in ,

Nah! Ini Ada 7 Sebab Mengapa Anda Patut Beli TOYOTA VIOS TRD SPORTIVO

Buat anda yang pingin sekali membeli kereta TOYOTA VIOS TRD SPORTIVO, boleh membaca serba sedikit panduan dari Budiey kat bawah ini, okay/?

Seingat Budiey, masuk ni dah empat kali Budiey ke Showroom UMW Toyota semata-mata nak test drive. Punyalah haiii, super duper excited dan berminat giler dengan reka bentuk Toyota Vios yang ohsem tu kan.

Pantang tengok Toyota lancar minor change atau facelift terkini, Budiey akan pecut cepat-cepat sebab tak mahu ketinggalan untuk merasai sendiri kereta idaman ramai ni. Patutlah, tengok pada tagline dia dulunya…. VIOS DESIRABLE. Memang mengancam beb! Maka bertepatan dengan nama VIOS yang bermaksud, selangkah maju ke depan… ia memang sesuai.

Toyota

Terus terang, Budiey masih ingat kali pertama jatuh cinta dan terpikat dengan kereta Vios semasa kunjungan pertama di Showroom UMW Toyota pada tahun 2010 dan Budiey teragak-agak untuk menjadi pengguna setia kereta Vios sampai ke hari ni.

Sekarang, dah masuk 5 tahun dah pakai Vios. Enjinnya masih kuat dan keadaan fizikal masih lagi cantik. Dah banyak berjasa. Tugas hakikinya bawa Budiey pergi event dan pusing-pusing KL jalan-jalan, shopping. Sesekali tu, balik kampung dan bawa keluarga cuti-cuti Malaysia.

Vios generasi terbaru yang dilancarkan pada Oktober 2013, dalam kategori kenderaan di bawah RM100,000, kereta Vios merupakan pilihan yang sangat popular. Sangat banyak sambutan dan respon. Bayangkan, ia sangat popular sehinggakan Vios telah mendapat sambutan ramai dah lebih 265,000 terjual sejak hari pertama Vios diperkenalkan di Malaysia. Fuh!

Tapi dalam entri ini, Budiey tak nak cerita pasal Vios yang Budiey beli tu, sebab minggu lepas Budiey berpeluang untuk memandu uji kereta Vios 1.5 TRD Sportivo (Sporty Variant) selama satu hari. TRD ringkasan dari Toyota Racing Development.

Pembangunan varian ini dilakukan secara usahasama antara UWM Toyota Motor dengan TRD Asia iaitu dari segi teknikal dalam pembangunan dan pengilangan tempatan bagi aksesori terpilih TRD. Vios generasi ke-3 ini nampak cantik berbanding dengan model yang lepas. Ada penambah-baikan. Nampak lebih gah!

Satu hari suntuk tu, Budiey duk drive kereta ni sampai lunyai (tapi tak lunyai-lunyai sebab Vios 1.5 TRD Sportivo ni memang macho, tegak, kacak dan sado) Yelah, orang kasi peluang kan, so, apa lagi. Budiey drive bawa isteri dan keluarga jalan-jalan ke Bagan Lalang, family gathering dan makan seafood. Dari KL ke Bagan Lalang, berdesum jugak la Budiey pecut bawak laju-laju memang ohsem dan bergaya sungguh lah. Pemanduannya cukup smooth dan lancar sekali.

Dalam hati, Budiey duk fikir, Vios ni untuk remaja dan yang berjiwa muda je, tapi pendapat tu salah sama sekali. Sebenarnya, orang dewasa yang berjiwa muda yang suka reka bentuk yang sporty, memang sesuailah pakai Vios 1.5 TRD Sportivo ni. Lagi satu, untuk yang dah berkeluarga pun takde masalah sebenarnya nak pakai kereta Vios sebab ruang dalamannya memang cukup luas dah.

Tapi persoalannya sekarang, sesuai ke kereta ni dengan kehidupan Budiey sebagai blogger yang sibuk ke sana ke mari? Sepanjang Budiey jadi blogger, Budiey rasa kereta melambangkan imej seseorang. Contohnya, takkan lah imeh sado dan kacak nak pakai kereta warna pink, kan? Nampak pelik la pulak.

