in , ,

Selami Dunia The Last Of Us Musim Kedua Bersama Astro di Kwai Chai Hong

Pengalaman Imersif Dan Memukau Untuk Peminat Serta Pemburu Konten Instagram

Astro benar-benar tak main-main bila mereka cakap mahu manjakan peminat The Last of Us musim kedua. Bersama Max, gergasi penstriman dari Warner Bros. Discovery, mereka berjaya mencipta magis di Kwai Chai Hong, lorong bersejarah di tengah-tengah Chinatown Kuala Lumpur. Ya, lorong yang dulu penuh nostalgia kini berubah menjadi dunia pasca-apokaliptik yang buat kita rasa macam Joel dan Ellie boleh muncul bila-bila masa je dari celah mural!

Astro dan Max menggandeng pelukis tempatan, Akid One, yang menghasilkan mural memukau dan penuh makna, membawa jiwa dan kekuatan cerita The Last of Us ke dinding-dinding Kwai Chai Hong. Tidak cukup dengan itu, pelukis Daphy turut menghasilkan mural khas yang menggali tema-tema penting seperti kehilangan, harapan dan perjuangan hidup dalam musim kedua ini. Bukan sekadar cat atas dinding ya—mereka tambah pula efek bunyi dan cahaya sinematik yang betul-betul mencengkam perasaan. Aku berani cakap, kalau korang datang, confirm kamera telefon tu tak berhenti snap!

Selami Dunia The Last Of Us Musim Kedua Bersama Astro di Kwai Chai Hong

Destinasi Instagram-Worthy Yang Wajib Singgah Mei Ini

Pameran mural ini berlangsung dari 1 hingga 11 Mei 2025, dan seriuslah, ini bukan sekadar untuk hardcore fan je. Kalau korang kaki Instagram atau suka lokasi bergambar aesthetic, jangan lepaskan peluang. Lagi best, untuk pelanggan Astro, ada peluang menebus barangan eksklusif The Last of Us musim kedua melalui aplikasi MyAstrodan Astro dari 9 hingga 11 Mei 2025. Tapi ingat, siapa cepat dia dapat, stok memang terhad!

Barisan Pelakon Hebat Yang Bakal Menggegarkan Skrin

Musim kedua ini bukan main-main. Pedro Pascal kembali sebagai Joel, Bella Ramsey sebagai Ellie, dan pelakon lain seperti Gabriel Luna (Tommy) dan Rutina Wesley (Maria) terus menghidupkan cerita. Watak baru? Ha, ini yang bikin hype makin melambung: Kaitlyn Dever (Abby), Isabela Merced (Dina), Young Mazino (Jesse), dan ramai lagi. Bonus menarik, Catherine O’Hara pun muncul sebagai pelakon jemputan! Kalau tak sabar nak tengok episod baru, catat siap-siap—tayangan setiap Isnin, episod akhir pula pada 26 Mei 2025.

Selami Dunia The Last Of Us Musim Kedua Bersama Astro di Kwai Chai Hong

Cara Mudah Strim Dengan Astro Dan Max, Tanpa Pening Kepala

Semua ini boleh dinikmati di Max, HBO (Saluran 411) atau terus strim melalui On Demand. Lagi menarik, pelanggan baru Astro yang melanggan Max dari 24 Mei hingga 30 Jun 2025 akan nikmati diskaun 50% untuk pelan Max Standard atau Max Ultimate.

Pakej Astro One pun semakin mudah, dengan lebih 14 aplikasi penstriman popular termasuk Max, Prime Video, Netflix, Disney+ Hotstar dan banyak lagi. Tukar, tambah atau kemas kini langganan boleh dibuat melalui aplikasi MyAstro je—semudah sentuhan jari. Untuk yang mahu pengalaman penuh gaya, langgan Pek Astro One serendah RM49.99/sebulan, atau pergi all-out dengan Astro Fibre 500Mbps bersama Pek Entertainment pada hanya RM129.99/bulan. Untuk info lanjut, boleh layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03 9542 3838.

Selami Dunia The Last Of Us Musim Kedua Bersama Astro di Kwai Chai Hong

Apa Kata Budiey?

Bagi aku, kolaborasi Astro dan Max ni ibarat hadiah buat peminat setia dan penggemar seni mural tanah air. Ia bukan sahaja mencipta pengalaman luar biasa yang menakjubkan untuk peminat The Last of Us, malah menjadikan Kwai Chai Hong sebagai tarikan baru yang menggabungkan budaya pop, seni tempatan, dan teknologi.

Cadangan aku? Jangan datang sorang-sorang—ajak kawan atau family, rakam moment, dan raikan pengalaman ini sebagai satu kenangan indah. Kalau Astro terus buat acara kreatif macam ni, aku rasa mereka akan kekal relevan dalam hati rakyat Malaysia yang dahagakan hiburan berkualiti. Jadi, soalan aku untuk korang: dah ready ke nak jadi sebahagian dari dunia The Last of Us?

Kalau nak, cepat-cepat plan trip ke Kwai Chai Hong, sebelum habis Mei ni!

Selami Dunia The Last Of Us Musim Kedua Bersama Astro di Kwai Chai Hong

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kemunculan Elite & Adam Bikin Kejutan, Curi Tumpuan di Konsert GenKRU