in

Halsey Kembali Dengan Back To Badlands Tour Antarabangsa

Halsey Rayakan Ulang Tahun Album Badlands Dengan Refleksi Mendalam Tentang Kehidupan, Cabaran Dunia Pop, Dan Hubungan Dengan Peminat Setia

Nama Halsey tidak perlu diperkenalkan lagi. Artis diamond-certified dan pernah dicalonkan GRAMMY Awards ini bukan sahaja terkenal dengan vokal unik dan gaya eksperimental, tetapi juga dengan kisah hidup yang penuh liku. Kini, selepas beberapa tahun menyepi, Halsey bangkit semula dengan pengumuman jelajah antarabangsa “Back to Badlands Tour 2025” sempena ulang tahun ke-10 album ikoniknya, Badlands.

Dalam temubual eksklusif bersama Zane Lowe di Apple Music, Halsey berkongsi sisi peribadi yang jarang kita dengar — dari nostalgia Badlands, pengalaman jadi bintang pop remaja, tekanan industri muzik, hingga ke kehidupan barunya sebagai seorang ibu.

Badlands Sebagai Legasi Ikonik Dan Harapan Yang Mustahil Dari Peminat

Album Badlands yang dilancarkan pada tahun 2015 menjadi pintu masuk Halsey ke dunia mainstream, malah melambungkan namanya ke puncak industri pop. Lagu-lagu seperti New AmericanaColors, dan Castle menjadi anthems generasi muda ketika itu.

Namun, Halsey akui dia pernah cuba menjauhkan diri daripada album itu kerana ia mengingatkan dirinya pada zaman sebelum matang. “I’m so proud of this album… Badlands then became just so beloved to me,” katanya.

Tetapi, permintaan peminat agar dia menghasilkan album serupa tidak pernah berhenti. “They want something impossible now. Badlands lahir dari keberanian naif saya ketika belum pernah gagal, tapi juga belum pernah menang. Sekarang, ruang itu sudah hilang,” jelasnya.

Inilah dilema besar seorang artis pop: kejayaan lampau jadi kayu ukur yang tidak realistik, walaupun situasi, usia, dan jiwa sudah berubah.

Populariti Yang Mencekik Dan Pilihan Untuk Mengundur

Bagi ramai artis, populariti adalah matlamat. Tapi bagi Halsey, ia jadi beban. “I did not like being that famous… I wanted it since I was a kid. But when it came, it was too much,” akuinya.

Ketika peminat melihat kejayaan, Halsey pula berjuang dengan mentaliti “kalau aku berhenti, orang akan nampak aku gagal.” Akhirnya, dia memilih untuk utamakan keselamatan diri dan membina kehidupan lebih tenang bersama anaknya dan tunang, pelakon Avan Jogia.

Menariknya, ketika berehat, Halsey tidak terus diam. Dia mula meneroka dunia penulisan skrip dan projek televisyen. Ini bukti dirinya seorang artis serba boleh yang enggan dikurung dalam satu label semata-mata.

Kisah Hidup Gelap, Tidur Di Jalanan Dan Inspirasi Untuk Badlands

Di sebalik glamor, ada realiti pahit. Halsey mendedahkan sebelum Badlands, dia hidup tanpa tempat tinggal tetap. “At best I was couch-surfing… at worst, I was sleeping on the street,” katanya.

Bayangkan seorang remaja berusia 18 tahun, tidur di jalanan, berdepan bahaya dan kekerasan, tetapi masih berani bermimpi. Dari situlah lahir tema Badlands — tentang keluar dari penjara emosi, tentang melawan sekatan, tentang mencari identiti.

“The record is really about vacating a restrictive or oppressive state of being,” ujarnya. Ia adalah terapi muzik bagi trauma yang dialaminya.

Dari “Child Star” Ke Dewasa Palsu: Realiti Yang Mengelirukan

Ramai yang lupa Halsey masih belasan tahun ketika Badlands ditulis. Dunia sudah menganggapnya dewasa, malah mengangkatnya sebagai “suara generasi.”

“I wrote Badlands at 18, 19, and it came out before my 20th birthday. But people thought I was 25, 26,” jelasnya.

