in , ,

Ulasan Samsung Galaxy Z Flip 7: Gabungan Gaya, Kuasa AI & Kreativiti

Samsung Galaxy Z Flip 7 Kini Tampil Dengan Reka Bentuk Elegan & Mewah, Skrin Lebih Besar Dan Kamera AI yang Lebih Hebat

Dalam dunia telefon pintar, telefon lipat bukan lagi gimik. Ia dah jadi kategori serius yang ramai pembuat telefon berlumba-lumba nak kuasai. Samsung yang selama ini memegang takhta, beberapa tahun kebelakangan ini mula terasa tekanan dari pesaing yang makin agresif.

Galaxy Z Flip 7 adalah jawapan Samsung — dan kali ini, nampak mereka betul-betul bangkit. Bukan sekadar ‘kosmetik’ untuk bergaya, tapi naik taraf yang nyata dari segi rekaan, paparan, kamera dan sokongan perisian. Tapi persoalannya, cukupkah untuk kembali jadi nombor satu?

Sejak mula diperkenalkan, siri Samsung Galaxy Z Flip dah jadi simbol gaya hidup moden — telefon yang bukan sekadar alat komunikasi, tapi ianya dah jadi satu statement. Bagi Budiey yang dah lama mengikuti evolusi telefon lipat ini, rasa “wow” masih ada, cuma Samsung kini lebih memilih pendekatan konsisten dan matang. Rekaan yang kekal kemas dan elegan, spesifikasi yang stabil, sambil terus mempertahankan reputasi sebagai peneraju pasaran—walaupun pesaing semakin agresif mencuba menyaingi kehebatan Samsung.

Kali ini, Samsung macam baru lepas minum secawan kopi pekat. Galaxy Z Flip 7 datang dengan aura “aku dah ready nak conquer semula pasaran telefon lipat” — dan Budiey memang tak sabar nak uji sendiri, sebab banyak gila benda yang selama ni Budiey rasa Samsung patut buat, dan kali ini… akhirnya mereka buat. Syabas Samsung!

Samsung Galaxy Z Flip7

1. Rekaan

Samsung akhirnya memecahkan tradisi selamat mereka.Kalau dulu skrin luar Galaxy Z Flip agak kecil dan macam sekadar pelengkap, kali ni Samsung tak main-main. Skrin luar 4.1 inci Super AMOLED dengan bezel paling nipis dalam sejarah Galaxy memang buat telefon ni nampak lebih moden dan premium. Bila pegang, rasa macam memegang gajet masa depan — skrin betul-betul memenuhi muka depan.

Skrin dalam juga lebih besar 6.9 inci. Bezanya mungkin nampak kecil di atas kertas, tapi bila dibuka, kesan visualnya jelas. Lebih tinggi, lebih imersif, dan lipatan di tengah hampir tak nampak langsung bila digunakan membuatkan pengalaman menonton video, main game, atau sunting gambar terasa lebih imersif. 

Lipatan (hinge) di tengah skrin? Hampir tak kelihatan kecuali anda sengaja cari. Dan ya, rasa puas bila tengok Netflix atau edit gambar pada paparan besar yang boleh dilipat separuh macam buku nota.

Bagi Budiey, hinge aluminium kali ini lebih solid, terasa kukuh dan meyakinkan, walaupun dibuka tutup berkali-kali dengan kasar.— Budiey sengaja buka tutup laju-laju untuk uji, tapi ia kekal kemas tanpa longgar. Berat 188g dan ketebalan 13.7mm bila dilipat menjadikan ia antara telefon paling mesra poket, walaupun poket jeans wanita yang notoriously sempit tu.

Warna pilihan:

  • Blue Shadow – biru gelap yang elegan
  • Jetblack – hitam klasik yang mewah
  • Coralred – merah berani
  • Mint – eksklusif di laman web Samsung

Samsung Galaxy Z Flip7 kali ini memang menang dari segi warna—semua pilihan nampak premium dan ada karakter tersendiri.

Blue Shadow hadir dengan tona biru gelap yang elegan, memberi aura misteri dan classy, sesuai untuk yang suka gaya korporat tapi tetap ada sentuhan moden. Jetblack pula adalah hitam klasik yang tak pernah lapuk dek zaman—nampak mewah, minimalis, dan mudah dipadankan dengan apa sahaja casing atau aksesori.

