in , ,

Apple Lancar iPhone 17 Kamera Selfie Centre Stage Untuk Content Creator

iPhone 17 Hadir Dengan Rekaan Lebih Tahan Lasak, Kamera Baharu Dan Cip A19 Yang Memberi Prestasi Luar Biasa Serta Paparan Lebih Terang Untuk Pengalaman Harian Pengguna

Setiap kali Apple melancarkan iPhone baharu, dunia pasti terhenti seketika. Kali ini, iPhone 17 diumumkan dengan barisan inovasi yang mengubah standard telefon pintar. Dari segi kamera selfie Centre Stage, paparan Super Retina XDR yang lebih terang, sehinggalah ke cip baharu A19 yang menjanjikan prestasi luar biasa, jelas Apple mahu buktikan bahawa mereka masih berada di hadapan dalam perlumbaan teknologi.

Bukan sekadar naik taraf kosmetik, tetapi kali ini iPhone 17 dilengkapi perubahan yang memberi impak besar kepada pengalaman harian pengguna – dari cara kita bergambar, bermain game, berkomunikasi, sehinggalah ke aspek kelestarian alam sekitar.

Kamera Selfie Centre Stage: Game-Changer Untuk Content Creator

Kalau dulu kamera depan iPhone sekadar cukup untuk panggilan video dan selfie asas, kini Apple mengangkat pengalaman itu ke tahap baharu. Dengan sensor berbentuk segi empat, kamera depan Centre Stage boleh merakam foto sehingga 18MP, dengan medan pandangan lebih luas dan resolusi lebih jelas.

Apple Lancar Iphone 17

Lebih menarik, pengguna tak perlu lagi pusing telefon untuk dapatkan rakaman landscape selfie. Pegang menegak pun dah cukup, kamera automatik laraskan orientasi gambar. Bayangkan senangnya bila ambil group selfie — AI akan automatik zoom out dan laraskan komposisi supaya semua muka muat dalam frame.

Bagi Budiey, inilah fungsi yang ramai content creator tunggu. Fungsi Dual Capture – rakam video serentak dengan kamera depan dan belakang – memang dibuat khas untuk vlogger, influencer dan mereka yang suka buat konten reaksi. Hasil rakaman juga lebih stabil dengan 4K HDR ultra-stabilised video, sesuai untuk mereka yang suka travel vlog, liputan acara atau sekadar buat video gaya santai untuk media sosial.

Kamera Belakang 48MP Fusion: Gambar Lebih Hidup, Warna Lebih Menyengat

iPhone 17 kali ini hadir dengan semua kamera belakang beresolusi 48MP, sesuatu yang belum pernah ada dalam sejarah iPhone. Kamera utama 48MP dengan Telefoto 2x berkualiti optik memberi imej tajam, manakala kamera Ultra Wide generasi baharu mampu hasilkan foto 4 kali lebih terperinci berbanding iPhone 16.

Apa yang buat ianya lebih menarik ialah gaya baharu Photographic Styles, termasuk gaya Bright yang menjadikan tona kulit lebih cerah, sesuai untuk pencahayaan semula jadi di luar. Video 4K Dolby Vision juga kini lebih canggih dengan audio spatial – seolah-olah anda berada dalam suasana sebenar.

Apple jelas cuba menyaingi telefon flagship lain seperti Samsung Galaxy S24 Ultra atau Google Pixel 10 yang memang terkenal dengan kamera. Bezanya, Apple masih ada konsistensi kualiti imej yang ramai pengguna setia iPhone tidak sanggup lepaskan.

Apple Lancar Iphone 17

Paparan Super Retina XDR Lebih Terang: Tiada Lagi Masalah Silau

Skrin 6.3 inci Super Retina XDR dengan ProMotion 120Hz membawa pengalaman visual ke tahap premium. Bezelnya lebih nipis, kecerahannya mencapai 3000 nits – ini bermakna pengguna boleh baca mesej atau tengok video walaupun di bawah matahari terik Malaysia.

Tambahan pula, Ceramic Shield 2 memberi ketahanan calar tiga kali ganda lebih baik. Budiey boleh katakan, bagi mereka yang selalu risau skrin tercalar dalam poket bersama kunci atau duit syiling, peningkatan ini memang berbaloi.

