in ,

AKMAL Optimis Bantu Huffaz Mencapai Misi Hafiz Setahun

Ditubuhkan pada 2018, Akademi Al Quran Amalillah atau AKMAL terus terbang tinggi mengembangkan legasi dan empayarnya.

Malah kejayaan demi kejayaan diraih menjadi iltizam bagi terus melahirkan Hafiz 30 Juzuk Al-Quran dalam tempoh setahun.

Pada masa yang sama usaha pembangunan akademi ini memiliki enam cawangan serata negeri itu juga semakin disedari.

AKMAL Optimis Bantu Huffaz Mencapai Misi Hafiz Setahun

Ketika ini, akademi terbabit yang beribu pejabat di Marang, Terengganu turut memiliki cawangan di Bukit Beruntung, Batu Pahat, Shah Alam dan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut Ketua Pegawai Operasi AKMAL, Imam Muda Fakhrul, mereka terus optimis mengangkat akademi berkenaan ke tahap yang lebih membanggakan.

AKMAL Optimis Bantu Huffaz Mencapai Misi Hafiz Setahun

“Cabaran ketika era pandemik itu memang sangat besar kerana kebiasaan dan tradisi pengajian Al-Quran itu secara berdepan. Tapi mahu atau tidak, kena biasakan cara belajar dalam talian.

“Bagai rahmat dalam ujian, ia membuka kejayaan besar kerana dengan cabaran tersebut kami berjaya mencipta pelbagai modul baru untuk membantu anak muda mencapai misi untuk menjadi Hafiz 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh satu tahun atau kurang termasuk memperkenalkan pengajian tahfiz secara online.

“Kita bersandarkan konsep Fast Track Tahfiz Strategy menggabungkan sistem hafalan, motivasi harian, kajian pelajar secara bersasar dan kaedah pengurusan psikologi bagi mencapai sasaran dan misi yang diingini,” katanya.

AKMAL Optimis Bantu Huffaz Mencapai Misi Hafiz Setahun

Kata Imam Muda Fakhrul atau nama sebenarnya Mohd Fakhrurrazi Hussin lagi, pada 2019, akademi ini pernah tular apabila seorang daripada 20 pelajar telah berjaya hafiz dalam tempoh lima bulan hingga berjaya mendapat liputan meluas media.

“Kisah tular itu membuatkan permintaan tinggi untuk kemasukan pelajar menyertai akademi ini. Cuma kita akui tak mampu menampung permintaan berkenaan kerana kekurangan kemudahan.

“Hingga kini usaha mengumpul dana untuk pembangunan kompleks tahfiz ini masih berjalan. Cawangan di KLIA juga hampir siap pembangunannya.

“Pada tahun 2020 di era pandemik pun, lebih 100 Hafiz dan Hafizah berjaya khatam 30 juzuk dihasilkan. Jun depan juga kita akan adakan majlis graduasi Haflah Takrimi di Terengganu meraikan lebih 200 golongan itu,” katanya.

AKMAL Optimis Bantu Huffaz Mencapai Misi Hafiz Setahun

Tambah Imam Muda Fakhrul lagi, Mac lalu mereka juga berjaya menganjurkan Majlis Khatam Perdana Hafazan 30 Juzuk Al- Quran membabitkan 75 pelajar yang majoritinya berjaya melengkapkan hafazan kurang setahun diadakan serentak di semua cawangan AKMAL.

AKMAL Optimis Bantu Huffaz Mencapai Misi Hafiz Setahun

“Tempoh khatam itu bermula dari tahun lalu hingga awal 2023. Apa yang menakjubkan kita juga berjaya mencatat rekod baru kejayaan seorang pelajar bernama Iman Mardhiyyah Kamaruzzaman yang berusia 12 tahun. Dia berjaya melengkapkan hafazan 30 juzuk selama tiga bulan lebih sahaja.

“Malah pelajar terbabit juga berjaya melengkapkan syahadah tahfiz dalam tempoh lima bulan menjadikan tempoh lengkap hafiz dan syahadah hanya dalam tempoh 8 bulan lebih. Ia satu pencapaian yang amat luar biasa dan sangat membanggakan.

“Malah kehebatan hafazan dan ingatan Al-Qurannya diuji secara disemak terus bacaan 30 juzuk Al-Quran selama dua hari tanpa melihat Al-Quran. Ia dilaksanakan oleh wakil Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) yang dijemput dan pelajar terbabit berjaya memperolehi keputusan Mumtaz (sangat cemerlang) dari institusi berkenaan,” kata bekas peserta Imam Muda Astro Oasis musim kedua itu.

Ini jelas membuktikan AKMAL bukan hanya menekankan soal menghafal Al-Quran dalam tempoh yang cepat, tetapi turut mementingkan penjagaan hafalan yang berkualiti mengikut sistem yang telah disusun.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AKMAL pula iaitu Ustaz Saifullah Hussin, pendaftaran pelajar baharu dibuat secara berfasa iaitu enam bulan sekali.

AKMAL Optimis Bantu Huffaz Mencapai Misi Hafiz Setahun

“Sistem fast track ini diwujudkan kerana mahu membantu menyelesaikan masalah kebanyakan pelajar tahfiz yang mengambil masa terlalu lama untuk menghafal Al-Quran sehingga menyebabkan mereka agak ketinggalan dalam pendidikan arus perdana dan ini memberi kesan negatif kepada imej pelajar tahfiz itu sendiri.

“Kita juga mahu menjadi peneraju konsep fast track hafazan menjelang 2025 sekali gus melahirkan ramai pelajar tahfiz yang berkualiti dan berktrampilan. Kita turut mahu menjadi pelengkap sistem pendidikan negara dalam tempoh akan datang dengan izin Allah.

“Kita mengharapkan agar usaha ini mendapat sokongan semua pihak dan sudah pasti dengan bantuan semua, cita-cita ini akan dapat direalisasikan tidak lama lagi. Bagi yang mahu menyumbang ke pautan www.hafizsetahun.com/infaq atau mendaftar pengajian boleh layari www.hafizsetahun.com,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dua Individu Didakwa Menjual Kotak TV Android Yang Terlarang

DAIYAN TRISHA

Masih Tayang Aurat Selepas Pulang Kerjakan Umrah, Ini Jawab Daiyan Trisha