Tanggal 3 Julai 2025, Kuala Lumpur sekali lagi menyaksikan pelancaran sebuah telefon pintar baharu yang bakal menggegar pasaran tempatan. Kali ini, jenama yang sedang meningkat naik, iQOO Malaysia memperkenalkan model terbarunya iaitu iQOO Z10, lengkap dengan ciri-ciri gempak yang pastinya menjadi idaman buat para gamers, kaki multitasking dan individu berjiwa aktif.
Bateri Besar Luar Biasa, Tak Perlu Lagi Powerbank!
Antara ciri yang paling menarik perhatian ramai tentunya adalah bateri BlueVolt sebesar 7300mAh, terbesar dalam segmen telefon pintar sekelasnya. Dengan kapasiti bateri sebesar ini, korang tak perlu risau lagi tentang telefon mati tengah jalan atau terputus ketika sedang asyik gaming atau streaming. Dipadankan pula dengan pengecasan ultra pantas 90W FlashCharge, korang boleh cas bateri telefon ni dari kosong hingga penuh dalam sekelip mata je! Serius, memang berbaloi sangat kalau jenis yang selalu sibuk dan aktif sepanjang hari.
Paparan AMOLED Yang Sangat Selesa di Mata
iQOO Z10 juga hadir dengan skrin AMOLED EyeCare sebesar 6.67-inci, lengkap dengan refresh rate 120Hz yang sangat smooth dan kecerahan puncak sehingga 5000 nits. Kalau tengah main game atau layan drama Korea tu, memang jelas dan terang tanpa masalah silau atau pedih mata walaupun guna berjam-jam. Paparannya juga mendapat pengiktirafan daripada SGS untuk pelepasan cahaya biru rendah, jadi memang friendly sangat untuk mata korang.
Kuasa Hebat Snapdragon 7s Gen 3, Kaki Game Wajib Miliki!
Prestasi pun bukan kaleng-kaleng, guys! iQOO Z10 ni menggunakan cip Snapdragon 7s Gen 3 yang mencatat skor Antutu mencecah 822,705, memang power habis! Chipset terbaru ini menawarkan pengalaman gaming yang lancar tanpa lag, multitasking yang smooth, dan dijamin tahan lasak sehingga lima tahun penggunaan intensif. Jadi, korang boleh main sepuas hati tanpa risau telefon hang atau lembap bila tengah rancak!
Reka Bentuk Menawan dengan Prestasi Maksimum
Bukan setakat power je, design pun kena gempak! iQOO Z10 tampil dengan dua warna yang stylish habis, iaitu Glacier Silver dan Stellar Black. Kedua-duanya memang cantik, elegan, dan nampak premium. Dengan pilihan storan sehingga 512GB serta RAM sebesar 12GB, memang korang boleh simpan macam-macam, daripada game berat hingga video HD, semua lancar tanpa masalah ruang.
Harga pun sangat berbaloi, guys! Model 12GB + 256GB (eksklusif online) dijual pada harga RM1399, manakala model 12GB + 512GB pula pada harga RM1599 sahaja. Berbaloi habis kan?
Hadiah Menarik Untuk Korang Yang Cepat Membeli
Ada lagi berita baik ni! Kalau korang cepat sambar iQOO Z10 masa pelancaran ni, ada banyak hadiah istimewa menanti. Korang akan dapat waranti tambahan selama 1+1 tahun, perlindungan skrin selama setahun dan juga beg bahu edisi terhad iQOO bernilai RM307 secara percuma. Memang best lah kalau beli awal-awal ni!
Bonus tambahan pun ada, tau! Kalau korang beli di Shopee, boleh dapat set Wireless Keyboard + Mouse Mofii Limited Edition, manakala pembelian di TikTok pula akan dapat Fantech Wireless Mouse (selagi stok masih ada). Tak cukup lagi? Ada diskaun khas RM100 untuk pelajar dan pensyarah yang membeli model 12GB + 512GB secara eksklusif dalam talian.
Bagi peminat aksesori pula, iQOO Buds 1i boleh dibeli dengan hanya RM59 (harga asal RM129) dan aksesori Fingerprint iQOO cuma RM9 (harga asal RM29). Memang rugi kalau lepaskan peluang ni!
Untuk maklumat lanjut, korang boleh ikuti iQOO Malaysia di laman Facebook dan Instagram rasmi mereka. Jangan lupa hashtag #BreakFree untuk kongsi pengalaman korang dengan telefon canggih ni!
Apa Kata Budiey?
Bagi Budiey, pelancaran iQOO Z10 ni memang tepat pada waktunya sebab ramai pengguna yang mencari telefon berkuasa tinggi tapi harga tak koyak poket. Kombinasi bateri mega, cip terbaru, dan skrin premium pastinya bakal jadikan iQOO Z10 pilihan hangat dalam kalangan gamers muda. Budiey cadangkan, kalau korang sedang cari telefon power yang mampu bertahan sepanjang hari tanpa bimbang, inilah masanya untuk upgrade kepada iQOO Z10!