in ,

“Cuti Hari Pekerja Akan Dibawa Kepada Hari Rabu,” –  Perdana Menteri

Umum pasti mengetahui Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad pada malam tadi, (1 Mei) telah mengumumkan umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri 2022 (1443H) pada esok, Isnin, 2 Mei.

Selaras dengan pengumuman itu, maka Cuti Hari Pekerja secara automatik akan dibawa kepada Hari Rabu, 4 Mei 2022.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi satu kenyataan media sebentar tadi.

“Ini adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 3, Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369], Holidays Ordinance (Sabah Cap. 56) dan Public Holidays Ordinance (Sarawak Cap. 8).

“Gantian Cuti Hari Pekerja secara automatik ini tidak terpakai untuk Negeri Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor kerana Hari Pekerja jatuh pada hari Ahad yang mana ia adalah hari bekerja di negeri-negeri tersebut,”

– Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Setakat artikel ini ditulis, Kerajaan Negeri Terengganu dan Kelantan sudah bersetuju mengubah tarikh cuti sempena Aidilfitri dari 5 Mei (Khamis) kepada 4 Mei (Rabu).

Namun menurut beliau, keputusan penuh mengenai status cuti bagi negeri-negeri terlibat tertakluk kepada Pihak Berkuasa Negeri masing-masing.

Setakat artikel ini ditulis, Kerajaan Negeri Terengganu dan Kelantan sudah bersetuju mengubah tarikh cuti sempena Aidilfitri dari 5 Mei (Khamis) kepada 4 Mei (Rabu).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ramai Yang Marah JAKIM Sebab Raya Awal, Ini Penjelasan Padu PU Rahmat

Golongan Mana Yang Wajib Qada Puasa Jika Ramadan Kurang 29 Hari