in ,

60,000 Video Secara On Demand, Kini Dalam Poket Anda

Pelanggan baharu Astro sudah boleh strim melalui Astro GO sebelum penerimaan Astro box

Komited untuk menawarkan pelanggan dengan pengalaman tontonan yang lancar di kesemua peranti, Astro kini membolehkan pelanggan baharu mereka untuk mendapatkan pra-akses kepada kemudahan Astro GO sebelum Astro box mereka dipasang di rumah. Dengan ini, pelanggan baharu boleh terus menstrim sehingga 60,000 video on demand di telefon pintar, tablet dan komputer mereka tanpa sebarang bayaran sementara menunggu ketibaan dan pemasangan Set-Top-Box (STB) mereka.

Oleh kerana Astro GO adalah percuma untuk semua pelanggan Astro dan mempunyai langkah-langkah pendaftaran yang ringkas, perkhidmatan baharu ini lebih memudahkan jika pemasangan STB mereka mungkin perlu ditangguhkan disebabkan PKP. Pelanggan baharu hanya perlu memuat turun aplikasi Astro GO dan log masuk akaun Astro mereka dengan alamat emel yang didaftarkan semasa melanggan. Setelah berjaya log masuk, pelanggan boleh strim semua kandungan yang dilanggan sementara menunggu pemasangan yang telah dijadualkan bersama juruteknik Astro di rumah mereka. 

ASTRO

Akses Astro GO boleh dikongsi dengan empat (4) peranti yang membolehkan pelanggan baharu dan ahli keluarga menikmati kandungan kegemaran mereka di mana sahaja mereka berada. Astro GO telah menyaksikan pertumbuhan yang luar biasa dengan penstriman 134 juta video on demand pada 9MFY21, mencatatkan peningkatan sebanyak 161% tahun ke tahun, sementara pengguna aktif bulanan pula meningkat 78% tahun ke tahun, dengan 1.7 juta pengguna yang khususnya didorong oleh acara sukan secara langsung dan kandungan vernakular.

Pelanggan boleh strim program kegemaran mereka seperti Premier League dan Champion’s League secara langsung, drama Korea Mr Queen (TVN), The Rook Season 1 (HBO), The Maid (Astro Ria), Kampung Pisang bersiri siri (Astro Warna), Marry Me Senorita (Astro Ria), Upin & Ipin dan Ejen Ali (Astro Ceria) serta kandungan eksklusif on demand termasuklah Roald Dahl’s The Witches dan Mother To Be di Astro GO setelah langganan mereka berjaya.

Untuk sembutan Tahun Baru Cina pula, pelanggan boleh menyaksikan Feng Shui Voyage 2021Maria Auspicious (TVB Jade), Hunan TV Spring Festival Gala 2021 (Astro Quan Jia) dan Hokkien CNY Special 2021 (Hua Hee Dai) juga secara strim.

Para pelajar boleh memuat turun aplikasi Astro GO untuk mengikuti kandungan TV Pendidikan dan Astro Tutor TV (CH 601 hingga CH 603) untuk mengulangkaji pelajaran mereka ketika penutupan sekolah ini, sementara calon SPM pula dapat bersiap sedia untuk peperiksaan mereka dengan pelbagai program khas Tutor TV di slot istimewa ‘30 Hari Menjelang SPM’.

Dengan Astro GO, pelanggan boleh menikmati kemudahan seperti download to goplay from start, dan percuma 200 jam simpanan awan (cloud storage). Kemudahan Download To Go pula membolehkan pengguna memuat turun program kegemaran mereka untuk dinikmati secara offline ketika ketiadaan data, pada bila-bila masa sahaja, di mana mereka berada.

Untuk menonton program Astro di Astro GO, ikuti langkah-langkah di bawah:

  • Muat turun aplikasi Astro GO melalui App Store atau Google Play,
  • Hubungkan akaun Astro ke aplikasi Astro GO,
  • Nikmati kandungan yang dilanggan.

Pelanggan juga boleh mengakses Astro GO melalui komputer riba/meja di astrogo.astro.com.my. Untuk maklumat lanjut tentang menghubungkan akaun Astro ke aplikasi Astro GO, pelanggan boleh melayari laman sesawang product.astro.com.my/astrogo

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

PPM Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap KARYAWAN

Mahu JAIS Pengamal Ilmu Hitam Ditangkap, Caprice Dedah Diganggu Bomoh Tanpa Henti