iQOO Malaysia kini mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat teknologi dengan pengumuman rasmi mengenai kehadiran iQOO Neo 10, yang bakal mendarat di Malaysia tidak lama lagi. Diperkuatkan dengan cip Snapdragon 8s Gen 4 bersama cip grafik Q1 Supercomputing, telefon pintar ini bukan sekadar peranti berkuasa tinggi, malah tampil dengan gaya yang cukup berani untuk mencuri perhatian sesiapa sahaja.
Dikuasakan Oleh Cip Dual Flagship Pertama Di Malaysia
Apa yang benar-benar membezakan iQOO Neo 10 daripada telefon pintar lain ialah keupayaan dual-chip yang menggabungkan dua komponen penting: Snapdragon 8s Gen 4 dan cip Q1 Supercomputing. Gabungan ini dicipta khas untuk memberikan pengalaman penggunaan yang pantas, stabil dan lancar, terutama buat peminat permainan mudah alih yang mementingkan prestasi tanpa gangguan.
Dengan sokongan interpolasi sehingga 144 FPS, pemain akan menikmati paparan grafik yang amat lancar dan responsif, seolah-olah berada dalam dunia permainan sebenar. Tambahan pula, ciri Game Super Resolution akan mempertingkatkan kualiti grafik melebihi resolusi asal paparan, menjadikan visual permainan lebih hidup dan imersif.
Bagi kaki layan drama dan filem pula, cip Q1 bukan sekadar untuk permainan—ia juga mengoptimumkan tontonan video di platform seperti YouTube, Netflix, dan Amazon dengan kadar bingkai lebih tinggi, paparan lebih jelas, dan penggunaan tenaga yang lebih efisien. Semua ini menyumbang kepada prestasi telefon yang lebih tahan lama dan konsisten.
Rekaan Penuh Gaya Dengan Dua Pilihan Warna Menawan
Tidak cukup dengan kuasa dalaman, iQOO Neo 10 turut mengetengahkan rekaan yang bergaya dan elegan. Hadir dalam dua pilihan warna eksklusif iaitu Astral Black yang tampak sofistikated dan Desert Gold yang memberikan aura premium dengan kilauan halus, telefon ini pasti menjadi tumpuan setiap kali dikeluarkan dari poket.
Sama ada anda di kampus, di pejabat atau lepak hujung minggu, iQOO Neo 10 akan memberikan sentuhan kelas tersendiri kepada gaya anda.
Peluang Miliki iQOO Neo 10 Awal Sebelum Pelancaran Rasmi
Untuk anda yang tak sabar, iQOO menawarkan peluang eksklusif untuk memiliki peranti ini lebih awal sebelum pelancaran rasmi pada 5 Jun 2025. Bermula 24 Mei jam 8 malam, promosi pra-tempahan akan dibuka kepada umum dengan pelbagai tawaran menarik.
Antara kelebihan utama promosi ini termasuk penjimatan sehingga RM347, menjadikan telefon flagship ini lebih mampu milik. Pelajar dan pensyarah turut menikmati diskaun tambahan sebanyak RM100, sebagai penghargaan kepada komuniti akademik.
Selain itu, setiap pembelian juga disertakan hadiah percuma bernilai lebih RM277, termasuk waranti lanjutan selama setahun, perlindungan retak skrin selama setahun, dan sepasang sarung jari permainan iQOO untuk meningkatkan pengalaman gaming. Terdapat juga tawaran untuk mendapatkan iQOO Buds 1i pada harga istimewa RM59 sahaja dengan setiap pembelian.
Promosi ini tersedia di platform utama seperti Shopee, Lazada, vivo E-Store dan TikTok Shop, dari 24 Mei jam 8 malam hingga 4 Jun 2025. Bagi yang mahu membeli secara fizikal, anda boleh ke mana-mana vivo Concept Store dan letakkan deposit untuk menjadi antara yang pertama memiliki iQOO Neo 10 selepas 5 Jun nanti.
Apa Kata Budiey?
iQOO Neo 10 bukan sekadar telefon pintar biasa. Ia merupakan simbol evolusi prestasi dan gaya dalam satu peranti. Dengan cip dual paling berkuasa yang pernah ditawarkan dalam pasaran tempatan, telefon ini membuka lembaran baharu untuk pengguna yang dahagakan kelajuan, kejelasan, dan kawalan sepenuhnya dalam setiap sentuhan. Tawaran early bird yang diberikan juga sangat berbaloi untuk mereka yang mahu naik taraf tanpa berbelanja besar.
Bagi Budiey, ini adalah telefon yang ideal bukan sahaja untuk gamers, tetapi juga untuk content creator, pelajar, dan mereka yang mahukan keseimbangan antara prestasi dan personaliti. Nantikan kemunculan rasminya, dan jangan lepaskan peluang untuk jadi antara yang pertama memilikinya.