in , ,

500,000 Helai Pelitup Muka Perubatan Diluluskan MDA untuk Orang Kurang Kemampuan

Pengarah Urusan Maystar Beauty Sdn Bhd dan pemilik jenama Neutrovis, Zayn Puah dan Pengarah Urusan Anggun Kirana Sdn Bhd dan pemilik jenama Himaya, Dato’ KK Chua mengunjungi Putrajaya pada hari Rabu lalu, bersama dengan duta jenama Neutrovis, Izzue Islam, untuk merasmikan penyumbangan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Usaha CSR kami adalah untuk mengurangkan beban rakyat dan frontliner pada masa pandemik ini,” kata Zayn Puah. Neutrovis dan Himaya telah berkolaborasi untuk menyumbangkan pelitup muka perubatan yang diluluskan oleh MDA di beberapa organisasi amal dan sektor kerajaan untuk lebih membantu usaha membanteras kes kovid-19.

Penyumbangan 10,000 kotak pelitup muka perubatan yang diluluskan oleh MDA bernilai RM 350,000.00 disumbangkan untuk membantu golongan kurang mampu, komuniti B40, penduduk PPR dan frontliners. Inisiatif oleh Neutrovis dan Himaya ini dilancarkan dalam semangat perayaan Tahun Baru Cina untuk mengurangkan beban anggota-anggota frontliners dan golongan B40.

Neutrovis dan Himaya

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Datuk Dr. Hajah Zuraida Binti Kamaruddin, mengucapkan kesyukuran beliau atas inisiatif Neutrovis dan Himaya. “Terima kasih kepada Anggun Kirana dan Maystar Beauty kerana telah menyumbangkan pelitup muka perubatan kepada golongan rakyat yang memerlukannya. Pelitup muka perubatan yang disumbangkan adalah istimewa kerana telah diluluskan oleh Medical Device Authority. Saya harap sumbangan ini dapat membantu penduduk PPR dan golongan B40 ”, kata YB Datuk Dr. Hajah Zuraida Binti Kamaruddin.

Neutrovis dan Himaya

Duta jenama Neutrovis, Izzue Islam juga hadir untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif tersebut. Izzue telah menggunakan suara dan akaun-akaun media sosial beliau untuk meningkatkan kesadaran mengenai keselamatan dan kesihatan rakyat semenjak penularan wabak kovid.

Neutrovis dan Himaya

Objektif Neutrovis dan Himaya adalah semata-mata untuk membantu kerajaan membanteras penularan wabak kovid dengan meringankan beban golongan kurang kemampuan sambil memainkan peranan mereka sebagai sebuah syarikat yang bertanggungjawab secara sosial.

“Dengan semangat Tahun Baru Cina, kami ingin menyampaikan mesej positif dan berkongsi kesejahteraan kami dengan mereka yang memerlukan; kita akan melalui wabak ini bersama-sama,” kata pemilik jenama Himaya, Dato’ KK Chua.

“Mari kita semua mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pemerintah dan mengelakkan kita tidak peduli untuk kesejahteraan bersama negara kita,” tambahnya.

Neutrovis dan Himaya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

tony fernandes airasia-2020

IKHLAS Rai Tahun Baru Cina Bersama Komuniti Yang Memerlukan & Warga Emas

Angkara Curi Telefon di MAEPS, Dua Pesakit COVID-19 Diberkas Pihak Polis