in , ,

Kpop Masterz 2025 in Kuala Lumpur Bawa Ateez & Cravity Jumpa Peminat

Konsert Yang Bakal Menggoncang Pentas Kuala Lumpur, Dimeriahkan Dua Kumpulan Sensasi Korea Selatan

Bersiap sedia, peminat K-pop tanah air! Buat pertama kalinya, dua kumpulan lelaki Korea Selatan yang sedang meledak populariti — ATEEZ dan CRAVITY — akan menggoncang pentas di Malaysia menerusi KPOP MASTERZ 2025 di Kuala Lumpur. Acara yang bakal menjadi sejarah ini akan berlangsung pada 31 Mei 2025 di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC).

ATEEZ & CRAVITY, Dua Nama Besar Yang Tidak Asing Lagi

ATEEZ, yang terdiri daripada Hongjoong, Seonghwa, Yunho, Yeosang, San, Mingi, Wooyoung, dan Jongho, terkenal dengan persembahan penuh energi, koreografi tajam, dan naratif muzik yang menggugah hati.

Mereka bukan sekadar band biasa, tetapi satu fenomena global yang sudah mencipta rekod di pentas antarabangsa, termasuk di festival gergasi seperti Coachella, Summer Sonic, dan Mawazine.

Tak cukup dengan itu, album mereka seperti ‘THE WORLD EP.FIN : WILL’ dan ‘GOLDEN HOUR : Part.2’ menakluki carta Billboard 200 dan UK Official Charts — satu pencapaian yang tak semua boyband K-pop boleh banggakan.

Kpop Masterz 2025

Manakala CRAVITY, di bawah naungan Starship Entertainment, muncul sebagai “Monster Rookies” sejak debut mereka pada tahun 2020. Dengan ahli Serim, Allen, Jungmo, Woobin, Wonjin, Minhee, Hyeongjun, Taeyoung, dan Seongmin, CRAVITY telah memenangi hati ramai peminat menerusi lagu-lagu seperti “Break all the Rules” dan “Cloud 9”. Mereka juga berjaya menembusi carta Billboard K-pop Hot 100, memenangi pelbagai anugerah “Rookie of the Year,” dan menjelajah ke pentas-pentas antarabangsa seperti KCON.

Detik Yang Tak Boleh Dilepaskan Di KPOP MASTERZ 2025

Acara ini akan menjadi lebih daripada sekadar konsert. Pemain utama acara ini — Genesis Entertainment, bersama S.Case Entertainment dan Three Angles Production — menjanjikan sebuah pengalaman imersif yang menggabungkan persembahan lebih 50 minit, sesi bual santai, perkongsian cerita peribadi, serta aktiviti interaktif yang bakal menyentuh hati peminat. Bukan sekadar menonton, tapi benar-benar merasai denyut nadi K-pop secara live.

Kpop Masterz 2025

Butiran Penting Konsert Yang Perlu Anda Tahu

  • Tarikh: 31 Mei 2025 (Sabtu)
  • Masa: 5:30 petang
  • Lokasi: Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC)
  • Tarikh Jualan Umum Tiket: 10 Mei, jam 12:00 tengah hari
  • Harga Tiket:
    • Zon Berdiri: VVIP RM999, VIP RM899
    • Zon Tempat Duduk: CAT1 RM799, CAT2 RM699, CAT3 RM559, CAT4 RM359
  • Beli tiket di: etix.my

Nota: Harga belum termasuk caj pemprosesan.

Siapa Di Sebalik Tabir KPOP MASTERZ 2025?

Di belakang tabir, ada Genesis Entertainment yang dikenali dengan keupayaan mencipta pengalaman hiburan bertaraf dunia, S.Case Entertainment yang berpengalaman lebih 40 tahun dalam produksi hiburan, dan Three Angles Production, gergasi penganjur konsert yang sudah menakluk Asia sejak 2004. Mereka bukan setakat bawa artis datang, tapi mereka bawa roh K-pop terus ke hati penonton!

Kpop Masterz 2025

Mengenali Lebih Dekat KPOP MASTERZ

Sejak debutnya pada 2022, KPOP MASTERZ telah mengumpulkan lineup gempak — dari Treasure, Aespa, Jackson Wang, Cha Eunwoo, iKON, TXT, Enhypen, hingga Bambam. Bukan calang-calang. Dengan setiap konsert yang berjaya, mereka bukan saja menyatukan peminat dengan idola, tetapi juga memacu perkembangan muzik K-pop merentas benua.

Apa Kata Budiey?

Bagi Budiey, ini bukan sekadar konsert — ini perayaan budaya pop moden. Kehadiran ATEEZ dan CRAVITY ialah bukti betapa K-pop telah menakluki dunia. Tapi di balik semua glamor ini, Budiey berharap agar penganjur juga memberi ruang kepada bakat tempatan untuk bersinar di pentas antarabangsa seperti ini.

Jangan hanya jadi penonton di tanah sendiri, kita juga mampu jadi pemain utama! Jadi, buat semua ATINY dan LUVITY di luar sana, inilah peluang korang untuk melompat, menyanyi, dan meraikan cinta kepada muzik bersama idola. Jangan tunggu sampai habis tiket — sebab nanti memang menyesal!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apple Bakal Guna Face ID Bawah Skrin iPhone 18 Pro & iPhone 18 Pro Max