Kalau nak standout, Coralred adalah pilihan berani. Warna merah menyala ini memang eye-catching, sesuai untuk mereka yang tak takut jadi pusat perhatian. Sementara itu, Mint pula adalah pilihan eksklusif di laman web Samsung, memberi vibe segar dan youthful—seolah-olah membawa nafas baru dalam dunia telefon lipat.

Kesimpulannya, Samsung jelas faham bahawa warna bukan sekadar kosmetik, tapi sebahagian daripada identiti pengguna. Sama ada anda team elegan, misteri, berani, atau playful—Flip7 ada warna untuk semua personaliti.

Samsung Galaxy Z Flip7

2. Paparan Skrin

Budiey kena puji Samsung untuk paparan skrin. Skrin luar bukan lagi sekadar tempat tengok notifikasi, tapi dah jadi mini flagship screen. Dengan refresh rate 120Hz dan kecerahan 2,600 nits, nak baca mesej di bawah terik matahari pun tiada masalah. 

Yang paling Budiey rasa game-changer untuk Galaxy Z Flip7 ni ialah skrin luar yang dah jadi jauh lebih berguna. Sekarang tak payah buka telefon pun dah boleh guna Google Maps, TikTok, WhatsApp, Spotify, malah main game ringan terus dari luar. Untuk yang suka multitask, memang nikmat.

Memang betul, kalau nak unlock semua aplikasi, kena rajin sikit—masuk menu Advanced Settings atau guna app Good Lock. Tapi bagi Budiey, effort tu berbaloi sebab skrin luar ni ibarat pintu kecil ke dunia penuh fungsi.

Skrin dalam pula memang tak ada kompromi. Panel AMOLED dia mantap—warna vividhitam pekat, dan pergerakan smooth bila scroll. Memang ada kelas flagship sebenar. Walaupun resolusi sedikit rendah berbanding Flip6, percayalah… mata manusia biasa memang takkan perasan pun. Jadi, pengalaman visual tu tetap padu, premium, dan memuaskan.

Samsung Galaxy Z Flip7

3. Prestasi

Budiey agak terkejut bila Samsung buang cip Snapdragon untuk Flip 7 dan masukkan Exynos 2500 buatan sendiri. Dalam penggunaan harian, telefon ni memang laju untuk multitasking, buka banyak tab Chrome, atau guna Samsung DeX sambil sambung ke monitor.

Tapi… bila masuk dunia gaming berat macam PUBG Mobile atau Real Racing 3, ada drop frame dan telefon jadi panas di bahagian skrin luar. Ini kelemahan yang Budiey rasa datang dari cip Exynos — bukan masalah semua telefon lipat, sebab Motorola Razr Ultra dengan Snapdragon boleh jalan lancar tanpa isu pemanasan ketara.

Pilihan storan:

  • 256GB
  • 512GB 

Kedua-duanya dengan RAM 12GB dan tanpa slot microSD.

Samsung Galaxy Z Flip7 datang dengan dua pilihan storan — 256GB dan 512GB, kedua-duanya dipadankan dengan RAM 12GB. Ini bermakna, tak kisah ambil yang mana, prestasi multitasking memang sama-sama laju dan stabil.

Cuma, tiada slot microSD kali ini. Jadi, pemilihan storan awal memang kena fikir masak-masak. Kalau anda jenis rakam banyak video 4K, simpan ratusan gambar, atau kaki download game besar, 512GB adalah pilihan paling selamat. Tapi kalau penggunaan lebih kepada media sosial, streaming, dan kerja harian, 256GB dah cukup untuk bertahun-tahun.

Budiey rasa langkah Samsung ni jelas nak dorong pengguna pilih storan lebih besar dari awal, tapi dalam masa sama, tawaran RAM 12GB untuk semua varian memang satu bonus besar yang memastikan pengalaman guna telefon ini kekal smooth walaupun storan hampir penuh.

