in , ,

Dato’ M Nasir Hadiahkan Motosikal di Konsert Trilogi Ketiga di Axiata Arena

Malam Penuh Sejarah, Legasi Rock Diteruskan Dengan Hadiah Harley Davidson, Tiket Eksklusif Dan Aura Sifu Yang Tak Pernah Padam

Bersedia Untuk Malam Yang Tak Akan Berulang – Malam Ini Gua Rock, Satu Malam Penuh Nostalgia, Aura Sifu, Dan Aksi Peminat Berjiwa Besar

Bila bercakap tentang M. Nasir, siapa saja yang boleh menafikan aura sifu agung muzik Malaysia ni? Nama beliau dah sebati dengan setiap detik penting dalam industri muzik tempatan, menjadi saksi jatuh bangun, trend datang dan pergi.

Namun, satu benda yang kekal sampai bila-bila—pengaruh, kreativiti dan “sentuhan magis” M. Nasir yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Jadi, bila diumumkan Konsert DATO’ M. NASIR CIPTA 3 akan meletup di Axiata Arena pada 27 September 2025, Budiey boleh katakan—ini bukan konsert biasa-biasa, ini epik, ini sejarah yang bakal jadi perbualan generasi akan datang!

Apa yang membezakan CIPTA 3 kali ni? Bukan sekadar “reunion” atau tribute kosong, tapi satu selebrasi total warisan dan evolusi muzik rock Melayu dari perspektif Dewa Seni sebenar. Bagi Budiey, ini adalah malam manifestasi cinta peminat terhadap seorang legenda yang berjaya menyatukan ribuan jiwa, meruntuhkan sempadan generasi, dan membuktikan muzik itu bahasa bersama. CIPTA 3 bukan sekadar konsert, tapi “movement” budaya dan statement berani bahawa muzik kita, suara kita, cerita kita—masih kuat, masih relevan, masih berbisa.

Dato’ M Nasir Hadiahkan Harley Davidson di Konsert Trilogi Ketiga di Axiata Arena

Lebih rare, tahun ni Etiqa dan Harley Davidson bawa satu kelainan yang belum pernah dibuat orang—bukan sekadar bagi “swag” atau cenderamata, tapi sebuah Harley Davidson Softail STD FXST bernilai RM114,000 siap insurans motor Etiqa untuk dibawa balik oleh peminat bertuah.

Cakap pasal “experiential marketing”—ini baru betul-betul pengalaman hidup, bukan sekadar pengalaman TikTok atau IG Story! Siapa sangka, datang konsert, boleh balik rumah naik Harley, complete dengan insurans. Level up, bro! Budiey yakin, ini akan jadi punca tiket “sold out” lebih awal, sebab semua kaki motor, kaki rock, kaki nostalgia—dah pasang niat nak cabut motor tu terus lepas konsert.

Konsep “Malam Ini Gua Rock” memang win—bukan sahaja menyuntik adrenalin, tapi meraikan kebebasan berekspresi dan menghormati segala bentuk “rock” yang ada. Peminat digalakkan bawa identiti sendiri, dari rambut, pakaian sampai gaya hidup—semua diterima, asalkan hati rock, jiwa rock. Takde polisi fesyen ketat, takde ‘judging’—yang penting original, yang penting kita all out malam tu! Budiey suka bila ada ruang begini, sebab generasi sekarang dah terlalu biasa dengan “uniformity”, konsert ni jadi ruang nak tunjuk siapa diri sebenar.

Dari segi pemilihan lagu, Budiey boleh jamin, ini bukan konsert recycle. Setlist akan padat dengan karya rock terbaik M. Nasir—lagu-lagu yang pernah mendominasi radio, yang mengisi jiwa zaman 90an, 2000an sampai sekarang. Dari “Mentera Semerah Padi”, “Phoenix Bangkit”, “Apokalips”, “Tanya Sama Itu Hud-Hud”, “Raikan Cinta”, sampai “Juwita… Citra Terindah”—setiap satu ada kisah, ada kenangan. Dan jangan terkejut kalau malam tu ada surprise act, atau tribute khas dari artis generasi baharu yang mengidolakan Dato’. Ini momen all out, tiada kompromi!

