in

Erissa Puteri Abadikan Cinta Dalam Lagu Baharu Berjudul ‘Waktu’

Erissa Rayakan Fasa Terindah Bersama Suami Dalam Muzik Video Sarat Makna Cinta Sejati

Dalam dunia hiburan yang sentiasa berputar ligat dengan gosip, kejutan dan drama tak berkesudahan, ada satu momen yang tenang, tulus dan mengharukan datang dari penyanyi dan pelakon muda, Erissa Puteri. Nama yang kita kenali sejak kecil dari pentas Ceria Popstar, kini melakar sejarah peribadi apabila sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Muhamad Daniel Iskandar Zaidi, dalam sebuah majlis penuh elegan pada 18 April 2025 bertempat di Hotel Majestic Kuala Lumpur.

Namun, kisah cinta mereka tidak berakhir di pelamin sahaja. Pada hari yang sama, Nova Music turut melancarkan muzik video single terbaharu Erissa bertajuk “Waktu” – menjadikan detik itu lebih bermakna, bukan hanya untuk pasangan ini, tetapi juga untuk para peminat yang membesar bersama perjalanan seni Erissa.

Lagu “Waktu” Bukan Sekadar Lagu – Ia Doa Dan Cerita Hati

Lagu “Waktu” ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh, dengan lirik sepenuhnya oleh Ikhwan sendiri, bukan sekadar naskhah pop balada biasa. Ia adalah refleksi jujur tentang pengorbanan, penerimaan dan keindahan mencintai seseorang seadanya – sesuatu yang jarang disentuh dalam lagu-lagu cinta hari ini yang lebih cenderung kepada cerita ‘crush’ dan patah hati.

Erissa berkata dengan penuh emosi, “Lagu ini saya dapat tahun lepas. Masa tu cuma demo saja, tapi bila saya dengar je, saya terus rasa lagu ni ‘kena’ dengan saya. Lirik dia ibarat luahan hati saya sendiri – tentang cinta yang tak sempurna tapi diterima sepenuhnya.”

Erissa Puteri Abadikan Cinta Dalam Lagu Baharu Berjudul 'Waktu'

Lebih menarik, muzik video rasmi “Waktu” turut menampilkan suami Erissa sendiri, Daniel, yang menjadikan setiap detik dalam video ini lebih asli dan menyentuh hati. Dari momen perkenalan, detik manis bercinta hinggalah saat lafaz akad nikah, semuanya dirangkum dengan visual lembut dan sinematografi yang cukup romantik. Muzik video ini sebenarnya bukan hanya untuk hiburan semata, tapi sebagai arkib peribadi cinta mereka, yang dikongsi secara jujur dengan peminat.

Comeback Yang Ditunggu-Tunggu Selepas Sembilan Tahun

Untuk yang masih ingat, Erissa pernah menghasilkan single pertamanya berjudul “Matahari” pada tahun 2014selepas keluar dari Ceria Popstar. Lagu itu sangat resonan dengan Gen Z yang membesar dengan YouTube, InstaStory dan siaran ulangan TV9. Tetapi selepas itu, Erissa lebih aktif dalam dunia lakonan, menjayakan pelbagai siri dan drama remaja seperti Geng UPSRPuasa Oh Puasa, dan SMK.

Namun kini, dengan kematangan usia dan pengalaman, Erissa kembali semula ke dunia muzik dengan versi dirinya yang lebih dewasa, lebih yakin dan lebih tulus. Kata Erissa, “Saya tahu ramai anggap saya dah berhenti menyanyi, tapi sebenarnya saya tunggu masa yang sesuai. Saya nak lagu yang kena dengan jiwa saya. “Waktu” adalah jawapannya.”

Lagu Bertemakan Perkahwinan Yang Rare Tapi Relatable

Menurut komposer dan penulis lirik, Ikhwan Fatanna, lagu ini membawa naratif tentang pasangan yang telah lalui banyak perkara – jatuh, bangkit, salah faham, maaf dan akhirnya saling menerima. Kata Ikhwan, “Kita selalu dengar lagu cinta yang manis-manis masa awal bercinta. Tapi “Waktu” lain. Ia cerita cinta yang real. Tentang pasangan yang dah bersama lama, yang tahu satu sama lain luar dan dalam.”

Beliau juga berkata, vibe lagu ini memang dihasilkan khusus untuk memuatkan unsur perkahwinan dan penghargaan, supaya lagu ini sesuai dijadikan lagu tema majlis kahwin, video throwback anniversary atau sekadar pelengkap video TikTok yang penuh rasa cinta.

Dalam zaman media sosial hari ini, di mana semua orang berlumba-lumba nak tunjuk “perfect couple vibes”, “Waktu” tampil sebagai lagu yang jujur dan relatable – kerana bukan semua kisah cinta itu Instagram-perfect, tapi bila kita ada pasangan yang terima segala kekurangan kita, itulah definisi cinta yang sebenar.

Erissa Puteri Abadikan Cinta Dalam Lagu Baharu Berjudul 'Waktu'

Budiey menyifatkan, “Lagu ini bukan sahaja menunjukkan sisi romantik Erissa, tapi juga menggambarkan fasa evolusi dirinya sebagai seorang artis. Lagu ini kena dengan pasaran sekarang, ada emosi, ada keikhlasan, dan paling penting, boleh relate dengan ramai pasangan muda zaman sekarang yang tak malu nak raikan cinta mereka dengan cara yang sederhana tapi bermakna.”

Budiey percaya bahawa “Waktu” mempunyai potensi besar untuk jadi lagu tema popular dalam kalangan pasangan muda. Malah, ia juga boleh jadi soundtrack rasmi TikTok atau reels bagi mereka yang nak abadikan momen sweet bersama pasangan. Itulah kekuatan sebenar lagu ini – ia bukan sekadar sedap didengar, tetapi mampu mencipta ruang emosi dalam hati pendengar.

Bagi anda yang belum tonton muzik video “Waktu”, boleh saksikan secara rasmi di YouTube Nova Music Videosmenerusi pautan ini: https://www.youtube.com/watch?v=HJp3ip3n3-s. Untuk peminat yang lebih suka dengar sambil bekerja atau dalam perjalanan, lagu ini juga boleh distrim di semua pelantar digital utama.

Apa Kata Budiey?

Sebagai seorang yang mengikuti perkembangan dunia muzik tempatan, Budiey melihat kehadiran lagu “Waktu” sebagai nafas baharu dalam genre balada cinta yang semakin hilang keaslian. Ia bukan semata-mata tentang formula radio-friendly, tetapi lebih kepada kejujuran naratif yang menyentuh halus rasa hati pendengar.

Budiey berharap agar lebih ramai penyanyi dan komposer berani menghasilkan karya seperti ini – lagu yang bercakap tentang cinta yang dewasa, tentang menerima bukan kerana sempurna, tapi kerana saling melengkapi. “Waktu” membuktikan bahawa muzik tidak perlu kompleks untuk jadi berkesan – cukup dengan emosi yang jujur dan suara yang ikhlas, ia mampu menembusi telinga, menyusup masuk ke dalam hati.

Dan kepada Erissa, welcome back. Dunia muzik memang rindu suara awak. Teruskan menyanyi, teruskan berkongsi cerita dan semangat. Kerana dalam setiap lagu yang baik, ada seseorang yang sedang berjuang untuk mencintai dan dihargai.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fazura & Ade Govinda Bergabung Dalam Lagu Motivasi ‘Luar Biasa’