Samsung Galaxy Z Flip7

4. Kamera & AI

Sistem kamera:

  • 50MP utama (f/1.8) – tajam, warna natural, dinamik bagus
  • 12MP ultra lebar (f/2.2) – sesuai untuk lanskap dan group shot
  • 10MP depan (f/2.2) – cukup untuk video call, tapi swafoto lebih cantik guna kamera belakang

Setup kamera belakang 50MP utama dan 12MP ultra lebar menghasilkan gambar tajam dengan warna yang lebih natural berbanding gaya Samsung dulu yang “terlalu HDR”. Portrait Mode sangat cantik, tepi subjek kemas, latar belakang blur lembut. Untuk kaki foodies, Food Mode memang patut jadi standard dalam semua telefon lain.

Tapi Budiey nak saran dan cadangkan kepada Samsung supaya untuk keluaran tahun depan peranti ini kena ada lensa telefoto. Untuk yang suka zoom masa konsert atau acara sukan, fungsi ini memang menjadi keutamaan sebab mereka nak zoom foto dan video dari jarak yang jauh. Budiey rasa dah sampai masa Samsung ganti lensa ultra lebar dengan telefoto macam peranti jenama lain. 

Kelebihan utama telefon flip — boleh guna kamera belakang untuk swafoto. Hasilnya jauh lebih cantik daripada kamera depan 10MP, dengan warna kulit lebih tepat dan detail lebih tajam.

Samsung Galaxy Z Flip7 hadir dengan set kamera yang mampu menghasilkan gambar memukau, sesuai untuk dikongsi terus di media sosial. Menariknya, Samsung kini semakin menyempurnakan gaya fotonya — tona warna masih hidup dan tajam, tetapi tidak lagi terlalu “over-processed”. Hasilnya, foto nampak lebih semula jadi, seakan-akan gaya fotografi iPhone, sambil mengekalkan identiti visual Samsung.

Portrait Mode pada Flip7 adalah antara yang terbaik di pasaran. Pemisahan subjek dan latar belakang kemas, menghasilkan bokeh yang cantik dan profesional. Food Mode pula kekal menjadi kegemaran untuk tangkap gambar makanan — warna dan teksturnya betul-betul menggoda selera, sesuai untuk foodies dan content creator.

SAMSUNG GALAXY Z FLIP7 - 1

Ciri AI Editing Samsung di sini juga terbaik yang pernah Budiey cuba. Potong objek atau orang yang tak diingini? Flip7 akan mengisi ruang kosong itu dengan begitu rapi sehingga nampak asli, walaupun ada corak rumit seperti papan lantai atau tirai di belakang.

Paling unik, cover display boleh dijadikan viewfinder untuk ambil gambar menggunakan kamera utama 50MP — sesuai untuk selfie berkualiti tinggi. Anda juga boleh letak telefon di sudut kreatif, sama ada di paras rendah atau tinggi, dan ambil gambar dengan arahan suara atau isyarat tangan.

Walaupun tiada lensa zoom optikal, kamera ultra-lebar dan utama Flip7 tetap memberi hasil yang mengagumkan untuk kebanyakan senario. Untuk mereka yang utamakan kreativiti, fleksibiliti, dan kualiti imej konsisten, kamera Galaxy Z Flip7 adalah pakej lengkap yang memuaskan.

Sample Foto:

Ulasan Samsung Galaxy Z Flip 7: Gabungan Gaya, Kuasa & Kreativiti
Ulasan Samsung Galaxy Z Flip 7: Gabungan Gaya, Kuasa & Kreativiti
Ulasan Samsung Galaxy Z Flip 7: Gabungan Gaya, Kuasa & Kreativiti
Ulasan Samsung Galaxy Z Flip 7: Gabungan Gaya, Kuasa & Kreativiti
Ulasan Samsung Galaxy Z Flip 7: Gabungan Gaya, Kuasa & Kreativiti
Ulasan Samsung Galaxy Z Flip 7: Gabungan Gaya, Kuasa & Kreativiti
Ulasan Samsung Galaxy Z Flip 7: Gabungan Gaya, Kuasa & Kreativiti
Ulasan Samsung Galaxy Z Flip 7: Gabungan Gaya, Kuasa & Kreativiti

5. Bateri & Pengecasan

Samsung Galaxy Z Flip7 kali ini hadir dengan bateri 4,300mAh, sedikit lebih besar berbanding Flip6 — satu peningkatan yang pastinya memberi masa penggunaan lebih panjang berbanding generasi sebelumnya. Untuk pengguna aktif yang gemar scroll media sosial, ambil gambar, dan layan game, baterinya mampu bertahan seharian dengan penggunaan sederhana, dan hanya memerlukan pengecasan semula pada lewat petang atau malam jika digunakan secara intensif.

