in , ,

Samsung Perkenal Galaxy Buds Core Dengan Pengalaman Audio Hebat

Galaxy Buds Core Hadir Dengan Reka Bentuk Mesra Pengguna, Bunyi Mantap, Dan Harga Mampu Milik Yang Sesuai Untuk Semua Golongan

Samsung Electronics Co., Ltd. sekali lagi mencuri perhatian dunia teknologi dengan pelancaran Galaxy Buds Core, sepasang fon telinga tanpa wayar yang direka khusus untuk menjadi pilihan utama pengguna harian.

Produk ini bukan sekadar aksesori audio biasa, sebaliknya ia dicipta untuk memberikan pengalaman audio menyeluruh, menggabungkan kualiti bunyi mantap, keselesaan sepanjang hari, sambungan lancar, serta harga yang mampu milik. Dengan harga RM199 sahaja, Galaxy Buds Core jelas membawa mesej bahawa pengalaman audio berkualiti kini boleh dinikmati oleh semua.

Kualiti Bunyi Yang Kaya Dengan Bass Mantap Dan Treble Jernih

Bagi pencinta muzik yang mahukan bunyi jernih dan seimbang, Galaxy Buds Core hadir dengan tetapan audio yang teliti. Earbuds ini menawarkan treble yang jelas serta bass yang dalam dan seimbang, menjadikan setiap genre muzik lebih hidup sama ada anda sedang mendengar lagu pop, rock, hip hop mahupun balada. Samsung menekankan bahawa pengalaman audio ini disesuaikan untuk memenuhi citarasa harian pengguna tanpa mengorbankan kualiti.

Reka Bentuk Ergonomik Dengan Keselesaan Sepanjang Hari

Salah satu tarikan besar Galaxy Buds Core ialah reka bentuk ergonomik dengan silicone wingtips yang memastikan keselesaan maksimum walaupun digunakan seharian. Ia tidak memberikan tekanan berlebihan pada telinga, malah kekal stabil sama ada anda sedang berehat di rumah, melakukan kerja harian, atau berlari di taman. Tambahan pula, dengan penarafan IP54 kalis debu dan percikan air, Galaxy Buds Core direka untuk menahan cabaran penggunaan harian tanpa kompromi.

SAMSUNG

Komunikasi Jelas Dengan Teknologi Mikrofon Tiga Arah

Bukan sekadar untuk hiburan, Galaxy Buds Core turut menitikberatkan aspek komunikasi. Ia dilengkapi tiga mikrofon terbina dalam yang berfungsi secara serentak untuk menangkap suara pengguna dengan lebih tepat. Hasilnya, suara anda dapat didengar dengan jelas dan tidak tenggelam oleh bunyi persekitaran, menjadikannya sesuai untuk panggilan kerjamahupun berbual dengan keluarga dan rakan.

Integrasi AI Dengan Fungsi Penterjemah Masa Nyata

Menariknya, Galaxy Buds Core juga menjadi sebahagian daripada usaha Samsung untuk memperluas penggunaan Galaxy AI kepada orang ramai. Kini pengguna boleh memanfaatkan fungsi Interpreter, di mana terjemahan suara diberikan secara langsung dalam masa nyata tanpa perlu menatap skrin telefon. Cukup sekadar memakai earbuds, teruskan perbualan anda, dan biarkan Galaxy AI membantu dalam Conversation Mode. Fungsi ini sememangnya berguna untuk pelancong, pelajar, atau sesiapa sahaja yang perlu berkomunikasi dalam bahasa asing.

Sambungan Pintar Dan Fungsi Auto Switch

Dari segi sambungan, Galaxy Buds Core menawarkan pengalaman yang mudah dan intuitif. Ia boleh dipadankan dengan pantas bersama pelbagai peranti Galaxy, dan dengan fungsi Auto Switch, ia mampu mengesan aktiviti audio secara automatik. Contohnya, jika anda menonton video di Galaxy Tab kemudian menerima panggilan di Galaxy Phone, earbuds ini akan bertukar sambungan dengan lancar tanpa anda perlu lakukan apa-apa.

Bagi mereka yang sering ‘hilang’ earbuds, jangan risau. Galaxy Buds Core boleh dikesan dengan mudah menggunakan aplikasi Samsung Find, jadi tiada lagi insiden mencari fon telinga di celah sofa.

Pilihan Warna Trendy Dengan Gaya Tersendiri

Galaxy Buds Core hadir dengan dua pilihan warna iaitu Bold Black dan Fresh White, sesuai untuk dipadankan dengan gaya hidup moden. Sama ada anda sukakan penampilan elegan atau minimalis, warna ini direka untuk melengkapkan fesyen seharian anda tanpa menjejaskan prestasi audio.

Harga Dan Ketersediaan Di Malaysia

Samsung mengumumkan bahawa Galaxy Buds Core kini tersedia di pasaran Malaysia pada harga runcit disyorkan RM199 sahaja. Ia boleh didapati menerusi laman rasmi Samsung Malaysia di pautan berikut: Samsung Galaxy Buds Core.

Apa Kata Budiey?

Bagi Budiey, pelancaran Galaxy Buds Core ini membuktikan bahawa Samsung semakin serius mahu menjadikan teknologi audio berkualiti tinggi lebih inklusif dan mudah dicapai oleh semua lapisan masyarakat. Dengan harga yang mesra poket, ia jelas menyasarkan golongan pelajar, pekerja muda, atau sesiapa sahaja yang mahu menikmati bunyi berkualiti tanpa perlu berbelanja besar.

Apa yang paling menarik perhatian Budiey ialah gabungan fungsi AI penterjemah masa nyata bersama harga mampu milik. Selalunya teknologi sebegini hanya hadir pada produk premium, tetapi kali ini Samsung berjaya menawarkannya dalam produk bajet. Ia bukan sahaja menjadikan Galaxy Buds Core satu pilihan praktikal, malah menjadikannya alat komunikasi masa depan untuk gaya hidup moden. Kalau tanya Budiey, Galaxy Buds Core ini memang berpotensi jadi “best-seller” di kalangan anak muda Malaysia yang mahukan gaya, teknologi, dan nilai dalam satu pakej.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tabber, Miso & Rad Museum Bakal Gegarkan Peminat Malaysia Pada 4 Oktober Ini