in , ,

OPPO Pad SE Baharu Menjadi Pilihan Tablet Sesuai Untuk Seisi Keluarga

Tablet Dengan Teknologi Pintar Dan Reka Bentuk Nipis Yang Sempurna Untuk Semua Gaya Hidup – Dari Tontonan Keluarga Hingga Kreativiti Tanpa Batas

Dunia tablet kini bertambah meriah dengan kehadiran OPPO Pad SE, sebuah tablet baharu yang kompak namun berkuasa, direka untuk menjawab keperluan seharian keluarga moden dan pencipta kandungan aktif. Tidak kira sama ada anda sedang berehat di rumah bersama keluarga atau sedang mengejar ilham di luar, OPPO Pad SE menjanjikan pengalaman hiburan dan produktiviti yang optimum, sepanjang masa, di mana-mana sahaja.

Dengan bateri besar 9,340mAh, ketebalan hanya 7.39mm, serta paparan Anti-Reflektif Matte yang mesra mata, OPPO Pad SE memberi keselesaan dan kuasa yang tahan lama, ditambah pula dengan ciri-ciri pintar seperti Google Gemini AI, mod kanak-kanak diperibadikan, dan sistem kesalinghubungan O+ Connect yang lancar dan pantas.

OPPO Pad SE KV

Pengalaman Hiburan Lebih Imersif Dengan Ketahanan Bateri Yang Menakjubkan

OPPO Pad SE tampil dengan bateri mega 9,340mAh yang membolehkan pengguna menikmati sehingga 11 jam tontonan video tanpa gangguan dan 80 jam pemutaran muzik. Ini menjadikan tablet ini sebagai teman terbaik untuk mereka yang gemar streaming sepanjang hari atau mendengar muzik tanpa henti. Lebih menarik, teknologi 33W SUPERVOOC™ yang disertakan membolehkan pengecasan pantas – cukup untuk membawa anda kembali ke dunia hiburan dalam masa yang singkat.

Tablet ini juga dilengkapi dengan Smart Power Saving Mode yang akan mematikan peranti secara automatik selepas 7 hari tidak digunakan. Bukan itu sahaja, OPPO Pad SE masih mampu dihidupkan selepas 800 hari idle, membuktikan daya tahan dan kecekapan teknologi OPPO dalam menghasilkan produk jangka panjang yang berkualiti.

Paparan Yang Mesra Mata Dengan Teknologi Anti-Reflektif Terkini

Pengalaman visual pada OPPO Pad SE diangkat ke tahap baharu dengan paparan LCD Eye-Care bersaiz 11 inci, kecerahan sehingga 500 nits dan nisbah aspek 16:10 yang sesuai untuk tontonan, pembacaan dan kreativiti. Ciri utama yang paling menonjol ialah Anti-Reflective Matte Display yang menggunakan nano-level etching bagi menghapuskan 97% gangguan cahaya – seolah-olah anda sedang membaca di atas helaian kertas sebenar.

Tablet ini juga menerima pensijilan daripada TÜV Rheinland, menjamin perlindungan terhadap silauan, cahaya biru berlebihan dan kelipan skrin – menjadikannya sesuai untuk penggunaan jangka masa panjang terutama di kalangan kanak-kanak dan pengguna yang sensitif pada mata.

Mod Kanak-Kanak Yang Selamat, Pintar Dan Senang Digunakan

OPPO Pad SE bukan sekadar tablet biasa, ia juga mampu menjadi teman pembelajaran dan hiburan kanak-kanak yang selamat dan terkawal. Dengan Personalised Kids Mode, ibu bapa boleh menetapkan had masa skrin, mengawal aplikasi yang boleh diakses, serta menyesuaikan tetapan penjagaan mata anak-anak. Semua ini boleh dikawal terus dari skrin utama, menjadikannya mudah untuk mengurus dan memastikan pengalaman digital anak-anak kekal sihat dan positif.

OPPO Pad SE_Kids Mode

Kepintaran AI Yang Tingkatkan Produktiviti Dan Hasil Kreatif

Bukan sekadar alat hiburan, OPPO Pad SE juga menjadi rakan kerja pintar dengan sokongan daripada Google Gemini AI. Pengguna boleh melakukan perbualan semula jadi, menjana idea kreatif, serta menikmati terjemahan masa nyata yang lancar dalam aplikasi seperti Gmail, YouTube dan Google Maps.

Bersama dengan AI Assistant for Notes dan AI Intelligent Document, pengguna kini boleh menyusun nota, menyunting dokumen dan mengatur kandungan dengan lebih cekap, tidak kira di mana mereka berada.

Kesalinghubungan Peranti Yang Lebih Mudah, Pantas Dan Intuitif

OPPO Pad SE hadir dengan O+ Connect, menjadikan proses perkongsian foto, fail dan video antara peranti lebih mudah dari sebelumnya. Dengan fungsi Communication Sharing, tablet ini boleh berkongsi rangkaian data dan GPS daripada telefon pintar yang berdekatan, tanpa memerlukan sebarang tetapan manual. Ini bukan sahaja menjimatkan masa tetapi juga mengurangkan penggunaan kuasa pada telefon sambil meningkatkan ketepatan lokasi pada tablet.

Fungsi Screen Mirroring pula membolehkan notifikasi telefon dipaparkan terus di tablet, dengan sokongan paparan skrin penuh untuk pengalaman lebih selesa. Tambahan pula, fungsi drag-and-drop antara telefon dan tablet memudahkan kerja suntingan dan pengurusan fail visual – satu kelebihan besar buat para pencipta kandungan.

Pre-Order Info

Harga Berbaloi Dan Promosi Menarik Sepanjang Tempoh Pra-Tempahan

Kini tersedia dalam dua warna bergaya – Starlight Silver dan Twilight Blue, OPPO Pad SE versi 4GB RAM + 128GB storan boleh mula dipra-tempah dari 15 hingga 24 Mei 2025. Apa yang lebih menarik, anda boleh menikmati rebat segera RM100, menjadikan harganya hanya RM599 berbanding harga asal RM699!

Bukan itu sahaja – pelanggan yang membeli dalam tempoh promosi ini boleh mendapatkan sarung tablet OPPO Pad SE bernilai RM99 dengan hanya RM1! Promosi ini sah di OPPO Online Store, TikTok Shop, Shopee dan Lazada– jadi jangan lepaskan peluang hebat ini.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian, anda boleh layari https://bit.ly/OPPOPadSE

Apa Kata Budiey?

“OPPO Pad SE ni betul-betul menarik perhatian Budiey, bukan sebab reka bentuknya yang nipis dan bergaya saja, tapi sebab ia padat dengan fungsi praktikal yang sesuai untuk semua peringkat umur. Dengan paparan mesra mata, bateri yang tahan lama dan pelbagai fungsi AI serta mod khas untuk anak-anak, tablet ini bukan saja mesra pengguna, tapi juga mesra bajet. Untuk yang cari satu tablet serba boleh untuk kerja dan hiburan keluarga, OPPO Pad SE memang pilihan yang berbaloi.”

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama ‘Bukan Ipar Sempurna’ Lakonan Ikmal Amry, Cahaya Nilam di TV3