Kalau dari segi pemakanan kita boleh kata, you’re what you eat, tapi kalau dari segi kereta pula, kita boleh kata, You’re what you drive. Bukan apa, jadual Budiey cukup padat setiap hari. Kadang-kadang terpaksa hadir event pada waktu pagi, petang dan malam. Back to back pulak tu. Nak tak nak kena pilih kereta yang tahan lasak tapi dalam masa yang sama memiliki ciri-ciri reka bentuk dalaman yang selesa dan ohsem sesuai dengan kehidupan seorang penulis blog.

Vios

Fuh, okay jangan tanya soalan macam tu sebab kita tengok dulu reka bentuk dan ciri-ciri. Apabila kita bercakap pasal Vios TRD Sportivo, dalam kepala kita akan nampak jelas tentang sesuatu yang sporty. Tapi sebenarnya, lebih dari sporty reka bentuk dalaman memang stylish. Kalau tak percaya, korang semua boleh masuk ke dalam kereta ni dan akan perasan beberapa elemen yang cukup premium iaitu reka bentuk dalaman atau interior yang cukup elegan dengan warna hitam dan tempat duduk yang sangat selesa. Bentuknya ‘keen look’. Ternyata benar, bentuk Vios tak macam dulu lagi.

Versi TRD didatangkan dengan body kit. 100% refreshing! Bumbungnya nampak lebih aero-dinamik. Sebenarnya, Vios generasi ke-3 ini lebih mantap sebab semasa Budiey mulakan pemanduan, tahap gegaran dah berkurangan. Satu penambah-baikan yang ohsem. Pemanduan pula lebih senyap. Ini memberikan gaya yang lebih ekspresif dengan wajah yang dinamik, dicapai dengan reka bentuk 3- dimensi.

Kemasan dalam cabin vios, nampak ekslusif, nampak mahal dan mewah. Ruang kaki lebih luas dan ini ia praktikal sebagai kereta keluarga. Dashboard nya memang ohsem rekaan dua layer di dashboard. ada lapisan macam leather tapi bukanlah leather. Magiknya Toyota ialah dapat memberikan visual yang lebih.

Toyota

Front Foot Illumination Light (Baru)

Ciri terbaru yang membuatkan Budiey tertelan air liur (gulp) ialah Front foot illumination light atau dalam bahasa Melayu nya, lampu iluminasi di bahagian kaki depan. Sila rujuk kat gambar kat bawah ni. Nampak tak warna merah di tempat letak kaki pemandu dan penumpang kat depan tu. Haa, tu la dia Front foot illumination light. Cahaya merah ini sikit sebanyak memberikan suasana yang cukup mewah, pemandangan yang sejuk mata memandang.

Vios

TRD Sportivo Sport Seats

Fokus pertama bagi yang cerewet seperti Budiey, bila nak beli kereta, perkara pertama yang Budiey fikir ialah keadaan tempat duduk. Yang penting, kenalah disaluti dengan leather dan berwarna hitam sebab ia menimbulkan elemen elegan dan mewah. Dengan kerusi kulit (leather seat) yang sangat selesa, sejuk lagi nyaman, cukup empuk serta kerusinya yang cukup genggaman ke tubuh Budiey membuatkan pemanduan lancar dan sangat stabil. Oooo banyak syiok wooo! Perjalanan pendek mahupun panjang menjadikan kita lebih selesa tambahan lagi steringnya tak besar, tak kecil. Memang muat-muat. Tombol gear sport dan lapisan krom pada pedal yang menampakkan anak muda yang macho dan remaja.

Vios

TRD Sportivo Aerokit

TRD Sportivo Aerokit adalah sebahagian daripada pakej TRD Sportivo. Ciri khas dan premium TRD Sportivo Aerokit ini ditawarkan untuk pasaran Asia Tenggara yang semesti sesuai dengan gaya hidup, cuaca, kehendak dan citarasa orang Asia. Aerokit itu merangkumi lima komponen iaitu bampar hadapan, skirt sisi, lid spoiler bahagian belakang dan spoiler pada bampar belakang. Penambahbaikan besar dilakukan pada aksesori iaitu aerokit seluruh badan TRD Sportivo, rim aloi tayar 15 inci dan jata TRD Sportivo. Jadi, kepada yang minat rekabentuk siap-siap, lebih baik pilih terus tak payah nak upgrade dan pasang spoiler, skirting dan lain-lain aksesori sendiri sebab kereta ni dah didatangkan dengan pakej lengkap.

