in

Rancangan Khas Masakan & Kesihatan Di RTM

RANCANGAN KHAS KULINARI (MASAKAN) DAN KESIHATAN

Bagi kaum wanita khususnya ibu-ibu yang ingin mencuba pelbagai resepi baharu untuk hidangan berbuka puasa serta resepi menarik menyambut Aildilfitri akan datang, saksikan “Ketuk-Ketuk Ramadan Siri 4” bersama hos yang juga dramatis popular Sheila Rusly yang akan memulakan siaran pada 31 Julai 2011 jam 12.30 tengah hari hanya di TV1.

Program yang memasuki musim keempat, disiarkan setiap hari sepanjang Ramadan menampilkan artis undangan antaranya; Rozita Che Wan, Almy Nadia, Linda Onn, Umie Aida dan ramai lagi.

Sebut sahaja masakan pasti tidak akan lengkap tanpa buat tangan istimewa oleh chef-chef terkemuka tanahair dan hari-hari anda pastinya terhibur dengan telatah lucu Chef Wan mengendalikan rancangan masakan “Sajian Ramadan Bersama Chef Wan” pada setiap hari Isnin hingga Khamis bermula 1 Ogos 2011, jam 10.00 pagi di TV2.

Sebelum itu pada jam 9.30 pagi, pelbagai resepi kuih raya menarik boleh anda perolehi menerusi rancangan “Kuih Raya Biskut Raya” yang juga disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis menampilkan antaranya; Master Chef Sabri Hassan, Chef Zam Zaini dan Chef Zaidah Mohd Noor.

Pada hujung minggu pula, jangan lupa janji temu anda bersama Chef Liza menerusi “Enak Bersama Ramli Chef Liza” yang bersiaran di TV2 pada jam 4.30 petang (Sabtu) dan 11.30 pagi (Ahad)

Sementara itu di saluran TVi, nantikan pelbagai lagi resepi menarik menerusi rancangan “Uli-Uli Aidilfitri” setiap hari Isnin dan Selasa jam 12.00 tengah hari serta “Ramadan Delights” pada waktu yang sama hari Rabu dan Khamis menerusi saluran 180 Astro.

Bagi anda yang ingin mendapatkan tips menarik sama ada cara pemakanan serta penjagaan kesihatan tubuh, saksikan rancangan “Diet Ramadan” bersama Chef Kamarul bermula 11 Ogos 2011 jam 9.30 pagi di TV2.

Sajian Ramadan Bersama Chef Wan setiap Isnin hingga Khamis mulai 1 Ogos 2011 jam 10.00 pagi di TV2.

Kuih Raya Biskut Raya setiap Isnin hingga Khamis mulai 1 Ogos 2011 jam 9.30 pagi di TV2.

Kuih Raya Biskut Raya setiap Isnin hingga Khamis mulai 1 Ogos 2011 jam 9.30 pagi di TV2

Ketuk-Ketuk Ramadan Siri 4 bersama Gambit Saifullah. Disiarkan setiap hari bermula 31 Julai 2011 jam 12.30 tgh di TV1

Ketuk-Ketuk Ramadan Siri 4 bersama Gambit Saifullah. Disiarkan setiap hari bermula 31 Julai 2011 jam 12.30 tgh di TV1

Kuih Raya Biskut Raya 2

Kuih Raya Biskut Raya 2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Slot Rancangan Keagamaan Khas di RTM

Program Telemovie & Drama Khas Ramadan