LEGOLAND® Malaysia Resort kembali menghangatkan dunia pendidikan dengan pelancaran LEGOLAND School Challenge 2025—sebuah pertandingan berprestij yang kini memasuki edisi keempat. Dengan sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia, cabaran tahun ini menjanjikan pengalaman yang lebih gah, penuh kejutan serta peluang luar biasa buat pelajar untuk menyerlahkan bakat mereka melalui dunia LEGO yang magis.
Tema Baharu Yang Mencabar Imajinasi: Bina Destinasi Impian Anda
Dengan tema kreatif “Build Your Dream Destination”, para peserta dari tiga kategori umur—7–9 tahun (Junior), 10–12 tahun (Primary), dan 13–17 tahun (Secondary)—ditugaskan untuk membina destinasi pelancongan impian mereka menggunakan blok LEGO. Sama ada dunia bawah laut futuristik, pulau imaginasi atau destinasi antara bintang, semua pelajar digalakkan untuk menggabungkan kisah imaginatif dan kemahiran teknikal dalam hasil binaan mereka.
Dua Ciri Baharu Yang Pasti Mengujakan Tahun Ini
Cabaran tahun ini membawa dua perubahan besar yang bakal melonjakkan keterujaan:
1. Hadiah Utama Menembusi Sempadan Antarabangsa
Pemenang kategori Primary dan Secondary akan berpeluang menikmati percutian eksklusif ke LEGOLAND Korea, manakala pemenang Junior pula akan diraikan dengan percutian penuh keseronokan di LEGOLAND Malaysia.
2. Pertarungan Speed Building Pertama Kali Diperkenalkan
Untuk pertama kalinya, acara akhir akan menampilkan Speed Building Challenge, di mana lima pasukan terbaik dari setiap kategori akan bertarung secara langsung di hadapan panel juri dan penonton. Mereka diberi masa 45 minit sahaja untuk membina ciptaan LEGO asli yang kreatif dan memukau!
Setiap pasukan finalis juga akan menikmati penginapan 3 hari 2 malam di LEGOLAND Hotel, menerima trofi eksklusif LEGO, set LEGO menarik serta Pas Tahunan LEGOLAND Malaysia Resort.
Inspirasi Dari Alumni: Kisah Nathanael Yap
Antara kisah inspirasi yang mencuri tumpuan adalah Nathanael Yap, bekas juara tiga kali berturut-turut. Dalam ucapannya, beliau berkongsi:
“Menyertai LEGOLAND School Challenge selama tiga tahun berturut-turut adalah antara pengalaman sekolah paling bermakna. Saya dapat bekerjasama dengan rakan, selesaikan cabaran dengan cara kreatif dan hasilkan sesuatu yang kami banggakan—blok demi blok. Ia membuka mata saya betapa seronoknya belajar bila kita diberi ruang untuk fikir di luar kotak.”
“Walaupun saya dah tamat sekolah, pengalaman tu kekal memberi kesan sampai ke hari ini. Saya kini lebih tertarik dengan bidang reka bentuk, kejuruteraan dan pemikiran kreatif. Harap peserta tahun ni ambil peluang ni untuk cabar diri dan temui potensi sebenar mereka.”
Bina Generasi Baharu Yang Inovatif, Satu Blok Pada Satu Masa
Naib Presiden LEGOLAND Malaysia Resort, Cs Lim, turut menekankan:
“LEGOLAND School Challenge bukan sekadar pertandingan biasa. Ia berteraskan DNA LEGO iaitu pembelajaran melalui permainan. Melaluinya, pelajar diasah dengan kemahiran penting seperti menyelesaikan masalah, pemikiran kritikal dan inovasi.”
“Sejak pertandingan ini dibuka kepada pelajar dari seluruh Asia, ia juga menjadi platform pertukaran budaya antara pelajar dan guru. Kami tak sabar nak lihat kreativiti para peserta tahun ini!”
Perkongsian Strategik Bersama Trip.com, LEGO Group Dan Pelbagai Pihak
Cabaran ini turut disokong oleh Tourism Malaysia, Trip.com Group, dan LEGO Group. Mewakili Trip.com Malaysia, Stephane Thong menyatakan:
“Sebagai platform global, kami di Trip.com percaya kuasa pelancongan mampu menyatukan pelbagai budaya dan latar belakang. Tema tahun ini, ‘Build Your Dream Destination’, sangat seiring dengan misi kami. Hadiah utama berupa percutian ke Korea ini bukan sekadar ganjaran, tetapi juga peluang untuk pelajar merasai budaya dan tradisi yang berbeza.”
Bagaimana Nak Sertai LEGOLAND School Challenge 2025?
Pendaftaran kini dibuka sehingga 15 Jun 2025 untuk pelajar berumur 7 hingga 17 tahun dalam tiga kategori berikut:
- Junior: 7–9 tahun
- Primary: 10–12 tahun
- Secondary: 13–17 tahun
Setiap pasukan mestilah terdiri daripada 3 hingga 4 orang pelajar serta 1 orang guru pengiring. Pendaftaran boleh dilakukan secara dalam talian melalui laman web rasmi:
https://www.legoland.com.my/tickets-passes/day-tickets/schools/school-challenge
Jangan lupa untuk ikuti laman rasmi Facebook dan Instagram LEGOLAND Malaysia bagi kemas kini terkini, tips membina serta paparan di sebalik tabir pertandingan.
Apa Kata Budiey?
Bagi Budiey, LEGOLAND School Challenge 2025 bukan sekadar tempat membina struktur LEGO—ia adalah platform membina impian, semangat pasukan, dan minda masa depan. Budiey sangat menggalakkan ibu bapa dan guru untuk memberi ruang dan peluang kepada anak-anak mencuba pertandingan ini. Ia bukan sahaja menyeronokkan, tapi turut membentuk nilai penting seperti disiplin, imaginasi dan kerjasama.
Bayangkan… dalam hanya 45 minit, dengan LEGO di tangan dan semangat membara dalam jiwa, siapa tahu mungkin satu ciptaan ringkas mampu membuka pintu ke Korea? Itulah magisnya LEGO. Dan itulah sebabnya kenapa cabaran ini patut disertai oleh setiap sekolah. Ayuh, bina dunia impian anda hari ini—satu blok pada satu masa!