in

TV2 Siar Filem Animasi Khas Cuti Sekolah

Tidak lengkap sekiranya Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak menghidangkan filem-filem animasi menarik terutama mengisi waktu cuti persekolahan bulan Mac ini. Disiarkan empat hari berturut-turut mulai 14 hingga 17 Mac 2016, pukul 2.00 petang di TV2, filem-filem animasi dipilih ini pastinya memenuhi citarasa tontonan bukan sahaja si cilik malah seisi keluarga.

Saksikan gelagat lucu dua watak, Tom dan Jerry sememangnya tidak pernah gagal dalam menghiburkan penonton menerusi filem “Tom And Jerry : A Nutcracker Tale” yang disiarkan pada 14 Mac ini di mana Tom dan tenteranya kucing sesat mengambil alih kerajaan ajaib Jerry iaitu mainan hidup. Dikejar oleh Tom dan kroninya, Jerry perlu mencari Toymaker dan mendapatkan bantuan untuk memenangi kerajaannya kembali sebelum matahari terbit sebelum peluang tertutup.

ALVIN & THE CHIPMUNKS: THE ROAD CHIP

Diikuti tayangan “Gladiators : The Conspiracy” pada 15 Mac ini yang mengangkat kisah Maharaja Adrian sudah tua dan sakit. Dia memilih cucunya Marcus, anak kepada Domitia sebagai pewaris takhta. Catilius, penasihat Adrian yang jahat mahu membunuh kanak-kanak itu untuk mengambil tempat sebagai maharaja.

Esoknya, 16 Mac 2016, plot cerita filem “Alvin and The Chipmunks” pula berlegar sekitar kisah mengenai trio Chipmunks Alvin, Simon dan Theodore yang bertemu dengan Dave Seville seorang pencipta lagu yang hampir merudum kerjayanya itu. Dave tidak menjangka bahawa trio itu sangat berbakat dalam bidang nyanyian. Trio ini telah menjadi sumber inspirasi kepada Dave. Dave telah membawa mereka pulang ke rumahnya. Dia tidak menjangka bahawa Chipmunks tersebut mampu menimbulkan kekecohan di dalam rumahnya.

Walau pun begitu, trio tersebut begitu berbakat dalam bidang nyanyian. Mereka mengadakan latihan nyanyian di rumah Dave dengan bantuannya. Dave cuba menghantar demo suara trio tersebut dan secara tak langsung lagu mereka mula di mainkan pada stesen-stesen radio. Walaupun mereka adalah rakan kongsi di dalam dunia nyanyian tersebut, Dave dan trio Chipmunks menyedari bahawa mereka bukanlah sekadar rakan kongsi malah perhubungan mereka yang rapat itu menjadikan mereka seperti sebuah keluarga.

Diikuti kesinambungan filem tersebut menerusi “Alvin and The Chipmunks : Chipwrecked”, pada 17 Mac ini menceritakan tentang telatah lucu dan mencuit hati dimana Chipmunks kali ini bersama-sama dengan Chipettes terdampar di sebuah pulau yang kelihatan tidak berpenghuni namun ia tidak seperti yang disangka. Filem ini menggunakan suara Jason Lee, Justin Long, Matthew Gray Gubler, Anna Faris, Amy Poehler dan Christina Applegate.

Sama-sama luangkan masa menyaksikan filem animasi ini di TV2.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pengalaman Budiey Menyertai Konvoi PETRONAS Dynamic Xperience

Video Khairul Fahmi Che Mat Menyamar Jadi Jurujual