Ulasan Samsung Galaxy Z Flip 7: Gabungan Gaya, Kuasa & Kreativiti

Faktor bentuknya yang ramping dan kompak menjadikan Flip7 sangat selesa digenggam dan dibawa ke mana-mana, sambil mengekalkan kapasiti bateri yang kompetitif dalam kategori telefon lipat. Walaupun saiz baterinya tidak sebesar flagship ber-bateri 5,000mAh, Flip7 tetap memberikan keseimbangan antara prestasi, reka bentuk elegan, dan mobiliti.

Dengan persaingan di tahun 2025 yang semakin sengit, langkah Samsung meningkatkan kapasiti ini menunjukkan komitmen mereka untuk terus menambah baik, sambil memberi ruang untuk inovasi bateri yang lebih besar pada masa hadapan — tanpa mengorbankan gaya dan kemasan premium yang menjadi identiti siri Flip.

Pengecasan pada Samsung Galaxy Z Flip7 berada di tahap 25W, yang masih memberikan kelajuan pengecasan stabil dan selamat untuk jangka hayat bateri. Dengan pengecas pantas yang sesuai, ia mampu mengisi penuh bateri dalam sekitar 90 minit — cukup praktikal untuk kegunaan harian tanpa terlalu membebankan suhu atau prestasi peranti.

Bagi yang gemar keselesaan tanpa kabel, wireless charging 15W menawarkan kelajuan yang memadai untuk top-up bateri sewaktu bekerja di meja atau berehat di rumah. Tambahan pula, fungsi reverse wireless charging 4.5W menjadi penyelamat dalam situasi kecemasan — sesuai untuk mengecas earbuds, smartwatch, atau peranti kecil lain ketika sedang di luar.

Walaupun fokus utama Flip7 bukan pada kelajuan pengecasan ekstrem, pendekatan ini memastikan bateri lebih terjaga dalam jangka panjang, sambil mengekalkan ciri-ciri pengecasan moden yang memenuhi keperluan pengguna aktif.

Kesimpulannya, dari segi bateri dan pengecasan, Flip7 masih ada ruang besar untuk diperbaiki supaya betul-betul layak digelar flagship serba lengkap — bukan sekadar dari segi kamera, skrin, dan rekaan, tetapi juga ketahanan dan kelajuan pengecasannya.

Samsung Galaxy Z Flip7

6. Perisian & Sokongan 

Samsung Galaxy Z Flip7 hadir dengan One UI 8 berasaskan Android 16, yang kekal sebagai salah satu antaramuka paling customizable di dunia Android. Anda boleh tweak hampir setiap sudut pengalaman penggunaan — dari susun atur ikon, gesture, hingga fungsi AI pintar. Galaxy AI membawa kemudahan seperti terjemahan automatiksuntingan foto berasaskan AI, dan Circle to Search yang menjadikan kerja harian lebih cepat dan efisien. Tambahan sokongan Google Gemini pada skrin luar pula memberi dimensi baru untuk produktiviti.

Memang benar, sesetengah fungsi pada skrin luar memerlukan sedikit langkah tambahan untuk diaktifkan — contohnya guna menu Advanced Settings atau aplikasi Good Lock untuk akses penuh semua aplikasi. Namun, bagi mereka yang gemar explore dan customize, proses ini sebenarnya membuka peluang untuk membentuk pengalaman unik mengikut citarasa sendiri.

Kelebihan paling besar yang membuat Flip7 menonjol berbanding pesaing ialah sokongan kemas kini OS dan keselamatan sehingga 7 tahun. Ini sangat jarang di dunia Android dan bermaksud telefon ini akan kekal relevan hingga 2032 — menjadikannya pelaburan jangka panjang yang berbaloi.

Samsung jelas menunjukkan bahawa mereka bukan sahaja fokus pada rekaan dan spesifikasi, tetapi juga pada ekosistem perisian yang matang dan sokongan jangka panjang. Bagi pengguna yang mahukan telefon pintar yang boleh diubah suai tanpa had, sambil mendapat kemas kini berkala untuk tempoh bertahun-tahun, Galaxy Z Flip7 adalah pilihan yang kukuh dan visioner.

