in , ,

Peminat Desak Tambah Satu Malam, Konsert genKRU Buka Pentas Hari Ke-4

Sambutan Luar Biasa Buat KRU, Konsert Hari Keempat Jadi Hadiah Terindah

Berita baik buat semua peminat KRU — tiket Konsert GENKRU Hari Keempat bakal mula dijual pada 8 Mei 2025 jam 1 petang! Kalau sebelum ini anda kecewa sebab tak sempat rembat tiket, inilah peluang keemasan untuk jadi sebahagian daripada sejarah yang bakal dikenang lama dalam dunia hiburan tanah air.

Tiket Habis Dijual Dalam Sekelip Mata, Penganjur Terharu

Siapa sangka, dalam tempoh kurang satu jam, tiket konsert hari pertama dan kedua dah sold out. Hari ketiga? Sama laju, tak sempat berkelip mata, terus habis! Iman Tang, pengasas Icon Entertainment, sendiri pun tak mampu berkata-kata.

Peminat Desak Tambah Satu Malam Lagi, Konsert genKRU Buka Peluang Hari Ke-4

Kami amat terharu dengan sambutan ini. Tiket hari pertama habis dalam masa 1 jam, manakala hari kedua hanya ambil masa 45 minit. Ini semua tanda kasih dan penghargaan peminat kepada ikon trio negara kita.

Saya mewakili ICON ENTERTAINMENT dan KRU berasa sangat terharu dan speechless.

Iman Tang
Peminat Desak Tambah Satu Malam Lagi, Konsert genKRU Buka Peluang Hari Ke-4

Peminat Desak Tambah Malam, KRU Dengar Suara Hati Mereka

Bila peminat mula banjirkan DM, Icon Entertainment dan KRU tak tunggu lama. Mereka sepakat tambah satu malam lagi, 11 Mei 2025, kebetulan jatuh pada malam Ahad, sehari sebelum cuti umum Hari Wesak. Bagi Dato’ Norman, ini bukan sekadar soal jual tiket, tapi soal memenuhi impian peminat.

Keputusan ini dibuat setelah menimbang tara banyak aspek. Kami mahu pastikan semua GENKRU yang dah berjuang mendapatkan tiket, dapat tambah lagi momen indah bersama kami.

Untuk yang gagal beli tiket sebelum ini, kami mahu pastikan mereka puas hati pada konsert hari terakhir nanti,

Iman Tang
Peminat Desak Tambah Satu Malam Lagi, Konsert genKRU Buka Peluang Hari Ke-4

Konsert Empat Malam, Sejarah Baru Dalam Industri Hiburan

Apa yang terjadi sekarang bukan sekadar konsert. Ia adalah bukti betapa karya dan usaha anak seni tempatan dihargairakyat Malaysia. Ini bukan sekadar nostalgia, tapi satu perayaan muzik yang bakal mencipta sejarah. Icon Entertainment sendiri melihat ini sebagai tanda istimewa dalam perjalanan seni mereka — dan peminat, anda adalah sebahagian daripada sejarah itu.

Butiran Konsert genKRU Hari Keempat Yang Perlu Anda Tahu

Acara: Konsert GENKRU
Lokasi: Axiata Arena, Kuala Lumpur
Tarikh: 11 Mei 2025
Masa: 8.30 malam
Penganjur: Icon Entertainment

Kategori Tiket & Harga:

  • Impak Maksima – RM588
  • Gerenti Beres – RM548
  • Balada Hati – RM508
  • Wanita – RM478
  • Cherrina – RM358
  • Malam Kita – RM258

Tiket Mula Dijual: 8 Mei 2025, jam 1 petang di https://www.ticket2u.com.my/kruDay4

Peminat Desak Tambah Satu Malam Lagi, Konsert genKRU Buka Peluang Hari Ke-4

Apa Kata Budiey?

Sebagai seorang pemerhati dan peminat hiburan tempatan, Budiey melihat langkah KRU dan Icon Entertainment ini sebagai bukti betapa pentingnya mendengar suara peminat. Dalam era serba digital, di mana semuanya dihitung dengan like dan share, KRU memilih untuk beraksi di pentas nyata, memberi pengalaman langsung yang takkan dapat dilupakan.

Budiey kagum bagaimana KRU terus kekal relevan, bukan hanya kerana lagu, tapi kerana hubungan emosi dengan peminat yang mereka jaga dengan penuh kasih. Nasihat Budi untuk peminat: jangan tunggu lama, sebab kalau anda terlepas lagi, jangan harap ada konsert kelima! Cepat-cepat grab tiket sebelum tinggal kenangan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Saujana Hotel Kuala Lumpur Lancar Kempen Warisan Baba Nyonya