in , ,

Enam Sebab Kenapa Anda Patut Beli Samsung Galaxy Z Fold7 & Z Flip7

Inovasi Samsung Terbaru Ini Bukti Teknologi Masa Depan Dah Jadi Realiti, Nipis Bergaya Tapi Tetap Power Habis!

Siapa je sangka, dulu kita tengok telefon lipat cuma dalam filem fiksyen sains, tapi sekarang realiti dah depan mata! Samsung nampaknya berjaya buat ramai pengguna smartphone excited gila sebab baru-baru ini, Samsung melancarkan dua model telefon lipat yang betul-betul ‘next-level’, iaitu Samsung Galaxy Z Fold7 dan Samsung Galaxy Z Flip7. Korang mesti tertanya-tanya, apa yang special sangat kali ni? Meh Budiey kupaskan secara lebih detail dan santai untuk korang.

Reka Bentuk Super Slim, Power Maksimum!

Kalau korang jenis yang suka telefon canggih tapi tak nak rasa berat atau bulky dalam poket, Samsung Galaxy Z Flip7 memang kena sangat dengan korang. Dengan ketebalan cuma 6.5 mm bila dibuka, serius rasa macam pegang kertas je. Apa yang menariknya, walaupun nipis, Samsung berjaya tingkatkan kapasiti bateri sebanyak 300 mAh tanpa menambah tebal telefon. Ini memang satu inovasi genius yang jarang sangat kita jumpa.

Enam Sebab Kenapa Anda Patut Beli Samsung Galaxy Z Fold7 & Z Flip7

Bagi yang suka telefon gaya buku kecil, Samsung Galaxy Z Fold7 pula lebih padu. Dibuka saja terus nipis dengan ketebalan hanya 4.2 mm dan bila lipat pun cuma 8.9 mm je, memang jauh lebih slim daripada model-model sebelumnya. Skrin dengan nisbah aspek 21:9 pun luas, best untuk multitasking, edit gambar atau buat kerja sambil layan movie.

Engsel FlexHinge Pintar – Nipis Tapi Lasak

Samsung faham sangat pengguna telefon lipat ni memang nak tahan lasak sebab selalu buka tutup. Sebab itulah, Samsung memperkenalkan teknologi Armor FlexHinge generasi ketiga pada Galaxy Z Fold7. Hasilnya, engsel lebih ringan tapi kuat habis, siap dengan wingplate baru yang pastikan bila dibuka, skrin rata je tanpa lekuk ketara. Memang smooth sangat!

Galaxy Z Flip7 pula datang dengan FlexHinge paling nipis dalam sejarah, tapi jangan underestimate tau, sebab tetap kukuh dan tahan lama. Nak buat selfie guna FlexMode memang puas hati, angle cantik dan confirm steady je.

Enam Sebab Kenapa Anda Patut Beli Samsung Galaxy Z Fold7 & Z Flip7

Paparan Lebih Jelas, Premium & Elegan

Kalau korang nak skrin premium yang cantik tapi tak mudah rosak atau calar, Galaxy Z Fold7 memang pilihan terbaik. Telefon ni guna bahan Titanium yang super kuat dan Ultra Thin Glass (UTG) yang 50% lebih tebal. Lipatan skrin pun makin kurang jelas, jadi memang nampak premium dan classy habis.

Z Flip7 pula tampil dengan paparan Infinity Cover Display tanpa gangguan notch langsung. Kamera depan tersorok dengan kemas kat sudut, bezel nipis gila dan skrin depan makin luas. Ini baru telefon futuristik yang kita nak!

Kamera Flagship Yang Nipis Tapi Berkualiti Tinggi

Dah selalu sangat dengar orang komplen kamera flagship kena bulky dan tebal. Samsung dengar suara korang semua. Galaxy Z Fold7 muncul dengan kamera flagship 200MP yang pertama kali digunakan pada telefon lipat. Memang terbaik untuk korang yang suka ambil gambar profesional tanpa perlu kamera besar-besar. Budiey sendiri teruja sangat nak cuba buat konten Instagram guna telefon ni!

Galaxy Z Flip7 pun power juga. Modul kamera belakang kini lebih kecil tapi lebih laju, autofokus pun lagi pantas. Korang kaki selfie, video TikTok, atau peminat OOTD mesti gembira sakan dengan hasil kamera terbaru Samsung ni.

Enam Sebab Kenapa Anda Patut Beli Samsung Galaxy Z Fold7 & Z Flip7

Material Premium, Ringan Tapi Tak Mudah Pecah

Korang mesti risau kalau telefon nipis ni mudah pecah atau rosak kan? Jangan risau, Samsung gunakan Gorilla Glass Ceramic 2 yang 30% lebih tahan lasak pada Galaxy Z Fold7, manakala rangkanya pula guna Armor Aluminum yang kukuh. Galaxy Z Flip7 pun guna material yang sama kuat, jadi tak payah panik kalau terjatuh sikit-sikit, memang solid habis!

Enam Sebab Kenapa Anda Patut Beli Samsung Galaxy Z Fold7 & Z Flip7

Harga dan Tawaran Menarik – Berbaloi Kaw-Kaw

Kalau korang memang teruja nak cuba sendiri telefon futuristik ni, boleh dapatkan mulai 1 Ogos 2025 dekat laman rasmi Samsung Malaysia atau stor Samsung seluruh negara. Tapi kalau korang jenis suka manfaat ekstra, pre-order dah dibuka dari 9 hingga 31 Julai 2025 dengan pelbagai tawaran menarik seperti naik taraf storan percuma dan rebat khas untuk pengguna kad CIMB. Dengan harga bermula dari RM3,999, memang sangat berbaloi untuk teknologi secanggih ini.

Apa Kata Budiey?

Secara peribadi, Budiey memang kagum dengan inovasi terbaru Samsung kali ini. Galaxy Z Fold7 dan Z Flip7 bukan sekadar telefon pintar biasa tapi betul-betul mencerminkan masa depan teknologi. Dari segi reka bentuk, ketahanan, kamera, hinggalah kepada kemudahan multitasking, memang lengkap habis. Samsung dah berjaya menetapkan standard baru dalam pasaran telefon lipat yang bukan saja canggih tapi praktikal. Jadi, kalau korang cari telefon pintar premium yang memenuhi gaya hidup moden dan aktif, Samsung Galaxy Z Fold7 & Z Flip7 memang pilihan terbaik untuk korang semua!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Telefon Lipat vivo X Fold5 Dilancar di Malaysia Dengan Harga RM6,999