in ,

5 Sebab Mengapa Ramai Yang Happy dengan Kelahiran Siti Aafiyah

Alhamdulillah 1 Malaysia boleh dikatakan sangat gembira dengan kelahiran anak pertama Dato Siti. Saya percaya dalam berpuluh juta rakyat Malaysia, kurang 0.00001% sahaja yang tidak gembira dengan kelahiran ini dan mereka ini adalah orang yang tidak gemar akan Dato Siti, kenapa begitu kurang sangat? Kerana Dato Siti Nurhaliza adalah manusia branding ‘Class A’

DATO SRI SITI NURHALIZA, BRANDING CLASS A

Branding Class A ini adalah menjaga dan menjadikan diri terkenal dengan sepositive yang boleh. Dalam industri hiburan selama 20 tahun lebih, Dato Siti sentiasa menjaga:

(1) nama ‘Siti Nurhaliza’ itu sebaik mungkin tanpa dipalit satu zahrah unsur negatif sekalipun
.
(2) ‘Rupa’ yang dibawa oleh Dato Siti Nurhaliza ini sentiasa manis dan tersenyum setiap kali dihadapan atau diluar kamera. Cantik setiap kali bermekap ataupun tidak
.
(3) ‘Value’ yang ada pada Dato Siti ini sentiasa dipandang tinggi. Lemah lembut tutur bahasa tak kira darjat atau pangkat. Tidak mendabik dada walau sentiasa diatas. Hormati mereka disekeliling membantu semasa susah senang. Dikeluargakan para wartawan dan peminat. Tidak pernah menolak walaupun penat. Adab sentiasa diutamakan
.
(4) ‘Imej’ yang sopan, tidak menonjol dan sedap mata memandang. Sehingga menjadi ikutan mereka yang ingin berhijrah bersama
.
(5) ‘Circle’ sentiasa bersama dengan aura yang kuat dan positive. Bersama wartawan dan peminat yang menyokong. Bersama ilmuan, bersama ahli ugama dan ahli pernigaan dan negarawan yang berpengaruh. Menguatkan lagi status Dato Siti sebagai nombor 1
.
(6) ‘Produk’ suara dan albumnya walaupun sudah berpuluh tahun di dalam industri setiap kali didendangkan sentiasa di carta no 1. Menjaga kualiti dan senantiasa memberi yang terbaik. Dan itulah Dato Siti Nurhaliza
.
Jangan pelik kenapa sudah berpuluh tahun Dato Siti Nurhaliza masih bertahan tidak seperti ikon hiburan yang lain. Naik bukan cara kontroversi, bukan mencari masalah atau publisiti murahan. Kerana Dato Siti ini bijak, dan bukan sebarang bijak. Bijak ini yang membawa sentiasa no.1 dihati.
.
Bukti? Hampir 99.999% rakyat Malaysia marah awalnya dengan penyebaran curi-curi gambar baby Dato Siti.

Dipetik dari IG @carlsamsudin

Gambar Anak Perempuan Siti Nurhaliza - SITI AAFIYAH

Gambar Anak Perempuan Siti Nurhaliza - SITI AAFIYAH

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Angan-Angan Mat Jenin Orang Gaji Dalam LABU DAN LABI

Konsert Padi Reborn Exclusive Live In KL