Cip A19: Tenaga AI Dan Gaming Paling Pantas

Cip A19 yang dibina atas teknologi 3nm generasi ketiga menawarkan CPU 1.5 kali lebih laju daripada A15, dan GPU pula dua kali lebih pantas. Ini bukan sekadar angka — prestasi ini menjadikan iPhone 17 sebuah mesin gaming mudah alih sebenar.

Dengan Neural Accelerator pada setiap GPU core, iPhone 17 kini boleh jalankan AI generatif secara terus di dalam peranti tanpa bergantung sepenuhnya pada cloud. Inilah yang memberi kelebihan dari segi privasi dan kelajuan.

Bateri juga tidak ketinggalan. Apple mendakwa 30 jam video playback, lapan jam lebih lama berbanding model lama. Dan dengan pengecasan pantas, 50% bateri hanya perlu 20 minit. Untuk pengguna Malaysia yang sentiasa on-the-go, ini satu ciri yang sangat praktikal.

Apple Lancar Iphone 17

iOS 26: Apple Intelligence Dan Fungsi Lebih Pintar

iPhone 17 hadir bersama iOS 26, dengan antara tarikan utama ialah Apple Intelligence. Fungsi ini boleh terjemah mesej secara masa nyata melalui Live Translation, dan Visual Intelligence pula boleh kenal pasti kandungan dalam screenshot dan cadangkan tindakan.

Apple juga memperkenalkan Apple Games, sebuah aplikasi khusus yang menyatukan semua permainan pengguna di satu tempat. Untuk gamers, ini bagaikan “Steam versi iPhone”.

Aksesori Baharu Lebih Lifestyle-Friendly

Apple tahu pengguna iPhone bukan sahaja nak fungsi, tetapi juga gaya hidup. Aksesori baharu seperti Crossbody Strapmembolehkan pengguna pakai iPhone seperti beg silang. Dibuat daripada benang kitar semula dengan magnet fleksibel, ia bukan sahaja praktikal tetapi juga trendy.

Selain itu, ada pilihan casing baharu seperti Silicone Case dengan MagSafe dalam warna neon yellow, light moss, anchor blue dan purple fog.

Apple Lancar Iphone 17

Apple 2030: iPhone 17 Lebih Mesra Alam

Apple masih konsisten dengan agenda kelestarian melalui projek Apple 2030. iPhone 17 menggunakan 30% bahan kitar semula, termasuk 85% aluminium pada badan dan 100% kobalt dalam bateri. Malah, pembungkusannya kini seratus peratus berasaskan gentian.

Bagi Budiey, inisiatif ini bukan sekadar pemasaran hijau. Ia adalah langkah penting kerana industri teknologi adalah antara penyumbang utama kepada pelepasan karbon.

Harga iPhone 17 Malaysia: Dari RM3,999

Harga iPhone 17 di Malaysia bermula dari RM3,999 untuk storan 256GB. Ada juga pilihan 512GB untuk mereka yang perlukan ruang lebih besar.

Pra-tempahan bermula pada 12 September dan akan dijual rasmi pada 19 September. Untuk mereka yang nak jimat, Apple menawarkan program Trade In dengan nilai sehingga RM4,400 untuk iPhone lama.

Apa Kata Budiey?

Bagi Budiey, iPhone 17 bukan sekadar telefon pintar baharu – ia sebuah pakej menyeluruh yang menggabungkan kamera terbaik, paparan tercanggih, prestasi AI generasi baharu, dan komitmen terhadap alam sekitar.

Namun begitu, dengan harga RM3,999 ke atas, jelas ianya bukan untuk semua orang. Apple sememangnya menyasarkan golongan yang mahukan prestij, teknologi premium, dan pengalaman iPhone sebenar.

Kalau anda seorang content creator, gamer tegar, atau individu yang mahukan peranti paling tahan lama dengan sokongan perisian bertahun-tahun, iPhone 17 memang pilihan tepat. Tetapi kalau anda sekadar guna telefon untuk media sosial ringan dan WhatsApp, mungkin iPhone 15 atau 16 sudah mencukupi.

Apa yang pasti, iPhone 17 menetapkan standard baru untuk telefon pintar 2025 – dan sekali lagi membuktikan mengapa Apple masih jadi jenama nombor satu dalam dunia teknologi mudah alih.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apple Watch SE 3 Tampil Dengan Always On Display & Cip S10 Berkuasa