Lucunya, bila hubungannya dengan Avan Jogia diperkatakan, ramai menyangka dia lebih tua. Hakikatnya, Avan tiga tahun lebih berusia. “People decided I must be 10 years older than I actually am,” katanya berseloroh.

Sindrom Penipu Dan Kekoknya Hari Pertama Jadi Artis

Halsey juga tidak malu mengaku dirinya dulu “fake it till you make it.” “I was lying. I didn’t know anything… I was 19, walking red carpets next to Beyoncé, pakai baju dari almari sendiri. No one media trained me,” ceritanya.

Dia masih ingat bagaimana cuba sorok gigi yang rosak sebab tak mampu rawatan pergigian. Atau rasa kekok berposing untuk kamera kerana tiada pengalaman. Semua itu kini jadi memori getir yang membuktikan dia survive dengan kekuatan diri sendiri.

Hiatus Empat Tahun, TikTok, Dan Generasi Peminat Baharu

Selepas jadi ibu, Halsey mengambil masa dua tahun berehat. Namun, bila ditambah dengan masalah kesihatan, rehat itu jadi empat tahun — sesuatu yang dia tidak rancang.

Industri pula berubah. TikTok muncul sebagai enjin penemuan muzik. Generasi baru pula membesar tanpa mengenali Halsey.

“It was terrifying, having people say, ‘My mom liked her when I was little,’” katanya. Dari artis yang dulu relevan dengan anak muda, kini dia dilihat sebagai nostalgia.

Label, Ekspektasi Tidak Realistik Dan Perbandingan Dengan Superstar

Album If I Can’t Have Love, I Want Power dianggap masterpiece oleh ramai pengkritik, tetapi bagi label, ia gagal. “I got dropped from my label… after multiple number one hits,” ujarnya.

Lebih mengejutkan, jualan 100,000 unit minggu pertama untuk album terbarunya — angka besar dalam era tanpa jualan fizikal — masih dilabel gagal.

“Are you fucking kidding me? I made an experimental concept album about how I almost fucking died. I’m not going to do Taylor Swift numbers,” kata Halsey tegas.

Namun, dia tetap bersyukur dengan peminat setia. “The same hundred thousand people that bought Badlands first week are going to buy those records every time. And thank God for them,” katanya.

Fakta Tambahan Tentang Back To Badlands Tour 2025

Jelajah Back to Badlands Tour 2025 bukan sekadar konsert biasa. Ia adalah selebrasi penuh emosi, menghidupkan semula momen penting dari era Badlands.

Tour ini akan berlangsung di lebih 30 lokasi antarabangsa, termasuk Amerika Utara, Eropah, Asia dan dijangka juga menyinggah ke Asia Tenggara, lokasi di mana Halsey mempunyai peminat tegar termasuk Malaysia.

Setlist dikhabarkan bakal menampilkan lagu-lagu Badlands sepenuhnya, termasuk GasolineGhost, dan Drive, di samping beberapa karya terbaru. Ini bukan sahaja hadiah nostalgia untuk peminat lama, tetapi juga peluang generasi baru menyaksikan Halsey dalam bentuk paling raw dan penuh bertenaga.

Apa Kata Budiey?

Kisah Halsey ini membuka mata kita bahawa kejayaan besar datang dengan harga yang mahal. Populariti bukan sekadar glamor — ia boleh jadi penjara mental yang menyesakkan. Apa yang membuat Halsey berbeza ialah kejujurannya. Dia tidak berpura-pura kuat, malah mengaku rapuh.

Bagi saya, inilah keindahan sebenar seorang artis: keberanian untuk tampil rentan, tetapi tetap menghasilkan karya jujur yang merentasi masa.

Back to Badlands Tour 2025 bukan hanya tentang ulang tahun album, tetapi tentang perjalanan seorang wanita yang jatuh, bangkit, dan kini kembali dengan lebih matang. Dan buat peminat muzik, ia bukan sekadar konsert, tetapi perayaan hidup, luka, dan harapan yang disulam dalam muzik Halsey.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Filem The Long Walk Adaptasi Novel Stephen King Yang Sadis