Vios

Daytime Running Lights (DRL)

Lagi satu ciri keselamatan yang Budiey cukup suka ialah Daytime Running Lights (DRL). Kalau sebelum ini, kita kena pasang lampu utama semasa hujan turun atau untuk tujuan keselamatan, tapi sekarang apabila dah ada Daytime Running Lights (DRL) ni, ia memberikan imej kereta jelas dilihat dari jarak yang jauh.

Toyota Vios

Smart Entry & Push Start

Gaya hidup seorang blogger memang sentiasa nak cepat tapi dalam masa yang sama pentingkan keselamatan. Vios TRD Sportivo didatangkan dengan ciri Smart Entry & Push Start di mana ciri ini memang cool giler. Boleh kunci dan buka kereta dengan mudah. Kalau dah tangan kiri dan kanan tu penuh dengan barang, goodie bag dan beg kamera, ciri Smart Entry & Push Start ni memudahkan Budiey untuk menyelinap masuk ke dalam kereta. Tak perlu susah nak keluarkan kunci daripada poket seluar untuk buka pintu. Jadi, dengan Smart Entry ini, kita hanya perlu tekan butang pada pintu je. Tapi dengan syarat, kunci utama perlu ada berhampiran dengan kita. Ini bermakna ciri ini memang melindungi kita semua tak kiralah lelaki ke perempuan ke daripada diragut oleh penjahat semasa nak buka pintu kereta. Sebab kita tak perlu terkial-kial nak cari kunci. Biasanya kita akan habiskan masa 1-2 minit nak cari kunci kan, tapi dengan Smart Entry & Push Start ni, tak sampai 5 saat tau, kita dah ada dalam kereta. Masuk je dalam kereta, tekan break sambil tu tekan Push Start Button. Lalu, enjin akan hidup.

Sebenarnya, Smart Entry & Push Button ini bukan sahaja ada pada Vios TRD Sportivo je, malah semua jenis Vios ada keistimewaan ini. Budiey rasa, fungsi ini adalah satu kemestian pada setiap kereta sebab sekarang kita dah berada di zaman yang moden yang perlukan penjimatan masa, tenaga dan yang penting selamat.

Vios

Rear Flat Floor

Untuk menjadikan Vios ini sesuai dengan keluarga, ciri Rear Flat Floor menjanjikan tempat duduk belakang lebih luas. Berbanding jika ada benjolan kat tengah-tengah tu nampak tak cantik la kan? Jadi, tengoklah sendiri anda boleh letak barang juga kat tengah-tengah seat tu. Jadi, penumpang kat belakang tu lebih selesa sebab kaki kita boleh berlunjur dah. Nak simpan barang-barang pun senang.

Vios

Sporty Meter Panel & Multi Information Display (MID)

Antara ciri lain yang nampak eksklusif ialah Sporty meter panel & MID di mana kalau korang tengok sendiri gambar kat bawah ni. Fullamak… cukup ohsem! Setidaknya, ciri ini memenuhi citarasa pemandu Malaysia dan juga seluruh dunia yang menggemari reka bentuk yang sporty. Sesuailah dengan lelaki macho… tapi wanita pun tak salah nak pakai Vios TRD Sportivo ni.

Kalau kita perhatikan pada reka bentuk luaran pula, Vios nampak berbeza dengan generasi sebelum ini. Totally, sangat lain. Sebagai blogger, ciri bonet yang luas sangat diperlukan. Biasanya Budiey akan letakkan beberapa kotak kasut dan tempat letak goodie bag di dalam bonet. Ternyata bonet sangat luas dan dapat menampung keperluan.

Vios

Budiey tak nak cerita tentang ciri-ciri lain. Cukuplah dengan tujuh sebab mengapa anda perlu memiliki kereta idaman ini. Tak perlu tunggu lagi, apa kata jangan lupa terjah ke showroom Toyota yang berdekatan dengan anda untuk menyaksikan kehebatan di mata anda sendiri.

Layari http://toyota.com.my/vios untuk maklumat lanjut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anuar Zain Masuk Konti BEST FM

Selebriti Indonesia Bakal Warnai AIFFA 2015