Samsung Galaxy Z Flip7

7. Harga – Lebih Berbaloi Dari Pesaing

Harga Rasmi di Malaysia (RM)

  • 256 GB: RM 4,999
  • 512 GB: RM 5,599

Flip 7 fe-nya (edisi fan) ditawarkan lebih rendah:

  • 128 GB: RM 3,999
  • 256 GB: RM 4,299

Dengan harga rasmi di Malaysia bermula RM 4,999 untuk 256GB dan RM 5,599 untuk 512GB, serta versi Flip 7 FEyang lebih mesra bajet dari RM 3,999, Samsung berjaya kekalkan nilai tanpa sebarang kenaikan harga berbanding generasi terdahulu. Dalam dunia teknologi yang biasanya suka “mark up” bila ada naik taraf besar, langkah ini memang jarang berlaku.

Galaxy Z Flip 7 bukan sekadar mengekalkan harga, tapi hadir dengan upgrade ketara seperti skrin luar lebih besar, cip Exynos 2500, ciri AI pintar, dan 7 tahun kemas kini — sesuatu yang memberi nilai tambah luar biasa untuk jangka panjang.

Berbanding pesaing utama seperti Motorola Razr Ultra yang dijual pada harga lebih tinggi, Galaxy Z Flip7 tampil sebagai pilihan lebih bernilai dengan gabungan gaya premium, fungsi canggih, dan sokongan perisian jangka panjang — semuanya pada harga yang lebih kompetitif. Ia memenuhi keperluan pengguna yang mahukan telefon lipat kelas premium tanpa perlu berbelanja keterlaluan.

Bagi yang mementingkan rekaan elegan, prestasi seimbang, dan nilai pelaburan jangka panjang, Flip7 menawarkan pakej yang sangat meyakinkan. Malah, dengan kemas kini OS dan keselamatan sehingga 7 tahun, ia memberi jaminan relevansi dan ketahanan yang sukar ditandingi.

Kalau anda mencari telefon lipat yang memadukan teknologi terkini, keanggunan rekaan, dan harga berpatutan dalam kelasnya, Galaxy Z Flip7 memang berada di posisi teratas dalam senarai pilihan.

Apa Kata Budiey?

Samsung Galaxy Z Flip 7 adalah versi paling matang dan padu dalam sejarah Flip. Ia akhirnya membawa skrin luar yang berguna, binaan yang rasa premium, dan pengalaman perisian yang kaya.

Samsung Galaxy Z Flip7 membuktikan bahawa inovasi tidak semestinya datang dalam bentuk perubahan drastik setiap tahun — kadang-kadang, penambahbaikan konsisten pada reka bentuk, prestasi, kamera, dan perisian sudah cukup untuk menjadikannya sebuah flagship yang relevan dan memikat.

Samsung tak naikkan harga—ini bukan normal dalam dunia gajet. Flip 7 dapat major upgrade (skrin luar besar, Exynos 2500, AI, 7 tahun kemas kini), tapi harga kekal. Itu durian runtuh kebaikan kalau korang jenis “nak upgrade tapi tak nak bayar lebih.” 

Dengan rekaan premium, pilihan warna yang menawan, skrin luar lebih praktikal, kamera serba boleh, serta sokongan perisian hingga 7 tahun, Flip7 bukan sahaja memenuhi kehendak pengguna bergaya, malah memberi nilai pelaburan jangka panjang. Walaupun ada ruang penambahbaikan dari segi bateri, pengecasan, dan lensa zoom, keseluruhan pengalaman yang ditawarkan terasa seimbang dan memuaskan.

Bagi anda yang mahukan telefon lipat premium dengan personaliti, fleksibiliti, dan sokongan masa depan yang terjamin, Galaxy Z Flip7 adalah pilihan yang bukan sekadar trend, tetapi simbol gaya hidup moden.

Kalau anda memang nak masuk dunia telefon lipat dan sanggup bayar untuk premium experience, ini adalah pilihan terbaik di pasaran sekarang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

X Kini Buka Akses Grok 4 Percuma Untuk Semua Pengguna di Dunia