in , ,

Lima Sebab Anda Tidak Boleh Lepaskan Giveaway dari Senheng

Kempen Hadiah Besar-Besaran Ini Bukan Sekadar Tentang Elektronik Tetapi Juga Tentang Perjalanan, Gaya Hidup Dan Ganjaran Fleksibel Yang Boleh Membuatkan Hidup Anda Lebih Seronok

Sempena pengenalan AirAsia points sebagai pilihan ganjaran baharu dalam Senheng App, syarikat peruncit elektronik terbesar Malaysia ini mengumumkan pelancaran Rewards On-The-Go Giveaway. Bermula dari 15 September hingga 31 Disember 2025, kempen ini menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia untuk membawa pulang hadiah bernilai sehingga RM30,000 termasuk percutian idaman, barangan eksklusif, serta ganjaran membeli-belah yang pastinya mengujakan.

Inilah sebab kenapa anda patut rebut peluang keemasan ini.

Lima Sebab Anda Tidak Boleh Lepaskan Giveaway dari Senheng

Hadiah Utama Yang Memang Berbaloi Dan Sukar Ditolak

Kempen ini menjanjikan dua pemenang bertuah yang masing-masing bakal membawa pulang hadiah utama bernilai RM6,000, terdiri daripada RM3,000 baucar tiket penerbangan AirAsia dan RM3,000 S-Coin. Gabungan percutian dan peluang membeli-belah ini jelas satu kombinasi yang sempurna.

Selain hadiah utama, terdapat juga barangan menarik lain yang boleh dimenangi. Antaranya termasuk pengering rambut, beg perjalanan, mesin urut genggam, dan penggoreng udara daripada jenama terkenal seperti Gaabor, Samel, ITSUdan La Gourmet. Setiap hadiah juga disertakan dengan tambahan RM100 AirAsia points serta RM100 S-Coin, menjadikan setiap kemenangan lebih berharga.

Cara Penyertaan Yang Sangat Mudah Dan Tak Renyah

Untuk menyertai, pelanggan hanya perlu berbelanja di senheng.com.mysenq.com.my, atau melalui aplikasi Senheng. Malah, menebus ganjaran menggunakan S-Coin dalam aplikasi turut dikira sebagai penyertaan. Pendek kata, anda tidak perlu langkah yang rumit – hanya dengan membeli barangan kegemaran, peluang untuk menang sudah terbuka luas.

Menang Bulanan Hanya Dengan Kongsi Di Media Sosial

Lebih menarik, anda tidak perlu berbelanja pun untuk menang. Melalui peraduan Tag & Follow, peserta boleh memenangi hadiah bulanan bernilai RM1,500. Caranya mudah – hanya tag tiga orang rakan pada hantaran rasmi kempen dan ikuti akaun media sosial rasmi Senheng Malaysia. Jadi, walaupun tanpa pembelian, peluang tetap ada untuk bawa pulang hadiah.

Lima Sebab Anda Tidak Boleh Lepaskan Giveaway dari Senheng

Ganjaran Lebih Fleksibel Dengan AirAsia Points

Kempen ini bukan sekadar mengenai hadiah fizikal, tetapi juga menekankan fleksibiliti ganjaran. Kini, ahli Senheng boleh menggunakan AirAsia points bukan hanya untuk tiket penerbangan, tetapi juga untuk naik taraf tempat duduk, bagasi tambahan, tempahan hotel, pengangkutan, makanan, membeli-belah dan pelbagai gaya hidup lain. Inilah kelebihan sebenar – ganjaran tidak lagi terhad kepada kedai, sebaliknya melangkaui perjalanan dan pengalaman hidup.

Peluang Berganda Sepanjang Empat Bulan Kempen

Dengan tempoh kempen yang berjalan selama empat bulan, peserta mempunyai lebih banyak peluang untuk menangkerana hadiah diumumkan setiap bulan. Ini bermakna, sama ada anda membeli-belah, menebus ganjaran atau berkongsi di media sosial, peluang untuk membawa pulang hadiah sentiasa terbuka dari bulan ke bulan.

Senheng Terus Kukuhkan Kedudukan Sebagai Peruncit No.1

Penganjuran kempen ini sekali lagi membuktikan komitmen Senheng New Retail Berhad untuk menjadikan program kesetiaan mereka lebih menarik dan menguntungkan. Sejak ditubuhkan pada tahun 1989, Senheng telah berkembang menjadi peruncit elektronik terbesar Malaysia dengan lebih 100 cawangan di seluruh negara, membawa lebih daripada 180 jenama terkenal dan memiliki lebih 4 juta ahli PlusOne.

Sebagai peneraju dalam digitalisasi dan model New Retail, Senheng bukan sahaja menekankan pengalaman membeli-belah, tetapi juga sentiasa mencari cara baharu untuk menghargai pelanggan setia mereka.

Untuk butiran penuh tentang peraduan, cara penyertaan dan terma & syarat, pelanggan boleh mengunjungi aplikasi Senheng di pautan: https://senheng.app.link/dVZiAmW3jWb.

Apa Kata Budiey?

Pada pandangan Budiey, kempen Rewards On-The-Go Giveaway ini memang kena dengan citarasa rakyat Malaysia yang suka berbelanja bijak tetapi tetap mahukan ganjaran bergaya. Hadiah utama gabungan tiket penerbangan dan S-Coin itu sendiri sudah cukup untuk buat orang teruja, apatah lagi dengan hadiah sampingan bulanan yang tidak kurang hebat.

Tambahan pula, langkah Senheng memasukkan AirAsia points ke dalam ekosistem ganjaran mereka membuka peluang lebih luas kepada pengguna – bukan sekadar dapat barangan elektronik, tapi juga pengalaman melancong, makan dan gaya hidup. Budiey rasa inilah contoh program kesetiaan yang bukan sahaja beri nilai tambah, tetapi juga menjadikan setiap ringgit yang dibelanjakan lebih berbaloi.

Kalau Budiey, memang tak lepaskan peluang. Shopping dapat, holiday pun dapat. Win-win situation.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Magik Rompak Buktikan Kehebatan Dengan Sambutan Luar Biasa