in , ,

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem G STORM

Salam semua pembaca Budiey.com, penghujung tahun 2021 menyaksikan begitu banyak sekali filem yang menarik akan berada di pawagam. Maklumlah musim cuti sekolah. Inilah peluang ibu bapa bawa anak-anak mereka bercuti dan makan angin menghilangkan tekanan.

Bersempena demgan tayangan filem G STORM yang akan berada di pawagam mulai 31 Disember ini, Budiey dengan kerjasama Lotus Five Star mahu mengajak 30 orang pembaca dan selebriti untuk menonton filem yang padat dengan aksi.

Jadi, adakah anda mahu menjadi orang pertama menonton filem ini bersama beberapa selebriti, Budieyators dan influencers yang dijemput khas? Caranya ada kat bawah ni, jadi jangan berlengah-lengah lagi, okay?

Filem francais kepolisan yang amat popular di Hong Kong kini kembali dengan filem kelimanya, G Storm yang bakal ditayangkan pada 31 Disember 2021.

FI[LEM THE STORM

Filem pertama dalam francais ini bermula pada 2014 dengan tajuk Z Storm, selepas itu disusuli pula dengan S Stom pada 2016, kemudiannya L Storm pada 2018 dan P Storm pada 2019. Kesemua filem dalam francais ini membawa pulangan lumayan dan box office!

Dibintangi oleh pelakon legenda Hong Kong Louis Koo, kali ini membawa peranan lebih serius sebagai William Luk Che Lim, Ketua Penyiasat dalam unit ICAC (Independent Commission Against Corruption).

Bukan sahaja gah di persada seni Malaysia, pelakon filem dan juga merangkap penerbit drama tempatan, Rosyam Nor turut berlakon dalam filem G-Storm. G-Storm merupakan sebuah filem yang berada dalam francais Storm yang sebelum ini sudah ada beberapa filem.

Di dalam filem G-Storm, Rosyam Nor memegang watak penjahat. Menurut Wikipedia, watak Rosyam Nor ialah King yang merupakan ketua kepada kartel perdagangan manusia. 

Filem ini menjalani penggambaran ketika Malaysia berada dalam fasa PKP sekitar tahun 2020 yang lalu. Filem yang diarahkan oleh David Lam ini bakal menjengah pawagam Malaysia pada 31 Disember sebagai filem penutup tahun 2021. 

Dapat dilihat menerusi trailer terbaharunya, filem ini menjanjikan lebih banyak aksi dan detik dramatik untuk menumpaskan dalang disebalik aktiviti pemerdagangan manusia antarabangsa yang memfokuskan di Asia Tenggara.

Diarahkan oleh David Lam, filem G Storm juga turut menampilkan pelakon, pengarah dan penerbit tempatan Rosyam Nor yang pastinya membawa keterujaan kepada peminat.

Peraduan Tayangan Filem G STORM

Sensasi Selebriti dengan kerjasama Lotus Five Star ingin menghadiahkan 30 tiket untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com menonton filem G STORM. Tayangan ini akan diadakan pada:

Tarikh:
28 Disember 2021 (Selasa)

Masa Pendaftaran:
8.00 malam

Tayangan Filem:
9.15 malam

Tempat:
MBO Cinemas Atria Shopping Gallery

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Filem G STORM- Budiey.com di MBO Cinemas Atria Shopping Gallery. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #gstormMY kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan seorang pelakon utama filem G STORM

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu menonton filem G STORM kerana- Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada: budiey_ismas[at]yahoo.com

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Filem G STORM

Tarikh tutup peraduan:

27 Disember 2021

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Lotus Five Star dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Joe Flizzow SNOPP DOGG

Joe Flizzow Teruja Dapat Berkolaborasi dengan Snopp Dogg Dalam THE ALGORITHM

Viu Akhiri 2021 Dengan Prestasi Kukuh di Dalam Dan Belakang Skrin