Resorts World Genting (RWG) meraikan ulang tahun ke-60 dengan cara yang cukup luar biasa! Dikenali sebagai sambutan “Diamond Jubilee Madness”, acara istimewa ini akan diadakan pada 30 Mei 2025 dan menjanjikan bukan sahaja hiburan serta aktiviti menyeronokkan, tetapi juga hadiah bernilai lebih RM300,000. Apa yang paling menarik, semua pengunjung dijamin pulang sebagai pemenang!
Kempen Sebulan Dengan Kemuncak Yang Mendebarkan Di Kimhua Atrium
Kempen bermula dari 1 hingga 28 Mei 2025, dan sebagai tanda penghargaan kepada enam dekad sejarah dan kejayaan Genting, acara kemuncaknya iaitu Cabutan Hadiah Blind Box akan berlangsung pada 30 Mei 2025 di Kimhua Atrium, SkyAvenue. Sepanjang 12 jam acara dari 10 pagi hingga 10 malam itu, ahli Kad Ganjaran Genting (GRC) berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik, termasuk wang tunai dan barangan eksklusif bernilai lebih RM50,000.
Peluang Menang Untuk Semua Ahli Kad Ganjaran Genting
Ahli GRC, sama ada baharu atau sedia ada, boleh menyertai cabutan ini dengan mudah. Lima pemenang bertuah bakal membawa pulang wang tunai RM10,000, manakala enam pemenang akan menikmati petrol percuma selama setahun di Petron Genting. Hadiah lain termasuk tiket ke Genting SkyWorlds, kotak kejutan Pop Mart, baucar beli-belah jenama terkenal seperti New Era, pengalaman makan malam di restoran popular seperti Burger & Lobster, Harry Ramsden, dan Five Guys, serta minuman percuma.
Cara Penyertaan Yang Mudah Dan Berasaskan Ganjaran
Ahli GRC yang baharu hanya perlu mendaftar sepanjang bulan Mei untuk menerima satu peluang bermain secara percuma melalui aplikasi mudah alih RWG. Sementara itu, ahli sedia ada boleh mengumpul Genting Point (GP)melalui perbelanjaan di outlet terpilih. Setiap RM100 yang dibelanjakan akan memberikan 1 GP, dan 2 GP membolehkan satu penyertaan dalam cabutan bertuah. Ahli boleh menebus sehingga dua peluang sepanjang tempoh kempen, dan satu lagi peluang tambahan pada 30 Mei dengan hanya memotong 2 GP.
Teknologi Baharu: Ahli Digital Sepenuhnya Tanpa Kad Fizikal
RWG kini memperkenalkan sistem keahlian yang sepenuhnya digital, tanpa memerlukan kad fizikal. Ahli boleh menggunakan kod QR GeM atau nombor telefon untuk mengumpul dan menebus mata ganjaran di seluruh resort termasuk hotel, restoran, pusat beli-belah dan hiburan. Aplikasi RWG yang telah ditambah baik membolehkan tempahan bilik hotel, pembelian tiket konsert, dan penebusan baucar dilakukan dengan lebih mudah — semuanya melalui telefon pintar!
Komitmen RWG Hargai Sokongan Ahli GRC
Menurut Spencer Lee, Naib Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran dan Perhubungan Awam RWG: “Ini merupakan salah satu cara kami menghargai ahli GRC sempena sambutan ulang tahun ke-60. Matlamat utama adalah untuk memudahkan proses memenangi hadiah lebih mudah dan selesa sebagai tanda penghargaan serta terima kasih atas sokongan berterusan mereka.”
Hadiah adalah terhad dan penebusan dibuat mengikut prinsip “siapa cepat, dia dapat”. Maka, semua pengunjung digalakkan hadir lebih awal dan bersedia menyertai pelbagai aktiviti menarik pada hari kemuncak.
Resorts World Genting, Simbol Hiburan Bertaraf Dunia Di Asia
Sebagai pusat hiburan utama negara yang terletak 6,000 kaki dari paras laut, RWG menawarkan lebih 10,500 bilik hotel di tujuh hotel eksklusif, kasino, taman tema, tempat makan, pusat beli-belah, pertunjukan antarabangsa dan kemudahan konvensyen. Tambahan pula, keindahan semula jadi kawasan sekitar turut diperkaya dengan kewujudan Resorts World Awana dan Genting Highlands Premium Outlets, menjadikan kawasan ini salah satu destinasi pelancongan utama di Asia Tenggara.
Apa Kata Budiey?
Sambutan Jubli Intan Genting bukan sekadar perayaan, tapi satu penghormatan kepada sejarah, warisan dan masa depan industri hiburan Malaysia. Budiey lihat inisiatif RWG ini sebagai langkah progresif, bukan sahaja mengadaptasi kemajuan digital tetapi juga menyatukan pengalaman fizikal dan maya untuk pengunjung. Dengan gabungan aktiviti menarik, hadiah eksklusif dan teknologi pintar, RWG membuktikan kenapa mereka kekal sebagai ikon hiburan selama 60 tahun. Kalau anda belum jadi ahli GRC, inilah masanya. Jangan lepaskan peluang untuk jadi sebahagian daripada detik bersejarah ini!