in , ,

Astro Biaya Kos Penghantaran Pulang Jenazah Sandra Dianne

Mengakui seluruh warga produksi Big Stage 2020 cukup terkesan dengan khabar duka pemergian Allahyarhamah Sandra Dianne yang menghembuskan nafas terakhir awal pagi, Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal, mendedahkan pemergian arwah Sandra merupakan sebuah kehilangan yang besar buat mereka.

Menurut Emarina, sebagai tanda penghormatan terakhir, pihanya mengambil keputusan untuk tidak meneruskan Konsert Big Stage 2020 minggu kelima pada Ahad ini seperti kebiasaan sebaliknya bakal mengadakan sebuah konsert tribute istimewa berjudul #SandraDalamKenangan bagi mengenang pemergian arwah.

Katanya lagi, selain untuk mengadakan majlis tahlil buat arwah dalam masa yang terdekat, pihak Astro juga akan membantu daripada aspek pengurusan termasuklah membiayai  kos penghantaran pulang jenazah ke Sabah.

Malah akui akan turut menghulurkan sumbangan ikhlas bagi meringankan beban keluarga.

Sekadar informasi, Sandra yang popular menerusi lagu “Hey Kau” itu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir awal pagi tadi setelah lima hari bertarung nyawa akibat kemalangan kemalangan kereta di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) ketika menuju ke Putrajaya International Convention Centre (PICC) bagi tujuan rehersal.

Susulan kejadian, beliau mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal sejak Sabtu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Berita Peserta Big Stage Sandra Dianne Meninggal Dunia

Mira Filzah Sudahlah Lawa Luaran, Tapi Cantik Juga…