in , ,

Dewan Filharmonik Petronas Hidupkan Nostalgia Dengan Parade Hujan

Konsert Perdana Sarat Emosi Dan Nuansa Musik Nusantara Penuh Jiwa

Bila kita sebut Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), yang terbayang di fikiran pastilah alunan orkestra megah dan persembahan bertaraf dunia. Tapi kali ini, DFP menggoncang sedikit norma dengan menghadirkan sebuah konsert yang menjanjikan suasana lebih intim, puitis dan sarat emosi—konsert perdana Parade Hujan, band alternatif terkenal dari Indonesia. Catat dalam kalendar, Sabtu, 21 Jun 2025 jam 8.00 malam di DFP, Menara Berkembar PETRONAS!

Parade Hujan: Dari Payung Teduh Ke Panggung Antarabangsa

Untuk penggemar muzik alternatif, indie, jazz, folk, dan sentuhan tradisional seperti keroncong, nama Parade Hujanmungkin sudah tak asing lagi. Asalnya dikenali sebagai Payung Teduh, kumpulan ini ditubuhkan pada 2007, dianggotai oleh Is (vokal/gitar), Comi (kontra-bass), Cito (dram), dan Ivan (gitarlele/trumpet). Mereka memikat hati pendengar bukan sekadar dengan melodi, tapi lirik-lirik puitis yang menusuk kalbu.

Dewan Filharmonik Petronas Hidupkan Nostalgia Dengan Parade Hujan

Lagu-Lagu Ikonik Yang Menjadi Fenomena

Album indie pertama mereka, Angin Pujaan Hujan (2010), meledak dengan single tajuk sama, memperkenalkan warna muzik mereka yang unik. Lagu-lagu seperti Kucari Kamu, Berdua Saja, Menuju Senja, dan Untuk Perempuan Yang Sedang Dalam Pelukan tak hanya jadi hits, tapi hampir menjadi lagu wajib bagi anak muda Indonesia yang sedang jatuh cinta, patah hati, atau sekadar mencari ketenangan di hujung malam.

Bukan itu sahaja, Parade Hujan juga sinonim dengan projek-projek teater seperti Resah dan Cerita Tentang Gunung Dan Laut bersama Catur Ari Wibowo, serta karya Amalia Puri bertajuk Tidurlah dan Malam.

Perjalanan Musik: Dari Studio Ke Pentas Dunia

Selepas album indie, kumpulan ini terus berkembang dengan album Dunia Batas (2013), disusuli lagu nostalgia Masa Kecilku (2015) dan album Live And Loud (2016). Namun, kemuncaknya tiba pada 2017 dengan album Ruang Tungguyang menampilkan single Akad—lagu yang bukan saja viral, malah diulang nyanyi oleh ramai artis lain, menjadikannya hampir seperti anthem rasmi generasi baru.

Setlist Eksklusif Di Konsert DFP

Untuk malam istimewa di DFP nanti, Parade Hujan akan membawakan koleksi lagu hit seperti Angin Pujaan Hujan, Selalu Muda, Di Atas Meja, Berdua Saja, Akad, Muram, Rahasia, Cerita Tentang Gunung Dan Laut, Ku Cari Kamu, dan Tidurlah. Pendek kata, ini malam yang dijamin menggetarkan jiwa dan membawa kita hanyut dalam ombak emosi.

Dewan Filharmonik Petronas Hidupkan Nostalgia Dengan Parade Hujan

Maklumat Tiket Dan Tempahan

Nak rebut peluang eksklusif ini? Harga tiket bermula dari:
Premium: RM359 | A Reserve: RM289 | B Reserve: RM239 | C Reserve: RM189
Suite: RM438/RM503 seorang
Untuk yang nak Meet & Greet (dan ya, sangat terhad!), tambah RM100 saja—tetapi ingat, hanya 60 tiket sahaja yang tersedia.

Waktu operasi Box Office:
Selasa – Sabtu: 10.30 pagi – 6.30 petang, hingga 9.00 malam (malam persembahan)
Ahad: 12.00 tengahari – hingga waktu persembahan
Tutup Isnin & cuti umum (kecuali jika ada konsert)

Tempahan:
Telefon: 03-23317007
Email: [email protected]
Laman Web: www.dfp.com.my
Media sosial: TikTok, Facebook & Instagram: @dewanfilharmonikpetronas
YouTube: DFP Stage+ | Spotify: DFP

Apa Kata Budiey?

Secara peribadi, Budiey rasa ini bukan sekadar konsert biasa—ini adalah perayaan muzik lintas generasi dan budaya. Parade Hujan membawa sesuatu yang kita selalu rindukan: kejujuran dalam seni, kelembutan dalam lirik, dan kekuatan dalam melodi. Untuk peminat muzik yang bosan dengan gimik dan produksi plastik, inilah ruang untuk kembali menghargai muzik dalam bentuk paling tulen. Budiey syorkan, jangan tunggu lama—dapatkan tiket, bawa hati yang lapang, dan biarkan diri tenggelam dalam hujan melodi dari tetamu nusantara ini.

Kalau mahu Budiey beri satu nasihat: jangan sekadar dengar lagu mereka di Spotify, rasai getaran sebenar di DFP!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Iss Arffan Tampil Versatil Dalam Lagu Terbaru Berjudul ‘Ku Kan Menunggu’

Kempen Skin Protection Life Perfection Menggalakkan Kesihatan Kulit Menyeluruh