Dato’ M Nasir Hadiahkan Harley Davidson di Konsert Trilogi Ketiga di Axiata Arena

Budiey juga perasan, mekanisme pembelian tiket kali ini lebih telus dan adil. Semua kategori harga—RM258, RM358, RM458, RM488, RM558 dan RM628—ada peluang sama rata untuk menang Harley Davidson. 

Tiada shortcut, tiada “VIP privilege”—semua diadili atas pembelian tiket sahaja. Satu langkah yang Budiey rasa wajar dipuji kerana mengangkat nilai “fair play” dalam dunia hiburan yang selama ini penuh kisah ‘backdoor’ dan ‘scalper’.

Kemudahan digital dengan aplikasi Etiqa+ memang sesuatu yang harus dipandang serius oleh penganjur lain—akses pra-jualan, kempen digital, peluang menang tiket dengan engagement aplikasi—ini strategi yang mengiktiraf trend semasa dan menyesuaikan dengan gaya hidup pengguna sekarang yang sentiasa “on-the-go” dan mobile.

 Etiqa tak main-main, mereka sasar engagement berpanjangan, bukan sekadar sekali lepas beli tiket. Dari sini, kita boleh nampak betapa pentingnya kolaborasi strategik antara syarikat insurans, jenama lifestyle, dan artis untuk mengangkat industri hiburan ke tahap lebih tinggi.

Bagi Budiey, inilah peluang terakhir generasi lama dan baharu duduk satu arena, merasai magis M. Nasir secara ‘live’, dan menjadi sebahagian daripada legasi yang bakal diingati sampai bila-bila. Kalau terlepas, jangan harap dapat vibe macam ni lagi. 

Dato’ M Nasir Hadiahkan Harley Davidson di Konsert Trilogi Ketiga di Axiata Arena

Konsert-konsert begini bukan datang selalu—siapa lambat, memang rugi! Budiey cabar anak-anak muda, hipster, rockers, otai, dan semua generasi—berani tak korang “go all out” dan “rock cara lu” malam tu?

Acara: DATO’ M. NASIR CIPTA 3
Lokasi: Axiata Arena, Kuala Lumpur
Tarikh: 27 September 2025
Waktu: 8 malam
Penganjur: Icon Entertainment
Harga tiket: RM258 (TEGUH), RM358 (OPERA HIDUP), RM458 (ISI DAN KULIT), RM488 (SEJATI), RM558 (GADISKU), RM628 (PAWANA)
Pra jualan: 3 Julai 2025, 2.00 petang (aplikasi Etiqa+)
Jualan umum: 4 Julai 2025, 11 pagi
Laman web: www.ticket2u.com.my/mnasircipta3
Hotline: 012 6530 700
Dress Code: ROCK CARA LU…JANJI ROCK

Jangan lupa semua update, soalan atau pengumuman penting hanya di Instagram @Iconentertainmentmy atau @datomnasircipta.

Apa Kata Budiey?

Budiey nak tekankan, ini bukan konsert sebarangan. Ini acara “legacy”, bukan sekadar hiburan malam minggu.Setiap perincian—dari hadiah Harley, setlist rock, pemilihan venue, sistem tiket digital, kolaborasi strategic—semuanya membuktikan Dato’ M. Nasir sentiasa di depan dalam mencabar norma industri dan memberi inspirasi untuk penganjur lain buat lebih baik. 

Budiey respect dengan usaha Icon Entertainment dan Etiqa kerana berani tampil dengan sesuatu yang besar, segar dan penuh impak.

Budiey ajak semua peminat—tak kira muda atau tua, mainstream atau underground, rock atau balada—datang, jadi sebahagian dari malam sejarah ni. Jangan sekadar ‘support online’, jadilah saksi mata, cipta kenangan, rasa sendiri vibe konsert trilogi terakhir Dato’ M. Nasir. Bagi Budiey, ini “last call”—tiket murah, hadiah mahal, pengalaman priceless. Siapa tak datang, memang rugi.

Tak cukup hype? Tunggu malam tu, baru tahu langit tinggi rendah!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rockology Concert Tour 2025 Johor Tetap Diteruskan Pada 5 Julai Ini