in , ,

Festival Nada Danau Himpun Pemuisi & Selebriti Terkenal 3 November Ini

TAMAN Negeri Royal Belum Perak bakal menjadi gelanggang konsert muzikalisasi puisi yang menyatukan penyair dan penyanyi popular tempatan menerusi Festival Nada Danau – Alam Sumber Karya.

Festival Nada Danau merupakan sebuah acara yang menggabungkan pelbagai elemen termasuklah pameran dan jualan seni dan kraf tempatan, pameran haiwan dan alam sekitar daripada WWF Malaysia & Perbadanan Taman Negeri Perak.

Turut diadakan acara kemuncak iaitu konsert muzikalisasi puisi membariskan Ernie Zakri, Dr. Li m Swee Tin (Anugerah Sastera Asia Tenggara 2000), Dayang Nurfaizah, Umar Uzair (Penyanyi/Penyair Muda ASEAN 2015), Bel Ngasri, Deklamator Kebangsaan – Lin Haslinaz yang akan diiringi secara langsung oleh Kumpulan Orkestra Tradisional serta didatangkan dalam sebuah persembahan seni kontemporari yang teradun deklamasi; sajak, monolog, syair, muzir, lagu puisi, tarian dan lukisan catan secara langsung berdurasi selama 1 jam 15 minit.

Festival Nada Danau

Bakal berlangsung selama dua hari bermula 3 November ini, acara tahunan yang kali ini memilih suasana alam semula jadi sebagai latar turut dilengkapkan aktiviti lain seperti pameran, jualan seni kraf tempatan dan pameran haiwan.

Pengarah projek yang juga penyanyi lagu puisi, Umar Uzair berkata, edisi ke-12 ini menyaksikan deretan penghibur seperti Dayang Nurfaizah, Ernie Zakri dan Bell Ngasri selain pemuisi tersohor yang berhimpun di Hentian Amanjaya Royal Belum Pulau Banding, Perak.

Bersandarkan sambutan pada edisi lalu di Langkawi, tahun ini kami mengajak pencinta puisi dan peminat muzik berkampung di lokasi hijau yang juga membawa karya seni kreatif keluar dari ruang lingkup rigid.

Festival Nada Danau

“Selain penghibur terkenal, Festival Nada Danau – Alam Sumber Karya turut menampilkan penerima Anugerah Sastera Asia Tenggara 2000, Datuk Dr Lim Swee Tin serta ramai lagi penggiat seni.
“Diharap usaha mendekatkan lagi masyarakat dengan karya pengisian sastera dan susasteraan memberi ruang kepada orang ramai menikmati keindahan bahasa serta budaya,”

– Umar Uzair

Umar yang juga penerima anugerah Penyair Muda ASEAN 2015 itu berkata, acara terbabit juga menjadi titik penggerak kepada pengkarya untuk berfikir secara kreatif dan berani keluar dari kepompong keselesaan.

Festival Nada Danau

Selain persembahan nyanyian, acara dimeriahkan Deklamtor Kebangsaan, Lin Haslinaz, Shirley Idris, Bah Bola, Aryan Andika dan Kumpulan Kesenian Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dalam persembahan seni kontemporari yang dikemudi Arja Lee,”

– Umar Uzair

Umar berkata, idea penganjuran acara itu tercetus selepas kejayaan Konsert Puitika Legenda di Pulau Langkawi, Kedah, Julai lalu yang turut dihadiri Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akhbar Khan.

Festival Nada Danau

“Beliau secara peribadi berpendapat, persembahan puisi dan sastera harus disebarkan dengan lebih meluas dalam skala berimpak tinggi dengan mencadangkan Taman Negeri Royal Belum sebagai lokasi,” ulasnya.

Menerusi festival ini, pengunjung dapat mengenali syair, nazam, gurindam, sajak dan pelbagai cabang puisi yang disampaikan dalam bentuk muzikalisasi.

Festival Nada Danau

“Saya membayangkan untuk mengadakan persembahan muzikalisasi di lokasi ikonik seperti Planetarium Negara, Taman Burung Kuala Lumpur dan Zoo Negara, selain impian untuk beraksi di Dewan Filharmonik Petronas (DFP),” katanya. 

Umar turut menyimpan impian melihat arena muzikalisasi puisi dapat berdiri setara dengan festival lain, termasuk membawa lebih ramai seniman dalam dan luar negara berkongsi idea kreatif.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

IQIYI

Sinopsis Drama Rising With The Wind Lakonan Simon Gong & Elaine Zhong 

Ini Hadiah Baucer Produk Mini Haircare Untuk Kasi Rambut Anda Lebih Sihat