Dalam gambar tersebut, penyanyi dan pelakon itu turut mengenakan solekan yang menunjukkan transformasinya untuk karakternya dalam filem akan datang. Filem sekuel yang diterajui Joaquin Phoenix itu dijadualkan tayangan pada 4 Oktober 2024.
Joker: Folie à Deux sekali lagi akan diarahkan oleh Todd Phillips, dan akan menampilkan kepulangan Joaquin Phoenix yang memainkan semula peranannya sebagai penjahat DC yang terkenal. Butiran lanjut tentang plotnya masih dirahsiakan, tetapi filem itu dilaporkan akan menampilkan beberapa elemen muzik.
Selain Phoenix dan Lady Gaga, filem akan datang turut menyaksikan kepulangan Zazie Beetz sebagai Sophie disamping pendatang baru fancais seperti Brendan Gleeson, Catherine Keener, Jacob Lofland and Harry Lawtey.
Filem pertama Joker telah ditayangkan pada 2019 dan berjaya mencipta kejayaan, bukan sahaja mendapat pujian para pengkritik dan penonton, malah ia mengecapi kejayaan box office yang cukup luarbiasa dengan mengutip AS$1.074 bilion dolar seluruh dunia.