in ,

Jualan Penghabisan Stok Kedai Suria Menawarkan Diskaun Hingga 50%

Kedai Suria kembali menawarkan potongan harga sebanyak 50 peratus sempena ‘Jualan Penghabisan Stok Kedai Suria’ di platform digital Suria FM (Tiktok, Facebook, Instagram) bermula 29 Mei 2023 sehingga kehabisan stok.

Pembeli berpeluang mendapatkan 1 pek khas  “Sampul Raya Suria 2023” secara percuma dengan pembelian minima RM30 barangan eksklusif Suria seperti edisi terhad Jersey Suria, T-shirt Suria, lanyard, payung dan drawstring bag sementara stok masih ada.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin) “Jualan penghabisan stok kedai Suria disifatkan istimewa kerana pelbagai jenis barangan eksklusif kedai suria dijual pada harga mampu milik dan berbaloi”

Jualan Penghabisan Stok Kedai Suria Menawarkan Diskaun Hingga 50%

“Ini merupakan tawaran harga paling menarik yang pernah Suria tawarkan kepada pendengar setia Suria FM sebagai tanda terima kasih kerana telah menyokong Suria FM selama ini,”

– DJ Lin

Jangan lepaskan peluang, dapatkan barangan eksklusif Kedai Suria juga ikuti perkembangan terkini Suria FM di frekuensi dan platform digital antaranya saluran YouTube Suria TV, Facebook Suria FM dan Aplikasi Suria Malaysia. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ambil Kursus Kahwin di Usia 35 Tahun, Watie Akur Jadi Peserta Paling Tua

POLIS EVO 3

PUBG MOBILE Membawakan Pek Suara Polis Evo Yang Eksklusif Untuk Anda!