebih mahal. Soalnya sekarang, adakah Xiaomi berjaya menjadikan tablet sebagai peranti wajib untuk rakyat Malaysia, sama seperti telefon pintar? Itu terpulang pada pengguna – tapi kalau ikut spesifikasi dan harga, memang susah nak tolak tawaran ini.
Budiey rasa ini masa terbaik untuk Xiaomi ‘lock’ tempat mereka dalam dunia tablet, sebab pilihan mereka bukan sahaja powerful, tapi juga praktikal.